Penyusuan Susu Ibu : Ia adalah fitrah

Salam…

Patutnya, Cik Yut post pasal ni dulu. Tapi bila nak buat, mesti tersangkut aje.. Jadi hari ni acik cuba nak settlekan post yang sudah tertangguh utk sekian lama ni.

Selepasnya kejadian yang menyebabkan kami semua mengasingkan diri selama 6 hari di Seri Kembangan, maka dengan itu tertubuh le Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).



Ia masih belum didaftarkan. Dan kami dalam proses untuk mendaftarkan ia supaya ia akan menjadi satu persatuan yang kuat dan mantap. Apakah objektif ia ditubuhkan?? Ini adalah satu persoalan yg sangat penting. Kerana kami tidak mahu bersaing dengan mana2 persatuan yang berkaitan dengan penyusuan yg ada di Malaysia. Tapi kami mahu bersama2 memperjuangkan faedah-faedah yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak dan juga komuniti melalui penyusuan susu ibu.

Objektif utama kami ialah melatih wanita-wanita atau ibu-ibu yang bersemangat untuk membantu ibu-ibu lain dari segi memberi sokongan kepada mereka (moral support). Kami bukan Kaunselor Laktasi tapi kami adalah pembimbing Ibu ke Ibu (Mother to Mother Support). Tugas kami membantu dan menyokong ibu-ibu di luar sana yang memerlukan sokongan. Kami tidak memberi nasihat kerana ia bukan tugasan kami untuk menasihati orang.

Dengan tertubuhnya organisasi ini, diharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana yang akan menyusukan bayi mereka atau sekiranya mereka tidak dapat/boleh/mampu menyusukan tapi sekurang-kurangnya mereka masih lagi dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.

Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menyumbang tenaga dan keringat melalui MBfPC, sila emailkan butir peribadi anda ke admin@malaysianbfpc.org. Latihan utk Central region akan diadakan pada 2-4 April (tapi penyertaan dah ditutup!). Latihan seterusnya adalah di kawasan Pantai Timur (30 April – 2 Mei), Selatan (mungkin di Melaka) dan destinasi terakhir kami mungkin di Sabah. Jadi, sila lah email dengan segera ye.

Penyusuan Susu Ibu : Ia adalah fitrah