*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Akhirnya, sampai jua kita ke tip yg terakhir. Tip yg sangat2 mudah dan ringkas. Yang tidak perlu kita simpan.
TIP #30 – SIMPAN CHALLENGE – DERMA itu MEMBERSIHKANoleh – AbangAbuSyabas AbangAbu ucapkan kepada anda semua yang mengikuti dan mengamalkan semua tip Simpan Challenge selama ini.
Hari ini adalah tip yang terakhir. AbangAbu ingin mendapatkan dari anda jumlah yang dikumpulkan oleh anda , AbangAbu ingin mendapatkan jumlah dari setiap peserta dan ingin kumpulkan jumlah keseluruhan dan ingin AbangAbu tuliskan dalam Blog abangabu supaya untuk membuktikan kejayaan anda semua.
Sila balas email ini dengan menyatakan jumlah yang terkumpul. MESTI BUAT!
Hari ini adalah tip yang paling penting. Jumlahkan semua simpanan anda selama ini.
Setelah mendapatkan jumlah, kini anda harus mendermakan sebahagian, samada 1% atau 10% peratus terpulang pada diri anda. Yang paling penting adalah IKHLAS.
Dermakan wang tersebut kepada sesuatu pertubuhan atau rumah anak yatim atau masjid masjid .
INGAT! Yang penting bukanlah berapa yang anda dermakan sebaliknya keikhlasan anda. Sikap menderma ini adalah menandakan anda bersyukur keatasa pemberian dari Allah.
Moga moga derma anda ini akan membawa berkat dan memperbanyakan rezeki serta simpanan anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah, kita telah pun bersama program pendidikan SIMPAN Challenge ini selama 1 bulan. Dan sepanjang 29 hari yang lalu, ruang Pedoman Hidup telah banyak berkongsi tentang urusan kewangan, sifat peribadi, berniaga, kepentingan merancang, keperluan berusaha, amalan-amalan murah rezeki, isu halal haram, hutang-piutang, jenis ujian Allah s.w.t, peranan seorang Muslim serta tanggungjawabnya, dan sebagainya dari perspektif Islam. Kesemua itu adalah Ilmu. Dan Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi tentang ilmu dan kepentingan mengamalkannya.
Ilmu merupakan sebuah alat yang membolehkan kita mencapai segala keinginan kita sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Ilmu bukanlah terhad kepada pengetahuan sahaja, tetapi adalah kombinasi diantara informasi (sama ada dari pelajaran, penyelidikan, pengalaman atau penyampaian dari yang lain), kemampuan untuk mengamalkan pengetahuan tersebut, serta kebolehan untuk menyampaikannya kepada yang lain, dan sebainya. Segala nasihat atau tips yang diperolehi sepanjang Simpan Challenge ini, jaganlah dijadikan sebagai informasi sahaja. Sebaliknya harus diamalkan dan dibudayakan selamanya. Sekiranya pengetahuan kita dapat disesuaikan dengan perubahan kehidupan, maka disitu proses Ilmu sebenarnya telah terjalin. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu kita kerana perubahan dunia ini tidak akan terhenti sehinggalah Hari Kiamat nanti.Akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ini tidaklah ada nilainya sekiranya kita tidak dapat menempatkan ilmu di dalamnya. Ini kerana akal memerlukan ilmu untuk memperoseskan setiap keputusan atau tindakan kita. Ilmu yang luas membolehkan kita mempuat pertimbangan yang baik lantas menghasilkan kepetusan yang bijak. Marilah kita memandang serius dalam perkara ini, agar ia menjadi pelita kehidupan kita dan ahli keluarga kita. Lebih-lebih lagi, ilmu mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding harta kekayaan. Dalam masa kita sibuk menabung, jaganlah kita terlupa kepentingan ilmu untuk diri kita dan juga ahli keluarga kita.Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu.”
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa dan bersungguh-sunguh meneroka ilmu yang baru dengan niat yang ikhlas dan suci.
Tip yang terakhir ini adalah yg paling benar2 berlaku. Maksud Cik Yut, apabila kita mendermakan sebahagian daripa kepunyaan, kita akan dapat lebih dari sebahagian itu kembali. Ini pasti berlaku (syarat: hati mau ikhlas). Cepat atau lambat, sesuatu yg baik pasti berlaku. Cuma kita jgn lah terlalu mengharap balasan itu utk sampai kembali kpd kita ye. Buatlah dgn sepenuhnya rasa keikhlasan tu.Insyallah, keajaiban pasti datang.
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
3 Responses for "Simpan Challenge 2009 Tip#30"
tips yang bagus untuk diamalkan…kena baca balik bila free nanti…
Great Teacher Onizuka
eyriqazz´s last blog ..Kepulangan Sally
thanks kak yus sbb share suma tips² SC neh.. sy kopipes wat rujukan ek.. =]
Cik Jeela..
Sila lah..jgn segan2!!
Leave a reply