*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Disebabkan seminggu tak buat post, jadi korang silalah ngadap laptop/desktop korang utk baca post2 daku yg back-dated ni yee.. ekkkee…
Hari Isnin aritu (14 Disember 2009), saya saja ambil cuti utk bersenang lenang, menghabiskan masa bersendiri. Cuti mmg dah ambil dari awal, tapi masih lum decide nak cuti ke tak. Jadinya hari tu, pepagi keluar macam biasanak pergi kerja. Siap hantar anak2 ke taska, hantar En Lan ke tempat biasa, dan meneruskan perjalanan macam nak pergi kerja. Dah half way, teringat nak makan roti canai. So berenti kat warung tepi jalan. Disebabkan tukang canai tak sampai lagi, jadi kepala dok putar…mmmm…hasilnya, SAH tak pergi kerja..
Tggu punya tggu, smpla si tukang canai. Lepas pekena sekeping roti canai dan secawan milo (Alhamdulillah), berdezup naik kereta terus ke KL. Tapi masih dok pikir nak buat pe.. mmmm…Baru teringat, dah lama tak jenguk KLCC. Nak pi cari buku la kat Kinokuniya. Ok set.. Eeeekk. Tapi mana buka lagi. So singgah umah mak dulu. Sementara nak tggu shops dlm KLCC buka, layan TV sambil mata pejam.. hahaha. Agak dlm kul 9.30am, ku terjerit kejutkan Ayeen. Ajak dia pergi sekali. Sekali-sekala jalan dgn adik kan..
Jam 10am, gerak pi KLCC. Zuuuup terus cari tempat parkir. Harus yg dekat dgn tempat Autopay. Senang kang nak bayar sebelum keluar.. Dengan laju lagi pantas bertenaga terus mendaki dari satu tingkat ke satu tingkat (of course dgn escalator!!) terus menuju ke Kinokuniya. Yeeeay!!! Rindunya kat tempat ni. Apalagi, redah la.. Dari satu rak ke satu rak, dari satu buku ke satu buku. Disebabkan dah ada list buku yang nak dibeli, jadi, tidak le susah nak pikir nak beli buku apa. Pi kat komputer pencari tu, salin nombor rak. Siap!! Kalau tak jumpa, maksudnya buku tu takde ye. Tak payah la nak cari sampai terkeluar biji mata korang.
Kalau ikutkan hati, boleh je duduk satu hari suntuk kat Kinokuniya ni. Ooooh suka betul dgn bau2 buku yg ada kat situ. Tapi sebelum dtg tadi mmg dah nekad, tengahari mesti dah balik Bangi semula. Banyak benda nak buat kat rumah (kononnya!!). Sebelum balik singgah McD utk lunch. Acik kan malas nak masak..ekkkeee… ok, korang layan gambar la plak ye…
Yup, saya mmg sejam je kat KLCC. Adalah sedikit beberapa minit.

Beg kertas Kinokuniya. Hasil carian pada hari itu!!!

Buku jahit menjahit.
Ku dah nak menggila jahit plak sekarang ni. From tudung DIY….
Sir Jamie Oliver : Such a fine man. Di suggest oleh my dearest friend, Miss Mamafiza. TQ dear!!
p/s: Adakah ku mampu masak sehebat Sir Jamie Oliver?? ekkkeee

Keempat buku yg sgt memberi inspirasi dan motivasi. Silalah baca ye.
Hanya satu yg atas tu yg baru dibeli. Yang lagi 3 tu dah lama beli dah.

Adik kesayangan, Ayeen, tgh tggu pesanan.
Hiasan di tgh2 KLCC!!
p/s : Saya dah tak layan novel dah. Harap maklum. Bila dah semakin dewasa ni, saya lebih cenderung utk membaca mengenai hal2 yg lebih berat.
p/s2 : Nak kumpul buku biography plak!! heehhehee
2 Responses for "Sejam di KLCC"
wah…byk shopping buku kak….
Cik Zella,
tu namanya giller buku.
Saya bukan ulat buku ye, tapi mmg giller dgn buku!!!
Leave a reply