Salam…

Semoga kalian ceria pada hari ini… Utk menyudahkan SC2009 kita, mari kita terus je sambung ke tip yang seterusnya ye..

TIP #24 -  SIMPAN CHALLENGE – CARA KURANG BELANJA PENGANGKUTAN
oleh – AbangAbu

Satu perbelanjaan yang memang menjadi sesuatu yang amat penting  ialah perbelanjaan pengangkutan. Tip hari ini lebih kepada orang yang berkereta . AbangAbu juga sertakan tip dan idea untuk yang menggunakan pengangkutan awam juga.

Tip A : Berkongsi kereta( car pool).

Ini sebenarnya akan menjimatkan perbelanjaan anda. Tidak perlu untuk berkongsi setiap hari , tetapi boleh anda mulakan seminggu sekali atau dua. Anda boleh menjimatkan lebih RM20 RM hingga RM80 sebulan. Kalau dilakukan selalu anda boleh menjimatkan sehingga RM200.

Pastikan anda membuat pelan perjalanan yang bijak dan pada masa yang sesuai agar anda boleh mengurangkan bayaran ERP. Elakan masa masa sibuk kerana anda tidak membuang minyak dan masa yang akan menjimatkan wang anda.

Tip B : Menggunakan kenderaan awam.

Tetapkan satu hari dimana anda akan hanya mengunakan kenderaan awam.Mulakan dengan sekali seminggu dulu.  Bagi anda yang menggunakan kenderaan awam , anda juga boleh mengurangkan perbelanjaan pengangkutan dengan membuat sedikit persedian. Misalanya, jika mengambil teksi , pastikan anda tahu akan waktu waktu yang bayaran lebih tidak dikenakan. Jika anda membuat pelan menaiki bas atau lrt , pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk perjalanan. Ini kerana ramai terpaksa menggunakan teksi kerana tidak memberi perhatian kepada masa.

Juga dapatkan kad kad konsensi bagi anak anak anda serta orang tua anda. Jika anda banyak mengunakan kenderaan awam dapatkan kad kad bayaran bulanan yang sebenarnya menjimatkan. Jika anda membuat pelan untuk melancung juga baik jika anda dapatkan tiket tiket penerbangan seawal mungkin. Bincangkan dengan keluarga. Berikan juga pendapat anda atau pengalaman anda.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Islam telah menyuruh kita untuk merancang dan mencorak masa depan kita sendiri. Untuk merancang masa depan, kita perlu ilmu pengetahuan yang luas serta memahami isu semasa serta halangan-halangan yang ada. Marilah kita melihat kisah Nabi Yusuf a.s bagaimana beliau membantu untuk menghadapi musibah menerusi perancangan harta yang baik.Al-Quran menceritakan ketika utusan Raja Aziz Mesir datang kepada Nabi Yusuf di dalam penjara meminta beliau mentakwilkan mimpi,

ia berkata, “Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami (mimpi) tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus; dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya.”

(Surah Yusuf, ayat 46)Kisah ini dinukilkan menerusi firman Allah, Yusuf menjawab: “Kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja yang keras. Maka apa yang kamu tuai, hendaklah kamu tinggalkan pada tangkainya, kecuali sedikit dari yang akan kamu makan. Kemudian akan datang sesudah yang demikian itu, tujuh tahun yang payah; dia akan memakan apa yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).”

(Surah Yusuf, ayat 47 & 48) Berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf ternyata tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda memberi petunjuk supaya membuat perancangan untuk mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir. Nabi Yusuf a.s juga menasihatkan raja supaya berusaha mengatasi akibat yang ditunjukkan dalam mimpi itu dengan mencadangkan langkah yang sesuai.Berdasarkan cadangan itu, jelas menampakkan betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan, cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan. Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf itu, terdapat dua perkara perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran. Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti yang dikatakan Nabi Yusuf, “Kecuali sedikit untuk kamu makan.”

(Surah Yusuf, ayat 47)

Antara perkara lain yang boleh kita pelajari iaitu, Nabi Yusuf a.s juga memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama pada masa kesulitan. Marilah kita renungkan kembali perancangan yang telah kita fikirkan sebelum ini, adakah ia sebaik-baik perancangan?

Libatkanlah ahli keluarga kita untuk sama-sama memberi sumbangan buah fikiran semasa kita ingin membuat setiap perancangan untuk keluarga, lebih-lebih lagi perancangan kewangan. Ingatlah bahawa Nabi Yusuf membuat persediaan awal iaitu usaha selama tujuh tahun untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bagi tujuh tahun yang akan datang. Bagaimana pula dengan kita? Berapa awalkah perancangan kita? Perancangan seperti ini akan dapat menyelamatkan kita daripada masalah pada masa depan.

Bolehkah? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..