Salam…

Alhamdulillah. SC2009 kita dah nak hampir ke penghujungnya. Esok ialah 31 Disember 2009. Lusa pula dah ke tahun baru Masihi, 2010. Yang pasti banyak perkara yg berlaku pada kita sepanjang tahun 2009. Yang manis, yang pahit, yang kelat.. macam2 lah kan.. SC2009 hanya tinggal satu lagi tip yg akan menyusul selepas tip #29 ni. Esok, kita akan ulang semula semua tip, dan Cik Yut akan senaraikan utk korang. Boleh le korang print dan tampal kat mana2 tempat yg korang rasa sesuai utk ditampal.

TIP #29 – SIMPAN CHALLENGE – DAPATKAN SECARA PERCUMA

oleh – AbangAbu

Berapa kali anda membeli sesuatu dan hanya digunakan untuk tujuan yang sekali sahaja. Misalanya tukul besi yang anda beli hanya digunakan untuk sekali sahaja, ada barang barang yang di beli digunakan sekali sahaja dan terus terperuk didalam stor dan sebagainya.

AbangAbu juga telah melakukan perkara ini dan kini telah mengubah ke satu cara yang lain dalam mendapatkan barang yang hanya akan digunakan sekali dua sahaja. Ada diantara anda yang membelanjakan sehingga ratusan RM untuk mendapatkan barang tersebut dan tidak digunakan lagi.

Tip hari ini adalah untuk mendapatkan barang barang yang digunakan sekali sekala dengan meminjam , menyewa atau percuma.

Jika anda perlu membaiki paip di rumah anda misalanya, anda memerlukan perkakas perkakas pembaikan yang berharga diantara RM20 hingga RM100. Anda boleh memdapatkan alat alat ini secara percuma dengan meminjam dari jiran atau saudara mara anda, atau anda boleh menyewa dari kedai kedai.

Mencari dan membeli barangan terpakai (second-hand) boleh menjimatkan. Lebih-lebih lagi jika barangan terpakai itu untuk kegunaan sementara. Seperti barangan anak-anak yang sedang membesar – “walker”, pram, meja mainan dan sebagainya. Carilah yang masih bersih dan selamat digunakan. Ini adalah kerana barangan ini tidak lama digunakan dan boleh dikitar semula.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Memandangkan Pedoman Hidup hari ini merupakan tips kedua terakhir bagi program pendidikan Simpan Challenge ini, marilah kita renungkan beberapa potong ayat Al-Quran serta Hadis yang telah memberikan beberapa panduan untuk kita amalkannya agar dimurahkan rezeki.

Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi 5 lagi tip amalan murah rezeki, yang mana 5 lagi tips telah diberikan semalam.

6- Tunaikan hajat orang lain

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.” (Riwayat Muslim)

7- Menjalin silaturrahim

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

8- Melazimi kekal berwuduk

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

9- Bersyukur kepada Allah

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

10- Bertawakal

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud : “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq, ayat 3)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Senang aje kan tip kali ni. Kalau rasa sesuatu barang tu kita guna sekali-sekala je, baiklah tak payah beli. Pi pinjam kat orang. Sewa ke. Itu lebih murah dan menjimatkan. Apa kata kita simpan duit yg sama banyak dgn harga barang yg kita pinjam tu. Simpan masuk ke dalam Tabung SC kita. Barulah nampak penjimtannya tu kan.. >_<