*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
mmm.. Macam malam semalam. Malam ni pun saya mengadap PC tanpa sebarang idea. Mungkin terlalu banyak idea tapi, satu pun tak mampu utk saya luahkan ke dalam blog ni. Puas saya berfikir. Mengulang ke san, mengulang ke sini. Namun tak satu pun yg terjah ke benak fikiran saya. Saya punya rancangan utk menghasilkan manuskrip. Tapi kalau begini lah caranya, entah terhasil atau tidak manuskrip itu..
Jadinya, hari ini blog ini masih lagi sepi.. Saya masih punya banyak agenda yg perlu dilaksanakan. Mari kita tgk senarai aktiviti yg perlu saya siap dan selesaikan :
* Hal tudung
- anak2 tudung jiran umah sebelah
- tudung Mama Fayyad
- tudung Wak Kajang
- tudung wife abg Ajak
- tudung diri sendiri
* Hal penyusuan
- jadual sesi pembelajaran utk ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang
- tatacara laporan utk Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MalaysiaBfPC)
- pembacaan utk SGM1 SusuIbu.com (Cik Yut jadi fasilitatornya!! huhuhu)
* Hal e-shop
- masih banyak gambar nak kena ambil
- masih banyak perkara perlu dikemaskini
- buku kewangan (book keeping) juga perlu dikemaskini
- bila nak pergi ambil stok baru nih??
Aduhai..panjang sungguh senarai. Tu belum masuk lagi senarai buku2 yang saya perlu baca dan nak baca. Masih banyak lagi buku yg dah dibeli tapi mesih belum dibuka dan dibaca. Hanya sekadar belek2 aje.. Ok lah.. Nak pi settlekan tudung jiran sebelah dulu eek..
Nanti kalau tetiba datang idea, saya update la kat blog..
Leave a reply