*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Selamat berhujung minggu!! Seronokkan bulan 12 ni. Tiap2 minggu bercuti. Saya mengishtiharkan bulan 12 ni ialah bulan yang tidak produktif. hahahaa.. . Baiklah. Kita sambung SC2009 kita sebelum kedatangan 2010.
TIP #22 - SIMPAN CHALLENGE - JANGAN BELANJA UNTUK MENUNJUK
Oleh AbangAbuNasihat Sujimy : Jangan berbelanja bila baru dapat gaji
Selalunya bila kita baru terima gaji kita, itulah cobaan yang paling besar kerana semangat kita berkobar-kobar untuk meneroka barangan baru. Kalau boleh biarlah gaji itu duduk di dalam akaun simpanan kita sehari dua sebelum kita membelanjakannya.
Jangan kita terus ke pusat membeli belah bila saja kita terima gaji kerana ini serupa dengan membeli makanan bila kita sedang betul-betul lapar. Semuanya kita ingin rasa. Ada yang tidak perlu kita beli juga menjadi pilihan. Orang yang baru dapat gaji itu sama seperti orang yang lapar, jadi hati-hati.
Buat perkiraan agar semua kos perbelanjaan bulanan diambil kira dahulu sebelum membuat sebarang perbelanjaan yang baru. Dan jangan lupa menabung 10% hingga 20% wang gaji sebagai simpanan tetap.Tetapkan matlamat simpanan tetap anda. http://www.sujimy.com/
AbangAbu ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengingatkan anda supaya tidak membeli sesuatu itu hanya untuk menunjuk nunjuk.
Ramai diantara anda yang mungkin sedar bahawa apa yang anda beli itu bukanlah keperluan sebaliknya hanya sesuatu yang ingin anda tunjukan pada orang lain.
Amalkan sikap ini dan anda akan dapat menjimatkan wang beratus RM. Jadi hari ini , berjanji pada diri anda bahawa anda tidak akan membeli sesuatu barang sekadar hanya untuk menunjuk nunjuk.
AbangAbu mahu anda sekeluarga memikirkan satu skil yang terdapat pada ahli keluarga anda yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.
Contoh seperti kebolehan membuat kuih, menjahit , melukis , menulis dan pelbagai skil yang boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan tambahan.
Aktiviti ini amat penting kepada semua yang masih menghadapi kesulitan untuk menyimpan. Bagi yang sudah menyimpan ini akan memberikan anda peluang untuk menggandakan simpanan anda.
Contohnya , jika anda minat pada sesuatu perkara atau mempunyai minat menulis. Anda boleh mulakan satu blog dan mula menulis. Ini adalah permulaan yang baik untuk menimba ilmu serta maklumat. Ia juga akan memberi kesempatan untuk anda mendapatkan pendapat orang lain mengenai perkara yang anda tuliskan.
Bagi yang tidak mempunyai idea, anda boleh menulis blog mengisahkan cerita keluraga anda sejak menyertai SIMPAN Challenge.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia ini serta meraikan suasana hari raya. Setiap tahun apabila musim raya, kita dengan rasa murah hati dan ikhlas menyediakan juadah serta makan-makan istimewa untuk para tetamu kita. Sifat murah hati ini sangat baik. Walaubagaimana pun, dalam sibuk kita menjamu tetamu kita, hendaklah kita pastikan pembaziran itu tidak berlaku. Tidak eloklah jika kita melakukan berkara yang baik dan yang tidak baik dalam masa yang sama. Ini kerana kita semua ketahui mereka yang suka melakukan pembaziran itu telah dianggap seperti kawan kepada syaitan. Oleh yang demikian, marilah kita fikirkan apa yang perlu disediakan bagi juadah serta anggarkan berapa ramai yang akan kunjung ke rumah kita. Dengan melakukan sedemikian, kita dapat elakan dari berlaku pembaziran. Lebih-lebih lagi seandainya kita ingin mengadakan rumah terbuka.
Kita perlu ingat bahawa tetamu yang hadir ke rumah kita sebenarnya matlamatnya adalah untuk memohon maaf saling mengkuatkan lagi ikatan hubungan. Walaupun kita masih boleh menyediakan jamuan kepada mereka tatapi jamuan yang kita sediakan itu bukan tujuan utama mengapa mereka hadir ke rumah kita. Oleh yang demikian, pastikan sifat murah hati yang kita tonjolkan ini selari dengan ajaran Islam, iaitu menyediakan juadah tersebut dengan bersederhana agar tidak berlaku pembaziran.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan.” Ia juga membawa erti kita perlu bersederhana dalam setiap perkara.
Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa melakukan setiap perkara dengan sebaik mungkin dan bersikap sederhana. Semoga dengan perkongsian di atas akan mempercepatkan lagi dalam mencapai matlamat Simpan Challenge anda
Mmmm… Selalunya lepas dapat je gaji, Cik Yut akan bayar semua bil yang ada. Bil air, bil letrik, bil hp, internet, ASTRO, pastu bayar kad kredit, bagi mak duit. Bayar duit taska lagi.mmm… Sememangnya yang tinggal utk Cik Yut selalunya cukup utk akhir tahun. Tapi, Alhamdulillah, dengan beberapa pekerjaan sampingan, dapatla menampung keperluan dan Cik Yut hingga ke hujung bulan. Selain itu, Cik Yut masih lagi dan Insyallah mengamalkan cara hidup berjimat cermat. Rasanya baju kurung dalam almari itu mmg tunggu raya baru dapat yang baru.. >_<
Salam…
heheh.. ini bukan new edition of En Lan + Cik Yut ye.. Belum lagi. Belum nampak rezeki itu lagi. Tapi mungkin akan datang. The new baby in the house ialah…..
Tadaaaa!!

hehhheee…
Close up sket…

Meh tgk isi dalam plak…

Haaahhaaaa…
Hadiah utk En Lan dari TM.. Dah lama nak hard drive ni.. Yup, Alhamdulillah..Tak payah keluarkan duit utk mendapatkannya!! ~yeeay~
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools