*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Aduuuh.. dah kesuntukan masa dah ni. Hari dah 23bh. Tinggal 8 hari sebelum masuk tahun 2010. Tapi SC2009 belum habis2 lagi update. Maaf ye!!! >__<
Moh kita cepat2 baca..
TIP #20 – SIMPAN CHALLENGE – BAWA BEKAL MAKAN
oleh – AbangAbuMulai minggu ini AbangAbu mahu anda jadikan sekurang kurangnya 3 hari dalam seminggu anda dan keluarga anda akan bawa bekal makan ke tempat kerja atau sekolah.
Makan di luar sudah menjadi satu trend masa kini , dan tanpa anda sedari banyak wang yang dibelanjakan.
Berapa kalikah anda atau anggota keluarga anda yang makan di luar. Sama ada makan tengahari, malam atau bila bila masa. Dapatkan jumlah wang yang di belanjakan untuk tujuan tersebut.
Contohnya:
5 hari makan tengah hari di luar RM8 x 5 = RM40 seminggu = RM160 sebulan . Ini tidak termasuk makan malam atau sarapan.
Jika anda kurangkan makan di luar untuk hanya 2 kali sahaja dalam seminggu.
RM8 x 5 = RM40 untuk 5 hari RM8 x 2 = RM16 untuk 2 hari RM4 x 3 = RM12 ( untuk sediakan bekal)
RM40 – RM16 – RM12 = RM12 .
Anda akan menjimatkan RM12 seminggu atau RM48 sebulan.
Kini anda sekeluarga, bincangkan berapakah yang anda boleh jimatkan jika semua bersetuju untuk membawa bekal dari rumah.
AbangAbu mahu anda pastikan anda kurangkan makan di luar pada bulan ini dan teruskan pada bulan bulan seterusnya.
Tip ini boleh menjimatkan diantara RM30 hingga RM300 untuk sesebuah keluarga.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 36-37, yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”
Ayat diatas menyentuh beberapa golongan yang harus diberi perhatian. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi kelakuan kita, sumbangan kita dan juga keperluan mereka. Sebagai seorang Muslim kita tidak boleh bersifat bakhil, dari segi perkongsian ilmu dan juga harta lebih-lebih lagi golongan yang diatas.
Huhuhu…sejujurnya, bulan Disember 2009 adalah bulan SC yg tidak berjaya. Saya tidak pasti dari mana ia datang, tapi saya mmg kuat makan bukan ni. Sanga2 kuat makan. Dah makan kat rumah, keluar pergi makan lagi. Rasanya berat saya dah naik 1-2kg (tak pernah timbang pun tapi rasa macam perut dah bulat je)..hehehee… Rasa bersalah sungguh. Saya mmg nak meneruskan SC ni pada setiap bulan. Harapan saya, duit terkumpul dalam tabung SC akan dapat dimasukkan ke dalam akaun anak2.
Mmg stiap bulan dah buat tabungan utk anak2. Tapi saya nak tambahkan lagi tabungan mereka dengan cara ini. Semoga teercapai hasrat saya nih..
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools