*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Alahai.. dulu ada 611, dia pulun tgk TV sensorang. Pastu I locked channel tu. Adjust a ffew channel, buang ESPN, tambah Variety Channel. Alih2 dia dok ngadap Playhouse Disney tu sampai sudah.. Yang bestnya, dia kan dah pandai menekan butang remote tu, dia tukar le alihbahasa jadi Bahasa Malaysia. Penat la kita suh dia tukar balik ke Bahasa Inggeris, mmm jgn harap lah…

Sekarang ni terpaksa buat jadual tgk TV. Kalu tak dia ngadap le sampai sok pagi. Tapi walaupun dia ngadap PHD ni, saya tak susah hati sbbnya semua cerita dia ada moral value. Bukan macam kat 611 tu. ish.. parah kalu bagi anak2 tgk channel tu. Kalau korang jenis mak pak yg layan sekaki dgn anak2 tgk PhD ni, korang akan perasan yg walaupun watak lain, cerita lain, kartun lain, tapi motif dia adalah sama. KERJASAMA. Ni yg paling banyak sekali diwarwarkan dalam kartun kat PhD. Serius, anak aku yg sorang ni mmg dah fanatik PhD. Siap hafal lagi kul berapa, bila, rancangan apa.. Parah2….
Kartun apa yg dia paling suke? mmmm ntah. Dah sume dia tgk. Setiap satu kartun tu ada laginya kan. Semua lah dia ikut. Nyanyi2, joget2. Mak pak dia telan airliur je lah kalu nak tgk TV. Kalau dia bagi kita tgk, nanti dia cakap, Ayah share TV dgn Kakak ye.. Ada ke patut?? Sabar je lah…. Ni nak pi ngadu kat org PhD ni. Depa kena bagi rewards sket kat anak aku yg sorang ni sbb dah jadi fanatik PhD. Bukan persaan hasat dengki tau, ingat tu!!
Salam…
Maaf ye tak update blog for few days ni. Post ni sebanrnya dah di draf beberapa hari yg lepas. Tapi sbb gambar2 sgt banyak dan tak sempat nak edit, jadi terpaksa tangguh le kan.

Saya boleh cerita separuh event je sbbnya saya sampai mmg event dah tinggal separuh. hahah…
Mana tak separuh. Budak2 bangun lambat betul. Bukan sbb diorang nak bangun lambat tapi tah nape malam tu tidonya tak nyenyak, asyik mengigau je. Jadinya lepas Suboh baru nampak dua beradik ni lena. Ish, ibunya semangat kemain nak pi event nih. Bukan apa, sbb nak bawa dua beradik main la kan… Korang tgk ni…

Haaah tgk. Ibunya dah siapkan dah bekal diorang. Kebetulan wannya dah siapkan sup daging pagi tu. Apalagi, bungkus la kan.. Pukul bape masa ni, rasanya dalam pukul 9am. Ye ye lah ibu siap awal. Tapi korang sedap santai. Ayahnya tgk anak2 beradu lagi, dia pun ikut layan gak… layaaaan

~Tgk tu. Aku dah siap mandikan dua beradik ni. Lepas mandi je, sambung balik tido. Pakai baju pun masa tido. Sabar je lah.. ~
Dalam pukul 11am baru le dua beradik ni nak bangun. Itupun terpaksa kejut Azzalea.. heheh.. Ayahnya siap2, masuk kete, zooom trus gi 1U. Laaa.. jem plak kat TTDI.. takpe, sabar je .. nak sampai dah.. Samapi je, ku terus cari sepupuku, Cik Sumi. Tapi sebelum tu, kita kena lahh wat check in kat entry point. Boleh plak lupa nak ambil gambar kat pintu depan tu.. (dush dush deshum..) Dah check in, depa bagi sticker nama, dan baju utk anak2.. Azzalea tak payah pakai baju lain dah. Sbb baju tu mmg bagak betul!!
![]()
![]()
Me and Sumi
~ thank to Bro Keyrull from Sawanila.com ~
![]()
Tgk!!! besarkan baju dia
Sampai waktu lunch, jadi kami pi bersantap dulu. Usai bersantap, kira dah nak sampai acara kemuncak le ni, depa buat le main2 sket dgn anak2 kecil tu. Lawak betul le emcee depa nih. Azyana bersungguh2 ikut je apa org tu tanya. Dah le dia cakap dlm bahasa Inggeris, main redah je si Azyana. Lepas emcee dia main2 dgn bebudak ni, tiba lah acara magic show. mmm… disebabkan dah selalu nengok Breaking The Magician Code di AXN, jadi tidak le teman terpengaruh sgt dgn pertunjukan org ni…
![]()
![]()
![]()
ye ye jee…..
![]()
Masuk le kamu wahai burung ke dalam sangkar ini..
![]()
Sebelah Azyana tu Gegirl (doter of RedMummy)
![]()
hahaha..gambar sendiri mmg takde la kan, perlu mengharap pada org lain…uish..
Ni gambar2 yang ku ambil menggunakan hp comel ku.. heheh…


Tu ada gambar RedDaddy adn RedMummy. Konon pas majlis nak bergambar le dengan Kak Red. Hampeh. Sibuk sgt melayan anak2, kempunan daku. Itu Mr Nick pun ada ma.. Aiyoo. ini org manyak handsome. Tapi apsal lain ke benor rupe mu bila dalam gambar? Dia mmg handsome bile korang jumpe secara live. Dalam gambar dia nampak pelik sket.. ekkeee… Kami tak lama pun kat sana. Majlis habis dalm pukul 2.30pm. Kami lepak sat, kul 3pm baru balik.
Terima kasih kepada Nuff dan Friso Gold kerana sudi menaja family day nih. Yang penting2 anak2 yg over seronok ok. En Lan yg ala2 anti sosial ni pun suka, katanya sebulan sekali boleh bawa anak2 main kat sini. mmmm… akan ku pikirkan dan masuk dalam jadual. Yang kat Menara GE, Jalan Ampang tu pun blum sampai lagi. Ni nak sampai selalu kat 1U..hahahaaa.. ok, semoga saya akan dapat hadir lagi ke family day seterusnya!! oh ye, kepada bloggers yg ada kat sana juga, teman minta maap ye kerana tak bertegur sapa. Anak2 sekejap ke sana, sekejap ke sini. Jadi idak le teman punya ke sempatan bersuai kenal dgn bloggers lain… sedih oooo..
Salam…
Selamat tahun baru 2010 semua!!
Imbasan 2009 :
Januari – Mula belajar buat tudung DIY, dapat twins (anak Kak Nana), dah mula berblogging secara serius (www.yusrinahata.com)
Februari – Cik Sumi dapat anak no 3. Dah serius dgn SHAKLEE. Rumah tgh renovate
Mac – Start membz kan diri dgn online biz plak..
April – Dah pindah rumah baru!! *yeay!* Ada new passion plak – homeschooling-
Mei – Bulan paling tak banyak post.
Jun – Tourism Family Day kat A’Famosa Resort
Julai – mmm…takde apa yg menarik atau boombastic sgt. Tapi kehidupan dgn family dan anak2 mmg akan mencabar pada setiap hari!
Ogos – Pergi kursus laktasi (tambah kredit utk BF), sah hamil, berniaga di Flea Market (harap2 dapat kembali ke sana semula)
September – kehidupan yang tenang!!
Oktober – usia ku makin meningkat! dah guna streamyx. si kenit itu pergi ke alam sana.
November – Join SC2009 utk meningkatkan pengetahuan pasal cara menyimpan duit. kena konjunktivitis lagi (2008 dah kena, bulan yg sama jugak!!)
Disember – bulan yang banyak post, sbb ada SC2009. hahaaa… dan juga sbb rajin sket nak update…
Utk 2010….
www.yusrinahata.com – harap contentnya jadi lebih spesifik
Ibuaz Shoppe – online biz akan berkembang maju
SIhat bersama Ibuaz – dapat capai target dalam masa 3 bulan pertama ni dan naik ke rank seterusnya
Optometris – harap2 le dapat confirmed tahun ni jg (selalu payah nak selesai dlm masa setahun)
Dan yg terakhir sekali, my ultimate job : Menjadi isteri dan ibu yg penuh dedikasi!!