Salam…

Kembali bertemu utk Simpan Challenge 2009.

Hari ni tiada tips. Cuma soal selidik setelah beberapa tip dikeluarkan utk para pembaca.

TIP #19 -  SIMPAN CHALLENGE – DIMANA ANDA SEJAUH INI
Oleh Abang Abu

Hari ini AbangAbu ingin sekali tahu sejauh mana anda sudah dalam perjalanan kempen SIMPAN Challenge?

AbangAbu juga ingin kerja sama dari anda semua untuk menjawap soalan yang telah disediakan.Ini akan membolehkan AbangAbu dapat tahu akan keberkesanan SIMPAN Challenge dalam membantu masyarakat melayu .

Bagaimana pula anda boleh membantu orang lain mula menabung.

AbangAbu mahu anda membuat analisa tentang diri anda dalam melakukan semua tip yang diberi.

Jawab soalan di bawah ini dan hantarkan ke simpan@nowasia.sg .Semua yang hantarkan jawapan ini akan menerima bonus istimewa.

Nota Cik Yut : Tak payahle email. Korang jawab le sendiri ye!! Apakata korang reply je tru komen.

Jawap semua soalan dengan jujur. KLIK DISINI 3minit sahaja.

Anda juga boleh menghantar kembali email ini dengan menjawap soalan soalan ini.

1. Apakah matlamat kewangan yang anda tetapkan pada permulaan SIMPAN Challenge

2. Berapa jumlah wang yang telah anda kumpulkan sejauh ini

3. Apakah satu tip yang paling anda suka sejauh ini dalam SIMPAN Challenge

4. Apakah satu perubahan dalam diri anda yang anda dapat rasakan setelah menyertai SIMPAN Challenge

5. Berikan pendapat anda mengenai SIMPAN Challenge

6. Inginkah anda terus mendapatkan tip tip untuk menjana duit setelah kempen SIMPAN Challenge ini berakhir untuk selama 3 bulan?

7. Berapakah yuran yang anda rasa boleh di bayar untuk terus mendapatkan tip tip menjana duit serta membaiki keadaan kewangan anda selama 90 hari
A) RM5
B) RM10
C) RM15

Macamana? Ok kan setakat ni. Dah tak lama dah SC2009 nak abis. Cik Yut akan habiskan tip sebelum 31 Disember 2009. Ini bermaksud, setiap hari mungkin akan ada 2, 3 tip sekali. tinggal berapa hari je kan. mmm.. ada tinggal 10 hari lagi. Tip SC2009 kita masih lagi berbaki 11 tip. Ok aaa.. tunggu ye..