Salam…

Maaf ye tak update blog for few days ni. Post ni sebanrnya dah di draf beberapa hari yg lepas. Tapi sbb gambar2 sgt banyak dan tak sempat nak edit, jadi terpaksa tangguh le kan.

Nuffnangfriso

Saya boleh cerita separuh event je sbbnya saya sampai mmg event dah tinggal separuh. hahah… :o Mana tak separuh. Budak2 bangun lambat betul. Bukan sbb diorang nak bangun lambat tapi tah nape malam tu tidonya tak nyenyak, asyik mengigau je. Jadinya lepas Suboh baru nampak dua beradik ni lena. Ish, ibunya semangat kemain nak pi event nih. Bukan apa, sbb nak bawa dua beradik main la kan… Korang tgk ni…

nuff1

Haaah tgk. Ibunya dah siapkan dah bekal diorang. Kebetulan wannya dah siapkan sup daging pagi tu. Apalagi, bungkus la kan.. Pukul bape masa ni, rasanya dalam pukul 9am. Ye ye lah ibu siap awal. Tapi korang sedap santai. Ayahnya tgk anak2 beradu lagi, dia pun ikut layan gak… layaaaan

nuff2

~Tgk tu. Aku dah siap mandikan dua beradik ni. Lepas mandi je, sambung balik tido. Pakai baju pun masa tido. Sabar je lah.. ~

Dalam pukul 11am baru le dua beradik ni nak bangun. Itupun terpaksa kejut Azzalea.. heheh.. Ayahnya siap2, masuk kete, zooom trus gi 1U. Laaa.. jem plak kat TTDI.. takpe, sabar je .. nak sampai dah.. Samapi je, ku terus cari sepupuku, Cik Sumi. Tapi sebelum tu, kita kena lahh wat check in kat entry point. Boleh plak lupa nak ambil gambar kat pintu depan tu.. (dush dush deshum..) Dah check in, depa bagi sticker nama, dan baju utk anak2.. Azzalea tak payah pakai baju lain dah. Sbb baju tu mmg bagak betul!!

cikyut&ciksumi2

cikyut&ciksumi3

Me and Sumi

~ thank to Bro Keyrull from Sawanila.com ~

nuff_azzalea

Tgk!!! besarkan baju dia

Sampai waktu lunch, jadi kami pi bersantap dulu. Usai bersantap, kira dah nak sampai acara kemuncak le ni, depa buat le main2 sket dgn anak2 kecil tu. Lawak betul le emcee depa nih. Azyana bersungguh2 ikut je apa org tu tanya. Dah le dia cakap dlm bahasa Inggeris, main redah je si Azyana. Lepas emcee dia main2 dgn bebudak ni, tiba lah acara magic show. mmm… disebabkan dah selalu nengok Breaking The Magician Code di AXN, jadi tidak le teman terpengaruh sgt dgn pertunjukan org ni…

magic1

magic2

magic4

ye ye jee…..

magic4

Masuk le kamu wahai burung ke dalam sangkar ini..

magic5

Sebelah Azyana tu Gegirl (doter of RedMummy)


ibu_az

hahaha..gambar sendiri mmg takde la kan, perlu mengharap pada org lain…uish..

nampak sungguh temban dan berisi daku.. ooooh tidaaaaak!!

Ni gambar2 yang ku ambil menggunakan hp comel ku.. heheh…

nuff3

nuff4

Tu ada gambar RedDaddy adn RedMummy. Konon pas majlis nak bergambar le dengan Kak Red. Hampeh. Sibuk sgt melayan anak2, kempunan daku. Itu Mr Nick pun ada ma.. Aiyoo. ini org manyak handsome. Tapi apsal lain ke benor rupe mu bila dalam gambar? Dia mmg handsome bile korang jumpe secara live. Dalam gambar dia nampak pelik sket.. ekkeee… Kami tak lama pun kat sana. Majlis habis dalm pukul 2.30pm. Kami lepak sat, kul 3pm baru balik.

Terima kasih kepada Nuff dan Friso Gold kerana sudi menaja family day nih. Yang penting2 anak2 yg over seronok ok. En Lan yg ala2 anti sosial ni pun suka, katanya sebulan sekali boleh bawa anak2 main kat sini. mmmm… akan ku pikirkan dan masuk dalam jadual. Yang kat Menara GE, Jalan Ampang tu pun blum sampai lagi. Ni nak sampai selalu kat 1U..hahahaaa.. ok, semoga saya akan dapat hadir lagi ke family day seterusnya!! oh ye, kepada bloggers yg ada kat sana juga, teman minta maap ye kerana tak bertegur sapa. Anak2 sekejap ke sana, sekejap ke sini. Jadi idak le teman punya ke sempatan bersuai kenal dgn bloggers lain… sedih oooo..