*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for February 13th, 2010


Penyusuan Susu Ibu : Bagaimana ia terhasil?

Feb 13, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Salam…

Sudah ramai yang mengetahuinya dan  sudah ramai yang mendengar. Ia bukan lagi satu rahsia, bahkan ia telah menjadi satu fenomena dunia. Hampir semua ibu di dunia akan mengambil langkah untuk kembali kepada fitrah alam. Menyusu sebenarnya merupakan keadaan yang semulajadi, bukan direka atau dibuat-buat. Sebagaimana kita melihat haiwan menyusukan anak-anaknya begitulah seharusnya yg dilakukan oleh manusia yang mempunyai ketinggian akal dan fikiran. Sebelum kita memanjangkan langkah yang lebih jauh mengenai penyusuan, baiklah kita bermula di pangkal.

Adakah kita tahu bagaimana susu dihasilkan? Bagaimana ia mengalir keluar? Apakah mekanisme yang berlaku disebalik hisapan bayi pada payudara ibunya?

Sebelum itu, untuk seorang ibu yang telah bersedia utk menyusukan bayinya, seharusnya melakukan beberapa persiapan, seperti :

  1. Makan makanan yang seimbang

Pemakanan yang berkhasiat akan menambahkan lagi kualiti pada susu ibu. Justeru, si anak mendapat kelebihan dari penyusuan itu. Dalam penyusuan, aspek kualiti adalah penting walaupun susu yang terhasil adalah sedikit.

  1. Pakailah baju dalam yang bersesuaian untuk menyusu

Baju dalam yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada ibu semasa proses penyusuan, langsung menghasilkan susu yang lebih baik buat si anak.

  1. Menjaga kebersihan diri

Selain daripada membasuh rambut dan badan, payudara juga harus dicuci bagi memudahkan pengaliran keluar susu ibu terutamanya pada bahagian aereola.

Bagaimana proses pengeluaran susu berlaku?

Terdapat dua proses pengeluaran iaitu :

- proses penghasilan

- prose pengaliran

Bagaimana susu dihasilkan ?

Bagaimana susu mula mengalir ?

· Apabila bayi menyusu, saraf dalam puting akan diransangkan dan merubah isyarat ke otak

· Hormon prolaktin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian kilang pituitari

· Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak hormon dikeluarkan dan semakin banyak susu terhasil !

· Urat saraf dalam putting akan diransang apabila bayi menyusu dan memberi isyarat ke otak

· Oksitosin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kilang pituitari

· Hormon oksitosin menyebabkan otot-otot disekeliling payudara mengecut dan mengalirkan susu ke putting dan dihisap keluar oleh bayi

Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan  diri untuk menyusu dan mengalami tekanan.

Jadi, sentiasalah berfikiran positif!!

Ok, sampai bertemu lagi!!

Menjadi lebih mudah dan senang

Feb 13, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog, What's Hot

Salam…

Semalam dok tgk2 email. Sejak akhir-akhirnya ni saya mmg kesibukan melampau. Dalam banyak 2 email yg masuk, saya buka la email Mommy Lyna. oooh.. Mommy Lyna ajak saya buka Google Reader.

Dari akaun emel saya, saya dah nampak reader application nih. Acik pun cubalah explore. woooohoo.. senang lagi tambah mudah bah.

Ok, saya ada masalah nak edit gambar dan paste gambar kat sini.

Jadinya, selamat mencubalah… heeee

Berapa haribulan??

February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta