*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Rasanya seminggu aku tak update blog. Sibuk sana, sibuk sini. Balik je dah ngantuk. Tak larat dah nak buka mata.
Bangun pagi celik, mandi, siap, jalan..
Balik petang, settle hal rumah, anak2, makan, tido..
Camanoo nak jadi blogger tegar cam kak Red??
I kena pi class la kot nih dgn kak Red..
Disebabkan itu, bilangan pengunjung ke blog pun jatuh merudum mcm kalau korang tgk graf kat Wall Street tu.
Ish.. baru seminggu tuh.
Kalau sebulan, setahun… Mau dah takde org masuk blog.
Gamaknya langsung lupa dgn blog aku ni.
Cuba korang tgk ni..

Melampau.. ni kalau jadi broker saham ni, mau aku terjun bangunan nih. Bisa jadi muflis…
mmm… ok, pikir balik camne nak kasi makin ramai yg dtg.
Nampak gaya kena cerita pasal tudung je lah..
Oh, bercakap pasal tudung, sesapa yg berminat nak belajar menjahit tudung DIY ni, boleh le contact aku melalui email yusrina.hata@gmail.com.
(sekejap saya, sekejap aku –> nampak sgt jiwa tgh bercelaru!!)
Bayaran seorang ialah RM40. Satu sesi 2-3 org aje.Hari Sabtu.
Belajar di rumah ku.
Barang2 menjahit seperti jarum, gunting dan benang, dsb minta bawa sendiri punya ye.
Set jersey dan awning serta template, ku boleh sediakan, tapi adalah juga bayarannya iaitu RM40 juga.
Apa2 boleh contact ye. Jgn segan2 utk bertanya..
Salam…
Saya sekarang tengah berangan dan membayangkan yg saya akan dapat satu handphone. Ye.. Saya dapat rasakan ia di tangan saya sekarang. Bestnye dapat pegang hp baru. Lagi lah hp macam gambar kat bawah ni. LG Chocolate!! Kalu tgk dari segi saiznya tu, mmg ia panjang sedikit. Tapi saya suka. Sbbnya, dengan kawasan paparan yg lebih panjang dan luas, 4″ HD LCD, ia tidak akan menyakitkan mata dan kepala saya utk melihat skrin itu. Macam sekarang, hp saya yg kecil dan kawasan paparan yg terhad, membataskan penglihatan.. oooh..menyakitkan. Lama je sikit tgk hp, dah pening.

Udahle kawasan dia luas, banyak plak ikon yg boleh kita lihat dlm satu2 masa. Tak perlu buang masa lagi dah nak cari ikon2 yg kita perlukan. Yelah, katalah kat muka depan ada nampak ikon utk ‘Contacts’ dengan ‘Calendar’ je. Pastu nak kena jenjalan lagi cari ikon utk ‘Setting’ plak, ke ikon utk ‘Call registry’ ke.. Dah buang masa kan. Ni sume duduk dalam satu page. Jelas, terang dan nyata lagi. Peeergh.. Best!! Kalau korang telefon saya, dah pasti nama dan no telefon korang terpampang dengan lebih jelas kat skrin tu. Agak2 boleh ke tak setting kan dengan gambar?? Kalau boleh, mesti cantik je gambar muka korang kan. Tak payah le saya nak berkenyit tgk sapa yg call saya..heheheee…

Ish… Tgk le tu. Panjang ibarat model. Melampai sungguh. Slim lagi. HP ye!!. Isk, kalau berangan badan macam model pun ok gak. Best best! Ooooh.. Saya pasti akan dapat hp LG Chocolate ni satu. Saya dah boleh rasa dah yg tangan saya yg gatal ni bermain2 dgn hp yg cantik lagi slim nih. Apsal saya sibuk sgt berangan? Saya tak berangan, saya mmg harap sgt saya dapat!!! hehehee

Haah, apa lagi. Korang pun cubalah!!
Salam…
Dear Nuffnanger,
You’re cordially invited to the Premiere Screening of Tooth Fairy happening on;
Date : 25 January 2010 (Monday)
Time :9.00pm
Venue : TGV 1 UtamaTWO (2) invites have been reserved under your name and email address. Kindly confirm your invitation by writing in to toothfairy@nuffnang.com telling us you’ll be attending by 12pm, 22 January (Friday). Failure to confirm your invitation by then will result in your invites revoked and passed to other bloggers who didn’t make it into the initial list.
A collection counter will be set up by 8pm at the lobby of the cinema. Kindly collect your invites from the counter by 9pm as latecomers will not be entertained.
Look forward for an entertaining time ahead as The Rock shows his fairy side next Monday as the Tooth Fairy.
Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd
mmmm… En Lan kata, dia kena outstation tapi saya lum confirm lagi dia jadi pergi ke tak.. Adeeeh.. Kalau tak pergi yg ni, ni adalah kali kedua saya terpaksa menolak invitation dari Nuffnang. oooi.. tiket free, sapa tak nak oi!! mm.. sat lagi kena call En Lan. Jadi ke dia outstation. Fuuh kiri fuuh kanan. Harap2 boleh gi.. hiihiii…