Salam…

Tip pendek hari ni ye..

TIP #21 – SIMPAN CHALLENGE – KEMAS DAN URUS STOR ANDA

Mulai hari ini anda akan juga dapat tip simpan dan buat duit dari AbangAbu dan juga Sujimy Mohammad

Oleh – Sujimy & Abangabu
Pernahkah anda membeli sesuatu barang kemudian mendapat tahu bahawa anda sebenarnya terlupa anda sudah memiliki barangan itu? Ini sering terjadi kerana barangan yang anda beli dahulu terperuk di stor atau almari yang tidak terurus.

Jadi kemas segala barangan kita dan pastikan kita tahu segala barangan yang kita sudah miliki. Dengan itu kita tidak berbelanja sebarangan dan dapat mengelakkan membeli barangan yang sama buat kali kedua.http://www.sujimy.com/

Setelah anda mengemas stor anda , AbangAbu pasti anda akan menemui banyak barangan yang anda tidak gunakan lagi oleh anda. Barang barang seperti ini boleh dijual di pasar pasar malam atau flea market.

Dari barang barang kegunaan harian seperti pinggan mangkuk hinggalah alat alat elektronik , anda boleh mendapatkan pembeli di flea market ini.

Begitu juga dengan pakaian lama yang tidak anda gunakan lagi.

Hari ini , AbangAbu mahu anda bincangkan bersama keluarga anda, dimanakah terdapat flea market di serata Malaysia. Barang barang yang telah anda pasti tidak akan anda gunakan lagi adalah baik jika dijual di sini.

Cara lain adalah melalui ebay juga.

Nota Cik Yut : Boleh berjualan di flea market yg terdapat di MAEPS, MARDI Serdang (rindunyeee tempat nih!!) atau di Summit USJ!

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Sempena musim raya ini, kita kerap ziarah menziarahi keluarga, teman-teman, jiran tetangga dan sebagainya. Alhamdulillah ia adalah amalan sunat yang sangat mulia, lebih-lebih dari apabila menonjolkan sifat maaf-memaafkan. Walaubagaimana pun, dalam kita melakukan amalan mulia ini janganlah kita membazir pada masa yang sama. Seperti contoh, tidak merancang pejalanan untuk menziarahi sanak saudara.

Untuk menggelakkan berlaku pembaziran semasa berziarah ini, hendaklah kita merancang perjalanan kita iaitu mengkelompokan rumah-rumah mengikut kawasan. Apabila kita berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat menjimatkan wang tambang/minyak bagi perjalanan bahkan kita dapat menjimatkan masa juga.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-’Asr ayat 1-2, yang bermaksud: ” Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.”

Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa merancang masanya dengan baik dan sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pembaziran.

Apalagi.. pi le cari barang2 korang yg boleh dijual tu. Kalau ada banyak sgt beg tangan, jual le separuh, mana yg tak pernah pakai ke, yang jarang2 pakai ke, atau yg rasa dah tak berkenan di hati lagi. Ada pepatah omputih, barang buruk kita adalh terasure pada org lain. eeeh.. ke barang buruk org lain adalah treasure kite.. hehehe.. lupalah… lebih kurang le camtu…