Bayi terbuang : Apakah dosa mereka??

Salam…

Ntah kenapa semalam Cik Yut agak emosional. Selepas habis sesi klinik pagi, Cik Yut bergegas ke UKM KL. Kerja sampingan sebagai tutor utk pelajar Optometri Tahun 4. Dua minggu sekali setiap Selasa, Cik Yut akan ke sana. Sebelum keluar dari klinik, Cik Yut sempat baca Kosmo. Belek setiap muka surat, dgn kadar yang lajulah sbb nak cepat. Tah smp kat muka surat berapa, ternampak gambar mayat bayi. Ni cerita hari Isnin ni, pasal mayat bayi yang dijumpai di Klang rasanya.

Tgk je gambar tu, hati Cik Yut dah sebak. Masa ni boleh tahan lagi. Masuk kereta. Start gerak nak pi KL. Memula ok lagi. Tah macamana tah, teringat balik gambar tu, teringat kat arwah Azmeer. Walaupun Azmeer belum cukup sempurna kecantikannya, tapi arwah dah cukup sempurna utk Cik Yut. Langsung Cik Yut terus nangis teresak2. Last2 jadi meraung plak. Kiranya mcm dah nak jadi org meroyan. Masib boleh kawal pemanduan. Serius Cik Yut tak dapat nak tahan. Dalam kepala dan pikiran dok terbanyang gambar mayat bayi tu dan gambar arwah.

Patutnya saat2 ni Cik Yut sdg tggu hari nak bersalin. Jadi bila ternampak gambar mayat bayi lelaki tu, itu yg teringat arwah. Tergamak betul diorang ni. Kalau diorang tak nak bela, jgn buang. Please!! Tolong!! Jangan buang. Bagilah anak tu kat org lain. Nak bagi Cik Yut pun takpe. Cik Yut sanggup bela. Serius. Ramai org susah nak mengandung, susah nak lekat, susah nak beranak, susah nak dapat anak..korang senang2 je nak buang eek. Cukuplah dengan dosa atas maksiat yang korang buat. Janganlah tambah lagi dosa yg ada.

Emosi mmg terganggu betul semalam. Satu malam Cik Yut cari balik dalam Kosmo Online kalau2 ada gambar mayat bayi tu. Tapi tak jumpa. Pesanan buat yang membaca, sebar2kanlah. Kalau ada teman2 yg terasa nak buang anak tu, meh bagi kat Cik Yut. Cik Yut bela.

Dahla.. tak mau layan lebih2 sangat. itu ialah perasaan semalam. Kalau terbawa2 sampai hari ni ke esok ke, mmg haru nanti jadinya. Lately Cik Yut senang dibuai dengan perasaan macam ni. Mungkin kerana terlalu teringatkan arwah….

Bayi terbuang : Apakah dosa mereka??