*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
TIP #28 – SIMPAN CHALLENGE – CUKAI BELANJA
oleh – AbangAbuAnda pasti tahu apa itu GST. AbangAbu pasti seringkali perbelanjaan yang anda lakukan perlu membayar 7% GST dari jumlah yang anda harus bayar.
Mulai hari ini anda juga akan membayar cukai belanja untuk setiap perbelanjaan yang anda lakukan. Anda boleh mengenakan cukai sebanyak 1% atau 2% untuk setiap kali anda berbelanja. Misalnya , Anda membayar bil berjumlah RM200 , maka cukai untuk tabung anda adalah RM2 hingga RM4 yang anda harus masukkan ke dalam Tabung Simpan Challenge.
Bincangkan dengan keluarga anda dan mulakan tip ini. Tip ini juga akan memastikan anda dapat menyimpan dalam satu cara yang menyeronokan. Tip ini boleh membantu anda menyimpan diantara RM20 hingga RM500 setiap bulan.
Semua yang anda perlu bayar mesti anda kenakan cukai tabung Simpan Challenge. INGAT! Bil PUB, belanja pasar hingga semua sekali. Sebagai permulaan tentukan beberapa perbelanjaan sahaja yang anda perlu membayar cukai dan anda boleh menambahkan bilangan setiap bulan.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Memandangkan Pedoman Hidup hari ini merupakan tips ketiga terakhir bagi program pendidikan Simpan Challenge ini, marilah kita renungkan beberapa potong ayat Al-Quran serta Hadis yang telah memberikan beberapa panduan untuk kita amalkannya agar dimurahkan rezeki.
Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi 5 tip, dan insya Allah esok lagi 5 tip amalan murah rezeki akan diberikan.
1- Menyempatkan diri beribadah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”ť (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2- Memperbanyak istighfar
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”ť(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3- Tinggalkan perbuatan dosa
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4- Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”ť(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”ť(Riwayat Bukhari)
Ok..Sejujurnya Cik Yut rasa tip kali ni mencabar sket. Bukan apa, kalau tiap bulan tu, nak bayar bil pun dah rasa terjerut je, ni pulak nak kena cukai atas bil2 tadi.mmm…. selalu baki duit gaji lepas tolak bil dan utk perbelanjaan, mmg cukup2 je utk tampung perbelanjaan sebulan tu. Just enough. Tapi, dah kata ni challenge kan. So I have to take the challenge. Insyaallah, pasti boleh kalau kita nak buatkan..Nanti Cik Yut kena tgk balik camna nak bagi dari TAK BOLEH kepada BOLEH buat..
Salam…
Adakah kalian sihat2 aje hari nih.? Tinggal 2 hari saja lagi nak masuk 2010. Macamana? Dah siap ke rencana dan rancangan utk tahun depan? Rancanga dan visualkan apa yg anda ingin capai pada 2010. Nanti saya nak kongsi dgn korang pasal kuasa minda. W/pun ianya bukan topik yg baru, ia adalah perkara yg sering berlaku. Nantikan ye. Tapi sebelum tu, mari kita habiskan dulu tip SC2009 kita.
TIP #27 – SIMPAN CHALLENGE – DENDA JIKA NEGATIF
oleh – AbangAbuTip hari ini juga sesuatu yang menarik untuk dilakukan. Setiap perkataan negatif yang di ucapkan oleh sesiapa dalam keluarga anda perlu membayar denda.
Bincangkan denda yang perlu dibayar jika perkataan yang negatif digunakan. Misalnya sesiapa sahaja yang didapati membuat kesilapan tadi perlu membayar 50 sen. Dengan mengamalkan tip ini, semua anggota akan mula mengawasi semua perkataan yang dituturkan. Anda juga boleh berbincang dengan keluarga dalam menentukan perkataan apakah yang tidak boleh digunakan.
Contohnya, perkataan “SIAL” adalah perkataan yang dilarang untuk digunakan. Maka jika sesiapa didapati mengunakan perkataan ini perlu membayar denda. Duit ini perlu dimasukan dalam tabung simpan challenge.
Tip ini dengan sendiri akan mendidik anda dan keluarga menghormati antara satu sama lain dan tidak menggunakan perkataan perkataan yang dilarang. Semua anggota perlu bersetuju dalam menentukan apakah perkataan perkataan yang dilarang dan harus dibayar denda jika digunakan.Mulakan hari ini juga.Denda pada tabiat yang ingin dihentikan
oleh Irfan Khairi
Selain daripada denda pada perkataan negatif dan kurang enak didengar, anda juga boleh mengambil peluang tip kali ini untuk membuang sesuatu tabiat yang ingin buang, tetapi asyik bertunda sahaja.Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuang tabiat merokok, jadikan merokok sebagai satu denda! Setiap kali mencapai rokok, masukkan RM5 ke dalam tabung Simpan Challenge anda! Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, setiap kali anda ingin makan coklat, masukkan RM5 kedalam tabung anda! Sekiranya anda ingin hentikan sebarang tabiat anda, jadikannya sebagai denda dan masukkan wang denda tersebut ke dalam tabung Simpan Challenge!PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275, yang bermaksud: ” Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. ”
Dalam ruang Pedoman Hidup hari ini ingin membincangkan salah satu sumber pendapatan kita iaitu perniagaan. Berniaga adalah salah satu bentuk mualamat yang disyariatkan oleh Islam. Agama Islam juga telah memberikan garis panduan dalam jual beli agar tidak ada penipuan yang berlaku di antara penjual, pembeli, pemilik harta dan juga sesiapa yang terlibat dalam urusan tersebut. Lebih-lebih lagi setiap perniagaan melibatkan urusan kewangan, yang mana manusia sering diuji Allah s.w.t dalam hal kewangan, seperti keinginan untuk mengambil kesempatan terhadap yang lemah, keinginan untuk mengunakan kewangan dengan cara yang salah dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mesti mengetahui garis panduan Islam tentang jual beli, isu undang-undang, cara terbaik menjalankan perniagaan dan sebagainya sekiranya kita ingin memulakan sesuatu perniagaan.
Terutama Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga kerana dikatakan sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Dalam masa yang sama, walaupun kita digalakkan untuk berniaga ia sebenarnya bermaksud agar kita mempelajari selok-belok perniagaan atau mendapat nasihat dari pakar terlebih dahulu sebelum kita memulakannya. Ini kerana Islam juga melarang kita untuk meletakkan diri kita dalam kebinasanaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 195, yang bermaksud: ” dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. ”
Seorang Muslim yang berjaya akan memastikan setiap perkara yang ingin dilakukannya dirancang dengan teliti terlebih dahulu serta meminta pendapat dan nasihat dari beberapa pakar dalam bidang tersebut sebelum melakukannya, dan diikuti dengan tawakkal kepada Allah s.w.t.
Tip dari AbangAbu tu menarik. mmm.. nanti buat list. Tip dari IK pun boleh tahan gak..mmm… kena wat list gak ni..
Salam…
Adoi.. sgt terkejar utk menyudahkan SC2009. Tinggal beberapa hari saja lagi. Mesti kasi habis juga pada 31 hb ni. Tapi ingat ye kengkawan, Sila teruskan selama yang boleh. Tetapkan goal yang baru pada setiap bulan. Buat catitan mengenai pencapaian pada setiap bulan itu. Analisa dan cari balik kekurangannya..
TIP #26 – SIMPAN CHALLENGE – BAYAR SEBELUM GUNA
oleh – AbangAbuIni adalah satu idea yang amat menarik dan juga menyeronokan. Disamping ianya adalah satu challenge untuk anda sekeluarga, ianya akan dapat menambahkan simpanan anda.
Banyak perkakas dirumah anda selalu digunakan oleh semua anggota keluarga. Misalanya komputer, tv, radio, vcd, laundry, dryer dan macam macam lagi. Bincangkan dengan keluarga anda apakah alat alat yang jika digunakan perlu dibayar.
Misalnya AbangAbu sendiri mengamalkan dalam menonton TV. Setiap kali menonton harus masukkan RM1 ke dalam tabung. Jika melebihi 2 jam harus masukan RM1 untuk setiap jam selepas itu. Apa yang berlaku selepas itu, kami mula kurang menonton dan menumpukan kepada perkara perkara yang lain. Dan setiap kali menonton dimasukkan duit di dalam tabung.
Tip ini boleh digunakan untuk pelbagai perkakas dirumah. Anda juga boleh menukarkan perkakas yang harus dibayar jika digunakan setiap minggu atau bulan, mungkin minggu pertama TV, minggu kedua boleh ditukarkan ke radio dan seterusnya.
Anda akan terkejut dengan jumlah yang anda boleh simpan dengan tip ini. Anda boleh menyimpan diantara RM30 hingga RM300 sebulan.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Antara sifat yang boleh membuat seseorang manusia itu jatuh miskin adalah sifat sombong. Ini kerana sebahagian manusia seringkali ingin mendapatkan perhatian, dan selalunya orang yang ingin mendapatkan perhatian mempunyai niat yang kurang elok, iaitu bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sifat sombong ini boleh mendorong manusia membeli sesuatu benda yang bukan keperluannya hanya untuk menunjuk-nunjuk, mendapatkan perhatian atau membanggakan diri. Sekiranya sifat ini tidak diatasi, agak sukar untuk kita memasuki Syurga Allah s.w.t. Ketahuilah sifat sombong ini juga telah membuat Iblis terkeluar dari Syurga. Marilah kita jahui sifat ini dengan merendahkan diri, bersederhana dan membantu orang-orang sekeliling kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18, yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa menonjolkan akhlak yang mulia walau dalam apa juga keadaan.
Mmmm… Satu cadangan yang menarik.. Ni kalau betul2 buat kat rumah ni, mmg kayooo lah makcik. Azyana sekarang dah jadi hantu Playhouse Disney. Santak tgk dari pagi sampai malam. Mmg org lain takde peluang punya. mmm..Setakat ni, mmg belum dibuat lagi..masih dalam perancangan..Korang kalau dapat buat ni, bagitau Cik Yut ye. Nak gak tau camne korang boleh buat dgn tip ni..