*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for December 24th, 2009


Simpan Challenge 2009 Tip#21

Dec 24, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Tip pendek hari ni ye..

TIP #21 – SIMPAN CHALLENGE – KEMAS DAN URUS STOR ANDA

Mulai hari ini anda akan juga dapat tip simpan dan buat duit dari AbangAbu dan juga Sujimy Mohammad

Oleh – Sujimy & Abangabu
Pernahkah anda membeli sesuatu barang kemudian mendapat tahu bahawa anda sebenarnya terlupa anda sudah memiliki barangan itu? Ini sering terjadi kerana barangan yang anda beli dahulu terperuk di stor atau almari yang tidak terurus.

Jadi kemas segala barangan kita dan pastikan kita tahu segala barangan yang kita sudah miliki. Dengan itu kita tidak berbelanja sebarangan dan dapat mengelakkan membeli barangan yang sama buat kali kedua.http://www.sujimy.com/

Setelah anda mengemas stor anda , AbangAbu pasti anda akan menemui banyak barangan yang anda tidak gunakan lagi oleh anda. Barang barang seperti ini boleh dijual di pasar pasar malam atau flea market.

Dari barang barang kegunaan harian seperti pinggan mangkuk hinggalah alat alat elektronik , anda boleh mendapatkan pembeli di flea market ini.

Begitu juga dengan pakaian lama yang tidak anda gunakan lagi.

Hari ini , AbangAbu mahu anda bincangkan bersama keluarga anda, dimanakah terdapat flea market di serata Malaysia. Barang barang yang telah anda pasti tidak akan anda gunakan lagi adalah baik jika dijual di sini.

Cara lain adalah melalui ebay juga.

Nota Cik Yut : Boleh berjualan di flea market yg terdapat di MAEPS, MARDI Serdang (rindunyeee tempat nih!!) atau di Summit USJ!

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Sempena musim raya ini, kita kerap ziarah menziarahi keluarga, teman-teman, jiran tetangga dan sebagainya. Alhamdulillah ia adalah amalan sunat yang sangat mulia, lebih-lebih dari apabila menonjolkan sifat maaf-memaafkan. Walaubagaimana pun, dalam kita melakukan amalan mulia ini janganlah kita membazir pada masa yang sama. Seperti contoh, tidak merancang pejalanan untuk menziarahi sanak saudara.

Untuk menggelakkan berlaku pembaziran semasa berziarah ini, hendaklah kita merancang perjalanan kita iaitu mengkelompokan rumah-rumah mengikut kawasan. Apabila kita berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat menjimatkan wang tambang/minyak bagi perjalanan bahkan kita dapat menjimatkan masa juga.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-’Asr ayat 1-2, yang bermaksud: ” Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.”

Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa merancang masanya dengan baik dan sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pembaziran.

Apalagi.. pi le cari barang2 korang yg boleh dijual tu. Kalau ada banyak sgt beg tangan, jual le separuh, mana yg tak pernah pakai ke, yang jarang2 pakai ke, atau yg rasa dah tak berkenan di hati lagi. Ada pepatah omputih, barang buruk kita adalh terasure pada org lain. eeeh.. ke barang buruk org lain adalah treasure kite.. hehehe.. lupalah… lebih kurang le camtu…

Semakin baik…

Dec 24, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Sewing Time

Salam…

Alhamdulillah. Skill menjahit saya semakin hari semakin baik. Setelah agak lama berehat dan on off dari menjahit, saya telah mendapatkan kembali skill yg udah kusai lagi kusam tu. Satu hari sekurang2nya saya nak siapkan satu tudung. Tapi sekarang stok kain aje yg banyak. Awningnya tak ada. Saya akan cuba upload gambar2 kain kalau2 ada yg berkenan nak minta saya tolong jahitkan. Kebanyakan kain belum dipotong, jadi korang boleh le minta pattern tudung yg korang berkenan ye.

dulu

:) heheh… buruk betul leee… ish….

kini

Kini….udah semakin baik dan cantik!!!

Senangnya dalam hati, bila dapat menjahit!!! *yeaaaay*

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta