*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Bila en suami tiada di rumah, haruslah si isteri menjaga perilakunya. Oleh yang sedemikian, apabila nak keluar rumah haruslah beritahu pada en suami. apa punya mukadimah tah nie… Saya dah bagitau En Lan yg saya nak bawa anak2 dan Ayeen pi tgk Princess and the Frog kat Alamanda. Bukan pergi berempat saja.Tapi dah tentulah bersama Cik Sumi dan anak2nya. Jadinya, pepagi ni saya siap2 bangun awal. Teman en Lan tggu kawan dia, pool ke opis. Sbb depa nanti naik bas ke Cameron Highlands. Siap2 kemas rumah dulu, basuh pinggan mangkuk kat dapur, update blog (aiseh, boleh lupa plak nak bayar bil segala pagi tadi!!).
Anak2 tido dgn Ayeen. Pastu depa bangun lambat plak. Jadi tunggulah sampai depa bangun. Nanti dah bangun, boleh siap2 trus rencanakan rancangan yg telah dirancang baiiik punya. Dalam pukul 10am macam tu, mak dgn bapak datang. waaaa..tergendala sudah!!! Semalam katanya nak pergi kerja, alih2 dah sampai pintu rumah plak.
Cik Yut : Aik…kata gi kerja..ni dah sampai sini plak. Dari mana?
Mak : Tak jadi. Kan semalam nak gi Darul Syifa’ tapi penuh, so datang le pepagi ni..
Jadinya, tak jadile rancangan saya itu. Mak tak dtg dengan tangan kosong. Dibawanya itik seekor. Katanya nak buat rendang itik. Itik??? Gulp…Acik tak pernah makan.. I pun pi la dapur. Check apa bahan2 yang ada, atau takde. Then apak pun pi kedai beli barang2. PANG PUNG, PONG PANG.. Kecoh dapur. Udahle time itu mood daku masih dok sibuk nak update blog. Seminggu okew bersawang… Mak dok sibuk suruh aku siapkan. hehehe.. ok. Siap2kan bahan. Apak potong itik. Itik dah masuk kuali. Bahan dah siap blander. Masuk semua. Korang jgn tak tahu, I tak main perah2 santan ni.. Ku blander je. Selesai.
Dusebabkan kuali ku comel, jadi kena lah masukkan santan sikit2. Sambil tunggu rendang kering sket, sesambil tu update blog. Melampau betul lee.. ekkkee.. Mak dok bising.. Kang hangus rendang aku tu kang!!! hhehehee.. Tak hangit lee.. Jgn le risau. Lepas rendang siap, nasi pun dah siap Ayeen masak tadi, kami pun makan. Alhamdulillah. W/pun itu pertama kali makan itik, tapi rasanya tak lah seteruk yang dibayangkan. Sama je macam makan ayam.
Laaaaa…tak sampai2 lagi ke pada tajuk hari nih… :p
>__< Jgn marah ye. Sebelum solat maghrib, saya call En Lan bagitau nak pi umah Cik Sumi anta rendang itik tu sket. Then mingkin jenjalan gi Putrajaya. I bosan dah dok umah satu hari ni. Sian jugak kat anak2 tak keluar2. Ayeen pun dah seminggu kat sini. En Lan bagi green light. Thanks sayang!! So, lepas maghrib pi umah Cik Sumi. Pastu ajak dia kalau2 dia nak ikut saya jenjalan kat Putrajaya. Dia ok je. Husband dia lagi suke..hahaha.. sbbnya dah ku angkut sume anak2 dia sekali masuk dlm Cik Vee. Ok, sume dah masuk, kita jalan!!! Yeaaay!!
Sampai kat Putrajaya, trus je ke Masjid Putrajaya. Kononnya nak bagi anak2 main basikal kat situ tapi masa tu renyai lagi. Isk..tak yah la..kang demam plak kang. Tak jadi gi bulatan, moh kita pi santap jap kat Souk. Laaaa…plak. dah tutup. Depa ada renovation. Tah bila nak on balik..
I tgk jam. mmmm… awal lagi ni.. moh gi Alamanda. Disebabkan tekak ni minta dilalukan, perut minta diisi (padahal sebelum Maghrib dah makan dah.. lately ni makin kuat makan plak… ADAKAH…??) sampai kat Alamanda terus cari tempat makan.ekkeee.. Dgn senang hatinya, kami singgah bersantap di Burger King. …hihi… Abis makan, kenyang..Pulang ke rumah dgn senang hati…
ok, sekarang kita layan gambar plak..

Cik Sumi dan anak2nya. Si Daniel tah dah pergi mana tah..

Ni haa.. dia duduk meja sebelah

Dgn Azyana. Saje je dia tak mau pandang kamera..Aikk mana Nandik??

Ada..ni dia my Nandik!! Dia tido masa kami di Alamanda. Bangun bila kami dah sampai rumah..
Alhamdulillah…selesai sudah satu hari ni…
“Ya Allah, ampunkanla dosaku, dosa suamiku, dosa ibubapaku, dosa kaum keluargaku.
Ya Allah, sekiranya kami masih lagi berpeluang utk menghirup udara Mu esok hari, jadikan hari esok adalah hari yang lebih baik dari hari ini.
Jadikanlah kami insan yg berperihatin antara sesama.
Ya Allah, kuatkanlah iman kami, teguhkanlah hati kami. Tetapkanlah kami bersamaMu. Amin ”
2 Responses for "Satu malam di Alamanda"
wa…hahaha..nampak sgt mcm kebulur aku nie..hahahaha
padahal br jer pas makan nasi..hehehe
wakkaaa…
kita mmg sentiasa kebulur!!!
Leave a reply