Salam…

Hujung minggu yg menyenangkan tapi tak berapa produktif. Tudung2 yg patut siap last week masih tertunggak. Ada beberapa tips yg saya nak kongsi nanti. Tapi sebelum tu saya akan letakkan post macamana nak jahit tudung2 tu. hehehe.. I know you can find it in other blogs. But I still want to make a post about it. hahaha..

Ok, kita sambung SC2009 ni ye. Ada 30 tip, ni baru tip 17.. Kesian pada pembaca2 yg sering masuk nak baca update blog. Blog Cik Yut ni mmg banyak silent reader. Sume tak mau tinggal jejak langsung. Korang tinggalkan le komen ke apa ke kan, boleh le Cik Yut ziarah plak. Jgn le risau. Bukan nak buat ape pun.  :)

TIP #17 – SIMPAN CHALLENGE- PERCUTIAN
oleh – AbangAbu

Ada anda membuat pelan untuk bercuti ke luar negeri bulan ini? AbangAbu mahu anda fikirkan kembali. Bincangkan dengan keluarga untuk membatalkan jika boleh. Ini akan menjimatkan anda wang yang banyak sekali.

AbangAbu ingin anda memikirkan bersama keluarga jika percutian itu boleh ditangguhkan dan digantikan dengan tip percutian yang akan AbangAbu bincangkan dalam tip hari ini.

AbangAbu dengan famili sebenarnya dah plan bercuti ke Australia baru baru ini, tetapi kami sekeluarga batalkan. Sebaliknya kami mencari satu cara bersama keluarga dengan perbelanjaan yang lebih murah sekali.

Dengan fokus untuk bebas dari hutang maka kami sekeluarga berbincang untuk menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang yang ada. Kami menghabiskan masa kami bersama di dalam rumah sahaja.
Hari ini AbangAbu ingin memberikan tip tip untuk bercuti tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Mungkin ada yang tidak berminat untuk camping tetapi ianya boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokan dan juga menjimatkan wang. Anda hanya perlu membeli khemah , bag yang boleh didapati dengan harga yang murah. Tempat tempat seperti east coast , changi adalah murah jika dibandingan bercuti di luar negeri.Bawa Bekalan Makanan Jika anda sudah membuat keputusan untuk berkhemah , maka jangan lupa untuk membawa makanan serta minuman. Ini akan menjimatkan kerana membeli dikawasan sebegini adalah lebih mahal. Membawa bekalan dan masak sendiri adalah lebih sihat disamping menjimatkan.
Sediakan aktiviti …
Anda boleh membuat pelan mengadakan aktiviti riadah sendiri yang tidak perlu mengeluarkan duit. Membawa permainan dari rumah , atau adakan permainan di tempat perkhemahan dan juga aktiviti yang anda boleh fikirkan. Membuat kajian dan persedian akan menjimatkan serta tidak akan membosankan ketika perkhemahan.

Bercuti di rumah.
Ini adalah sesuatu yang paling baik. Gunakan cuti panjang anda untuk bersama keluarga di rumah sahaja. Juga ambil peluang untuk pergi ketempat tempat dikawasan anda yang mungkin anda belum berkesempatan melawat lagi. AbangAbu amat minat ini kerana , ianya paling menjimatkan serta tidak memenatkan langsung.

Lawatan di waktu tidak sibuk
Bagi anda yang ingin sekali melancong , anda masih boleh melakukan di masa dan waktu lain. Pilih satu masa yang tidak sibuk di kawasan atau tempat yang anda ingin lawati. Jika anda tahu ramai agensi pelancungan menawarkan harga pakej yang murah di waktu yang tidak sibuk. Juga tambang penerbangan yang boleh didapati dengan harga yang 70% lebih kurang dari harga di waktu sibuk dan musim percutian. Lakukan sedikit penyelidikan dan anda sekeluarga akan dapat berjimat .

AbangAbu mahukan anda sekeluarga membincangkan destinasi yang anda ingin pergi. Bincangkan juga apa yang terbaik dan boleh menjimatkan.

INGAT! anda tidak boleh berhutang untuk melancong.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Sifat berterusan juga dinamakan ‘Istiqomah’ merupakan sifat yang sangat mulia. Sifat tersebut mampu memupuk sikap berdisiplin dan menjadi budaya kehidupan seseorang itu. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya dilakukan sekali sahaja.

Sebagai contoh, seandainya kita ingin menabung RM4 sehari, perkara yang perlu difikirkan adalah: adakah kita mampu tetap pada kadar tersebut dengan menyimpannya setiap hari? Sekiranya kita merasakan hanya mampu menyimpan RM2 setiap hari dan dapat memastikan ianya berterusan, maka itu adalah lebih baik.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyatakan: “Bergaul dengan mereka yang beristiqamah merupakan suatu kebajikan, manakala meniru cara hidup mereka merupakan satu kejayaan”.

Biarkan kita memulakan sesuatu amalan dengan sedikit atau setakat kemampuan kita, dan kemudian kita pastikan amalan tersebut dapat dilakukan berterusan. Ini kerana Allah s.w.t menyukai orang-orang yang melakukan sesuatu perkara secara berterusan.

Janganlah kita memberatkan diri kita dengan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan, kerana ia mungkin tidak dapat dilakukan berpanjangan.

Ok kee.. So, sesapa yg baru2 nak plan tu, mungkin boleh tunda dan pikir2kan semulakan. Ok gak cadangan AbangAbu ni. Yang penting, jimat duit kita. Mmg takde salahnya kalau nak melancong ke tempat lain. Tapi kenalah pikir kemampuan diri sendiri. Sampai jumpa lagi!!!