Salam…

How are you my fellow readers?? Harap2 hari ini akan menjadi lebih hebat dari hari semalam. Cik Yut masih lagi dalam mood diarrhea. Ni sdg menanti waktu ni. Sat lagi Cik Yut nak pi spital nak jumpa pakar neuro. Just nak make sure kesakitan yg Cik Yut alami ni adakah benar2 sakit atau tidak. Tak pernah lagi di diagnos oleh doktor. Takde kaitan dgn diarrhea yee!! :)

Hari Jumaat, 26 Februari 2010, CIk Yut and family gi makan kat tempat baru. Tak jauh dari rumah. Kat kawasan sekitar ni mmg takde tempat makan yg besar macam ni. Masa mula2 restoran ni nak dibina, Cik Yut ingat depa nak buat KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke kan. Sbbnya kawasan dia mmg besar betul. Tapi bila dah nak siap, tgk takde dinding plak bangunan ni. Tak kan KFC dah nak buat style open gitu plak kan..

Jadi, sempena hari pertama restoran ini beroperasi, kami pun terjah. Kami saja nak rasa makanannya. Dari segi servis mungkin belum boleh masuk penilaian sbb ini adalah hari pertama. Jadi kita perlu beri mereka sedikit ruang.



Merah menyala gitu..


Kaunter membuat air

Para pekerja yg agak kelam kabut (hari pertama lah katakan)

Buku menu.. Merah juga warnanya

Pink Guava. Ada isi buah dalam tu. Silap straw. Kecik sgt, susah nak sedut!

Hokkien mee. mmm.. Ada baki yg tinggal. Tak sedap ke atau mmg perut ku mmg tak berapa baik.

Sup Tom Yam. mm Macam tak aje kan..

Fried Fillet.. mm.. Mahal!!!!

Ingat nak tunjuk kat korang resit dia. Tapi mana tah Cik Yut letak. Serius terasa mahal. Bukanlah tak pernah makan kat tempat mahal tapi, mmm bila makan kat situ terasa lah mahal. Semua2 yg kat atas tu, totalnya ialah RM43++. Ada tambah teh tarik dan air masak. Kalau nak makan situ lagi, Cik Yut pi sensorang la kot. Dan makan kat situ dalam tempoh 6 bulan lagi.

p/s : Rasa makanan berlainan mengikut tekak memasing yee.. Ni ialah review peribadi ku!!