*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Kes melampau terlampau
Salam..
Serius. Mmg dah melampau sesangt dah. Ni ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi. Tak menyerap langsung. Tak melekat. Langsung jatuh ke bumi. Tak pun seperti pepatah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Berdesuuup. Langsung takde perhentian. Apa lah nak jadi. Mmg melampau sesangat.
Sampai sekarang ni, tahap ni.. Ish, langsung tak leh terima lah dengan keterlampauan nih.. Sesangat takleh trima…
:
:
:
:
:
:
hahahah…. sapa lah yang melampau sgt tu, kalau bukan tuan punya tanah. Kalau nak suruh taip merapu camni, mmg laju. Tapi bila kena fokus, perah otak pikir apa nak buat, nak taip utk update blog…. langsung tak mau jalan. Manalah tak melampau. Dari elok2 trafik tu dah beratus, mencanak turun sampai takde org nak mai melawat dah.. Tak ke kes melampau tuh…
Dari elok2 bufferd earnings tu byk, tinggal seketol. Itu pun ala2 hidup segan mati tak mahu. Kubur kata mari, rumah kata pergi. hehheeee…. Apalah nak jadi. Bayangkan dah duduk ngadap dalam setengah jam, haram satu post pun bleh siap. Sabar je lah…. Ni mmg kes teruk. Korang pernah ke mengalami waktu kemelesetan idea camni?? Bukannya takde apa yg nak diupdate. Tapi ilham tu tak sampai. Ni ibarat dapat tugasan kena siapkan satu novel. Mmg takde gaya jadi penulis lah gamaknya. Kalau dah ilham tak keluar2, nanti dah sampai dateline, langsung zero. Hantar kertas kosong je kat editor. Mampus le dapat sebakul sumpah seranah dan maki hamun..
Ooooh.. tulisan dah jadi mcm sampah. Idea langsung tak bernas. Ni barulah namanya, blog sampah. Sebab langsung takde sebarang input. Banyak output yang bersisa aje.Dahla, meh ambik pantun nih ,
Laptop sudah, PC pun sudah,
Ku petik sini, ku petik sana,
Menung sudah, berfikir pun sudah
Ia langsung tak kunjung tiba.
Ok, selamat beradu kalian!!
Kes melampau terlampau
One Response for "Melampau yang terlampau"
Assalamualaikum wbt,
Buat yang paling dikasihi, Cik Yusrina yang jelitawan >_< Jutaan terima kasih diatas doa & sokongan yg diberikan terhadap keluarga saya.
Percayalah, perasaan Cik Yus ini hanya bersifat sementara memandangkan Cik sedang dilamun cinta dengan si kecil baru (akan susul kemudian, Amin~)! ^-^
Teruskan berfikiran & bertindak positif, pasti akan membuahkan hasil yang hebat. Saya suka membaca coretan Cik Yus!
Moga Allah swt sentiasa melindungi, merahmati & memberkati Cik Yus sekeluarga. Amin~
Rindu dari jauh *peluk!* >O<
Leave a reply