Simpan Challenge 2009 Tip#26

Salam…

Adoi.. sgt terkejar utk menyudahkan SC2009. Tinggal beberapa hari saja lagi. Mesti kasi habis juga pada 31 hb ni. Tapi ingat ye kengkawan, Sila teruskan selama yang boleh. Tetapkan goal yang baru pada setiap bulan. Buat catitan mengenai pencapaian pada setiap bulan itu. Analisa dan cari balik kekurangannya..

TIP #26 – SIMPAN CHALLENGE – BAYAR SEBELUM GUNA
oleh – AbangAbu

Ini adalah satu idea yang amat menarik dan juga menyeronokan. Disamping ianya adalah satu challenge untuk anda sekeluarga, ianya akan dapat menambahkan simpanan anda.

Banyak perkakas dirumah anda selalu digunakan oleh semua anggota keluarga. Misalanya komputer, tv, radio, vcd, laundry, dryer dan macam macam lagi. Bincangkan dengan keluarga anda apakah alat alat yang jika digunakan perlu dibayar.

Misalnya AbangAbu sendiri mengamalkan dalam menonton TV. Setiap kali menonton harus masukkan RM1 ke dalam tabung. Jika melebihi 2 jam harus masukan RM1 untuk setiap jam selepas itu. Apa yang berlaku selepas itu, kami mula kurang menonton dan menumpukan kepada perkara perkara yang lain. Dan setiap kali menonton dimasukkan duit di dalam tabung.

Tip ini boleh digunakan untuk pelbagai perkakas dirumah. Anda juga boleh menukarkan perkakas yang harus dibayar jika digunakan setiap minggu atau bulan, mungkin minggu pertama TV, minggu kedua boleh ditukarkan ke radio dan seterusnya.

Anda akan terkejut dengan jumlah yang anda boleh simpan dengan tip ini. Anda boleh menyimpan diantara RM30 hingga RM300 sebulan.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Antara sifat yang boleh membuat seseorang manusia itu jatuh miskin adalah sifat sombong. Ini kerana sebahagian manusia seringkali ingin mendapatkan perhatian, dan selalunya orang yang ingin mendapatkan perhatian mempunyai niat yang kurang elok, iaitu bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sifat sombong ini boleh mendorong manusia membeli sesuatu benda yang bukan keperluannya hanya untuk menunjuk-nunjuk, mendapatkan perhatian atau membanggakan diri. Sekiranya sifat ini tidak diatasi, agak sukar untuk kita memasuki Syurga Allah s.w.t. Ketahuilah sifat sombong ini juga telah membuat Iblis terkeluar dari Syurga. Marilah kita jahui sifat ini dengan merendahkan diri, bersederhana dan membantu orang-orang sekeliling kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18, yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa menonjolkan akhlak yang mulia walau dalam apa juga keadaan.

Mmmm… Satu cadangan yang menarik.. Ni kalau betul2 buat kat rumah ni, mmg kayooo lah makcik. Azyana sekarang dah jadi hantu Playhouse Disney. Santak tgk dari pagi sampai malam. Mmg org lain takde peluang punya. mmm..Setakat ni, mmg belum dibuat lagi..masih dalam perancangan..Korang kalau dapat buat ni, bagitau Cik Yut ye. Nak gak tau camne korang boleh buat dgn tip ni..

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge