*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Adeeeh.. Minta maaf ye kalian. Ku mmg sgt2 dah lama tidak mengupdate post. Dah bersusun dah tajuk2 yang perlu dilansaikan. Tah bila lah berkesempatan nak buat. Ni pun curi2 je. Sbb sekarang saya tgh sibuk habiskan tudung2 yg ada (sbb nak masukkan kain2 yg baru, yg lama kena la jahit!!!) Siang tadi sibuk ngemas rumah. Lepas Magrib pergi rumah kawan plak tgk baby baru dia. Sok, kalau jadi, nak gi Kemaman, ada kenduri kawen. Adoooi..bila lah nak update post, bilalah bak siapkan tudung.
Jgn buang masa. Moh terus tgk tips yg ke 18 tu…
TIP #18 – SIMPAN CHALLENGE - JIMAT AIR = JIMAT WANG
oleh – AbangAbuRamai yang tidak begitu memberi perhatian kepada perkara ini. Kerana biasanya ramai akan menumpukan perhatian dalam mengurangkan bil elektrik.
Ada satu kisah benar yang AbangAbu rasakan baik untuk di kongsikan dengan anda semua. Sebuah keluarga di Australia yang hanya mempunyai pendapatan yang kecil serta tidak mampu menyimpan apa apa simpanan berjaya menyimpan hampir AUS30 sebulan setelah mengamalkan penjimatan dalam penggunaan air.
Ini membuktikan, dengan berjimat dalam menggunakan air sebenarnya anda boleh menjimatkan wang setiap bulan.
AbangAbu mahu anda sekeluarga membincangkan tip ini. Yang baik sekali buat satu poster dan tuliskan tip tip penjimatan air agar semua anggota keluarga akan mengamalkan tip ini bersama sama.
AbangAbu akan berikan beberapa tip dan AbangAbu mahu anda juga berikan tip tip yang boleh menjimatkan air dan bincangkan di blog http://abangabu.com/berita-kelab-ekoniaga/simpan-challenge-updates-and-comment-and-views/ agar lebih ramai peserta akan dapat berkongsi tip dan pengalaman mereka.
Tempat permulaan yang biasa menggunakan air yang banyak adalah tandas serta bilik mandi. Jadi AbangAbu akan mulakan dari situ.
1) Mandi – Ini adalah satu perkara yang menggunakan banyak air. Jangan jadikan bilik mandi sebagai studio nyanyian. Anda harus habis mandi dalam masa 4 minit sahaja. Ini dilakukan oleh keluarga yang abangabu katakana di atas .
2) Jangan mengosok gigi anda dan membiarkan paip mengalir. Gunakan air dalam gelas ketika menggosok gigi.
3) Juga pastikan paip anda tidak bocor. Memeriksa sekali setiap minggu atau sebulan untuk memastikan tidak ada kebocoran adalah baik.
4) Mengunakan mesin basuh hanya setelah penuh akan mengurangkan penggunaan air. Jangan gunakan mesin basuh hanya untuk membasuh sehelai dua pakaian sahaja.
5) Di dapur, ketika memasak dan membersihkan sayuran jangan biarkan paip anda terbuka mengalir. Penuhkan separuh besen dan basuh menggunakan air itu.
6) Ketika membasuh pinggan mangkuk juga tunngu sehingga penuh dan basuh sekali jalan. Ini boleh menjimatkan penggunaan air.
7) Gunakan air hujan untuk membasuh lantai dan kawasan depan rumah, juga untuk membasuh bilik air dan dapur anda.
Sekarang AbangAbu mahu anda sama sama berikan tip tip yang anda boleh fikir agar ini boleh membantu semua peserta juga. Anda boleh juga email ke simpan@nowasia.sg
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Sekiranya kita ingat lagi tips yang diberikan oleh Abang Abu semalam, beliau menyentuh tentang hutang. Pedoman Hidup hari ini ingin mengajak anda semua untuk lihatnya dari aspek Islam pula.
Memberi pinjamam dan meminjam wang atau harta dibenarkan oleh Islam. Walaubagaimana pun terdapat panduan yang telah ditetapkan serta diajarkan oleh Islam.
Antaranya, setiap pinjaman yang diberikan perlulah bertulis dari segi nama pemberi, penerima, saksi, jumlah, tarikh memberi serta tempoh peminjaman tersebut. Pemberi pinjaman tidak boleh meminta lebih dari apa yang diberikan dari peminjam. Bagi penerima pinjaman pula, terdapat amanah yang perlu dilaksanakan, antaranya membayar hutang mengikut waktu yang telah dipersetujui. Digalakkan juga si peminjam memberikan lebih kepada pemberi, secara ikhlas sebagai hadiah.
Hutang seharusnya menjadi jalan terakhir, sekiranya kita ingin mendapatkan sesuatu yang kita betul-betul memerlukan. Ini adalah dengan berhutang, ia juga bermaksud kita secara rela bersedia untuk memikul beberapa lagi amanah tambahan seperti yang dinyatakan di atas tadi. Oleh yang demikian, walau pun hutang dibenarkan dalam Islam, haruslah kita berhati-hati serta berhemat agar kita dapat elakkan diri dari berhutang. Janganlah kita membiasakan diri dengan berhutang, ini kerana seandainya kita meninggal dunia sebelum menjelaskan hutang, ia akan menjadi bebanan kepada ahli keluarga kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Baqarah ayat 282, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.
Ok ka bah?? Mmm… mengikut penaglaman saya lah kan. Mmg kita dapat banyak membuat penjimatan melalui penjimatan air. Tapi, dgn adanya AZ the Duo, Cik Yut tgk, adalah payahnya sikit nak buat lagu tu.. huhuhu… Depa ni, kalau nampak kolam mudah lipat tu ada kat depan rumah, gamaknya hari2 nak mandi kolam…uuuish…jenuh2.. Sbb tu lepas kolam tu kering je, cepat2 saya simpan. Jgnle sesuka hati nak letak kat depan rumah. Ayahnya je kurang rajin sket nak simpan. Jadi Ibunya lah yg kena simpan.. ekkkeee..
Ok..jumpa lagi nanti. Mau nyambung menjahit lagi..
Leave a reply