*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Bila en suami tiada di rumah, haruslah si isteri menjaga perilakunya. Oleh yang sedemikian, apabila nak keluar rumah haruslah beritahu pada en suami. apa punya mukadimah tah nie… Saya dah bagitau En Lan yg saya nak bawa anak2 dan Ayeen pi tgk Princess and the Frog kat Alamanda. Bukan pergi berempat saja.Tapi dah tentulah bersama Cik Sumi dan anak2nya. Jadinya, pepagi ni saya siap2 bangun awal. Teman en Lan tggu kawan dia, pool ke opis. Sbb depa nanti naik bas ke Cameron Highlands. Siap2 kemas rumah dulu, basuh pinggan mangkuk kat dapur, update blog (aiseh, boleh lupa plak nak bayar bil segala pagi tadi!!).
Anak2 tido dgn Ayeen. Pastu depa bangun lambat plak. Jadi tunggulah sampai depa bangun. Nanti dah bangun, boleh siap2 trus rencanakan rancangan yg telah dirancang baiiik punya. Dalam pukul 10am macam tu, mak dgn bapak datang. waaaa..tergendala sudah!!! Semalam katanya nak pergi kerja, alih2 dah sampai pintu rumah plak.
Cik Yut : Aik…kata gi kerja..ni dah sampai sini plak. Dari mana?
Mak : Tak jadi. Kan semalam nak gi Darul Syifa’ tapi penuh, so datang le pepagi ni..
Jadinya, tak jadile rancangan saya itu. Mak tak dtg dengan tangan kosong. Dibawanya itik seekor. Katanya nak buat rendang itik. Itik??? Gulp…Acik tak pernah makan.. I pun pi la dapur. Check apa bahan2 yang ada, atau takde. Then apak pun pi kedai beli barang2. PANG PUNG, PONG PANG.. Kecoh dapur. Udahle time itu mood daku masih dok sibuk nak update blog. Seminggu okew bersawang… Mak dok sibuk suruh aku siapkan. hehehe.. ok. Siap2kan bahan. Apak potong itik. Itik dah masuk kuali. Bahan dah siap blander. Masuk semua. Korang jgn tak tahu, I tak main perah2 santan ni.. Ku blander je. Selesai.
Dusebabkan kuali ku comel, jadi kena lah masukkan santan sikit2. Sambil tunggu rendang kering sket, sesambil tu update blog. Melampau betul lee.. ekkkee.. Mak dok bising.. Kang hangus rendang aku tu kang!!! hhehehee.. Tak hangit lee.. Jgn le risau. Lepas rendang siap, nasi pun dah siap Ayeen masak tadi, kami pun makan. Alhamdulillah. W/pun itu pertama kali makan itik, tapi rasanya tak lah seteruk yang dibayangkan. Sama je macam makan ayam.
Laaaaa…tak sampai2 lagi ke pada tajuk hari nih… :p
>__< Jgn marah ye. Sebelum solat maghrib, saya call En Lan bagitau nak pi umah Cik Sumi anta rendang itik tu sket. Then mingkin jenjalan gi Putrajaya. I bosan dah dok umah satu hari ni. Sian jugak kat anak2 tak keluar2. Ayeen pun dah seminggu kat sini. En Lan bagi green light. Thanks sayang!! So, lepas maghrib pi umah Cik Sumi. Pastu ajak dia kalau2 dia nak ikut saya jenjalan kat Putrajaya. Dia ok je. Husband dia lagi suke..hahaha.. sbbnya dah ku angkut sume anak2 dia sekali masuk dlm Cik Vee. Ok, sume dah masuk, kita jalan!!! Yeaaay!!
Sampai kat Putrajaya, trus je ke Masjid Putrajaya. Kononnya nak bagi anak2 main basikal kat situ tapi masa tu renyai lagi. Isk..tak yah la..kang demam plak kang. Tak jadi gi bulatan, moh kita pi santap jap kat Souk. Laaaa…plak. dah tutup. Depa ada renovation. Tah bila nak on balik..
I tgk jam. mmmm… awal lagi ni.. moh gi Alamanda. Disebabkan tekak ni minta dilalukan, perut minta diisi (padahal sebelum Maghrib dah makan dah.. lately ni makin kuat makan plak… ADAKAH…??) sampai kat Alamanda terus cari tempat makan.ekkeee.. Dgn senang hatinya, kami singgah bersantap di Burger King. …hihi… Abis makan, kenyang..Pulang ke rumah dgn senang hati…
ok, sekarang kita layan gambar plak..

Cik Sumi dan anak2nya. Si Daniel tah dah pergi mana tah..

Ni haa.. dia duduk meja sebelah

Dgn Azyana. Saje je dia tak mau pandang kamera..Aikk mana Nandik??

Ada..ni dia my Nandik!! Dia tido masa kami di Alamanda. Bangun bila kami dah sampai rumah..
Alhamdulillah…selesai sudah satu hari ni…
“Ya Allah, ampunkanla dosaku, dosa suamiku, dosa ibubapaku, dosa kaum keluargaku.
Ya Allah, sekiranya kami masih lagi berpeluang utk menghirup udara Mu esok hari, jadikan hari esok adalah hari yang lebih baik dari hari ini.
Jadikanlah kami insan yg berperihatin antara sesama.
Ya Allah, kuatkanlah iman kami, teguhkanlah hati kami. Tetapkanlah kami bersamaMu. Amin ”
Salam…
Baru-baru ni MAS telah melancarkan satu produk baru : flymas.mobi. Anda boleh klik sini utk terus ke muka surat penerangan.

Nuffnang yang merupakan salah satu perantara atau medium penyampai, telah bekerjasama dgn MAS utk menganjurkan satu contest. Anda hanya perlu tulis mengenai flymas.mobi dan manalah tahu, anda bakal menerima hadiah yang sangat leee best.

Ni hadiah nye…

Kalau Cik Yut dpt no1 : dah tentu kena gi Sydney
Kalau dapat no2 : mmm nak pergi Vietnam (nak beli kain nak wat tudung bebanyak!!! >_< )
Kalau dapat no3 : mm..Gi Miri lah, jumpa kakak kesayangan!!
Produk ini dilancarkan oleh MAS bagi memudahkan para penumpangnya mengakses websitenya dengan lebih cepat dan pantas. Kalau dari mobile phone, korang taip www.malaysiaairlines.com, confirmlah sgt lambat le page tu nak upload kan. Jadi, dgn adanya flymas.mobi, kita dapat akses dgn senang.Ok..memula kalu korang taip http://flymas.mobi pada komputer atau laptop, akan terpapar la ini :

Cuba plak taip http://flymas.mobi pada hp memasing. mmmmm… kalu guna ho Cik Yut, jenuh gak tunggu. Tak keluar2 pun. Jadinya, Cik Yut tukar dari http://flymas.mobi ke www.flymas.mobi.

Itu ialah hp Cik Yut, jadi ambil gambar guna hp Ayeen.
Apsal laa blur…. Salah fokusla nih…

Ni dari hp mak. Eeeh, korang jgn taip http plak. Tak sampai2 nanti. Tapi tak tau la kalu hp korang boleh, takpe. Kalu tak boleh taip www.flymas.mobi ye!!

Haah..gambar dari hp Ayeen.
Apa yg akan terpapar pada skrin hp?? Sama macam pada gambar ke4 tadi. Cuma skrin dia kecil la kan. Dah korang pakai hp.
Book flight – utk booking flight
My booking – tgk apa yg anda dah book
Check in – cara nak check in (guna e-ticket or no rujukan)
Flight status – flight dah berlepas ke blum (korang dah tertinggal ke tak..heheh)
Timetable – tgk waktu perjalanan kapal (boleh le rancang nak book tiket bile kan..)
Contact – kalau rasa nak bercakap dgn CS depa, call aje nombor yg depa bagi tu >_<. Kalau ada kat o/seas, ada no MAS yg terdekat dgn lokasi anda
Baggage tracer – hilang beg? Korang boleh cari kot sini
Deals and Offer – ni Cik Yut suka. Agak tetiba rasa nak gi melancong dgn harga murah, korang boleh check kat sini..
Amacam? Easy peasy kan? Kalu sesapa yg pakai iPhone ke, Blackberry ke, Blueberry ke, sedap le sket mata memandangkan sbb skrin tu besau. Apa2 pun, ia mmg semudah 1,2,3. Waaah..yg paling syok, pasni boleh check flight En Lan kalau dia pi outstation..hahahaaa…
Salam…
Ni entry special untuk Nuffnang and Friso berkenaan Nuffnang Friso Gold Family Day Out.

Anak-anak yang berkeinginan tinggi harus tegar dari dalam. heheh dialihbahasa dari “Curious kids need to be tough inside“. Dari dalam bermaksud kesihatan yang baik dan keupayaan yang tinggi untuk anak-anak menyerap segalanya ke dalam otak mereka. Jadi dari mana proses pembelajaran mereka berlaku? Sudah tentu dari otak yang sedang berkembang. Dan apa yang diperlukan otak untuk berkembang dengan baik dan sihat?
Dari awal kehamilan, pemakanan perlu dijaga. Beberapa perkara perlu dibuat untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Antaranya ialah pengambilan asid folik. Bahkan doktor O&G saya akan membekalkan asid folik dari awal sekiranya saya sudah bersedia untuk hamil. Kenapa asid folik? Asid folik dianggap sebagai makanan otak. Ia diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan pembentukan sel darah merah. Asid folik juga dapat menguatkan imuniti badan anak-anak. Dalam proses kehamilan, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrionik dan fetal, yang mana penting untuk pembesaran yang normal. Selain daripa pengambilan asid folik, saya juga mengambil lain-lain supplement menerusi susu yang yang dibuat khas untuk ibu-ibu mengandung.
Selepas kelahiran, saya percaya kepada kepentingan susu ibu yang banyak manfaatnya kepada bayi saya. Oleh sebab itu saya berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya. Susu awal ibu kaya dengan asid sialik (SA). SA membantu mengekalkan kandungan air dalam sel. Oleh itu, kuranglah berlaku dehidrasi pada sel dan seterusnya pada badan anak-anak yang sedang aktif membesar. Oleh sebab itu, SA sangat-sangat diperlukan oleh bayi-bayi yang lahir kurang berat badan. Pada susu ibu, SA banyak didapati dalam kolustrum (susu awal ibu). Walaupun kuantitinya sangat sedikit, tapi ia kaya dengan SA dan protien yang diperlukan untuk tubuh si cilik.
Penyusuan susu ibu adalah penting sehingga bayi berusia 6 bulan dan sekiranya mampu diteruskan, langsung ke usia 2 tahun. Bagi ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan lebih lama atau yang sudah memberhentikan penyusuan, jangan gusar dan susah hati plak ye, Friso® Gold telah menyediakan susu lengkap yang hampir menyerupai susu ibu untuk keperluan anak anda. Friso® Gold telah menghasilkan Friso® Gold 3 untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold 4 pula untuk anak-anak 4 hingga 9 tahun. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja dan juga untuk anak-anak yang aktif bermain.

Oleh sebab itu, susu terbaru dari Friso ini dilengkapi dengan Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ yang merupakan kunci kepada kombinasi di antara prebiotik dengan bakteria hidup yang sihat. Prebiotik mempunyai fungsi yang sangat penting dalam membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan dan juga mampun mengelak berlakunya gastrousus. Apa yang terdapat dalam Friso® Gold? Keperluan lengkap ini mengandungi DHA, AA, dan SA yang sangat diperlukan oleh si manja.
Docosahexaenoic Acid (DHA) – DHA sangat diperlukan di otak dan membantu perkembangan visual (mata) dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik) sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan maklumat ini melalui neuron berikutnya. DHA juga kaya dalam Susu Ibu.
Arachidonic Acid (AA) – Arachidonic Acid adalah Omega-6 asas asid lemak (essential fatty acid) ditemui di dalam lemak haiwan, penting untuk nutrisi anak.
Sialic Asid (SA) – Sialic Asid adalah dari kumpulan amino karbohidrat yang terdiri daripada mukoprotien dan glikoprotin. Ia boleh didapati terutamanya di dalam sel darah dan tisu haiwan.
Ketiga-tiga komponen ini penting bagi memastikan keupayaan otak berfungsi dan berkembang secara optimum. Ini akan membolehkan anak-anak kita menerima input dengan lebih baik tanpa ibu perlu risau akan keadaan diri mereka yang sentiasa terdedah kepada ancaman bakteria dan virus. Fuuuh, senang hati bukan. Yelah. Anak-anak kan ‘explorer’. Mereka ni bukan kisah kat mana nak main, bila nak main. Aci redah je. Hujan ke panas ke, tak kisah langsung. Yang penting bagi mereka ialah main. Bermain pula merupakan aktiviti utama anak-anak dalam perkembangan dan pertumbuhan mereka. Dengan bermain, ransangan terhadap perkembangan visual, motor dan kognitif akan berlaku dengan lebih baik lagi.

Jadi dengan adanya Friso® Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, maka si ibu pula dengan senang hati memberikan ruang kepada anak-anak untuk menerokai dunia mereka yang tiada batasan itu tanpa sebarang gangguan dan kerisauan. Lagi rasa lega. Tau je lah kan bila jadi mak pak ni. Kononnya tak nak bila anak-anak bermain sampai luka sana luka sini, ada juga yang sampai tak bagi anak keluar rumah langsung. Kesian kan anak-anak tu. Padahal, kalau kita ambil langkah yang sewajarnya, anak-anak kita pasti boleh bermain dengan senang hati.
Begitulah adanya. Harap-harap dengan adanya formulasi dari Friso® Gold ini, pertumbuhan dan daya tahan anak-anak meningkat dan anak-anak kita akan membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi seorang yang bijak pandai.
p/s : Ini adalah peraduan. Kalai korang nak menang, sila buat entry dgn cepat ye. Tarik tutup adalah pada 11.59pm, 27th December 2009.