*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Tak ada yg menarik sgt nak cerita hari. Kepala pun letih. Tudung plak banyak yg belum settle. Kurang 48 jam, saya akan berangkat ke Penang utk menjalankan misi saya yg pertama.. hohoooo.. Takut ooo!!!
Secara dasarnya, apa yg Cik Yut nak buat nanti adalah kesinambungan dari latihan yg Cik Yut attend di Seri Kembangan hari tu. Ishh.. Puas dok korek nak carik balik post, rupanya Cik Yut tak update pasal tu.Sabor je lah.. mmm.. Takpe, korang boleh baca kot sini.. Nanti2 Cik Yut update pasal MBfPC ni..
Yang penting, ia berkaitan dengan breastfeeding!! I likeee!
2 profession dalam satu. Mampukah diri?? Saya suka kerja saya. Saya suka jadi Optometris dan juga pendukung penyusuan susu ibu. Tengok orang lain gembira, hati saya turut gembira dan senang. Itulah balasan yg tiada tandingan!!
Hehee.. dah jumpa dah post yang dicari.. Korang baca ni, permulaan bagi segalanya!!
Salam…
How are you my fellow readers?? Harap2 hari ini akan menjadi lebih hebat dari hari semalam. Cik Yut masih lagi dalam mood diarrhea. Ni sdg menanti waktu ni. Sat lagi Cik Yut nak pi spital nak jumpa pakar neuro. Just nak make sure kesakitan yg Cik Yut alami ni adakah benar2 sakit atau tidak. Tak pernah lagi di diagnos oleh doktor. Takde kaitan dgn diarrhea yee!!
Hari Jumaat, 26 Februari 2010, CIk Yut and family gi makan kat tempat baru. Tak jauh dari rumah. Kat kawasan sekitar ni mmg takde tempat makan yg besar macam ni. Masa mula2 restoran ni nak dibina, Cik Yut ingat depa nak buat KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke kan. Sbbnya kawasan dia mmg besar betul. Tapi bila dah nak siap, tgk takde dinding plak bangunan ni. Tak kan KFC dah nak buat style open gitu plak kan..
Jadi, sempena hari pertama restoran ini beroperasi, kami pun terjah. Kami saja nak rasa makanannya. Dari segi servis mungkin belum boleh masuk penilaian sbb ini adalah hari pertama. Jadi kita perlu beri mereka sedikit ruang.
Kaunter membuat air
Para pekerja yg agak kelam kabut (hari pertama lah katakan)
Buku menu.. Merah juga warnanya
Pink Guava. Ada isi buah dalam tu. Silap straw. Kecik sgt, susah nak sedut!
Hokkien mee. mmm.. Ada baki yg tinggal. Tak sedap ke atau mmg perut ku mmg tak berapa baik.
Sup Tom Yam. mm Macam tak aje kan..
Fried Fillet.. mm.. Mahal!!!!
Ingat nak tunjuk kat korang resit dia. Tapi mana tah Cik Yut letak. Serius terasa mahal. Bukanlah tak pernah makan kat tempat mahal tapi, mmm bila makan kat situ terasa lah mahal. Semua2 yg kat atas tu, totalnya ialah RM43++. Ada tambah teh tarik dan air masak. Kalau nak makan situ lagi, Cik Yut pi sensorang la kot. Dan makan kat situ dalam tempoh 6 bulan lagi.
p/s : Rasa makanan berlainan mengikut tekak memasing yee.. Ni ialah review peribadi ku!!