Salam…

Malas nak celoteh bebanyak. Sbb tau ramai yg menanti post baru SC2009. Sila-silalah kalian membacanya ye..

TIP #16 – SIMPAN CHALLENGE – JAGA KESIHATAN
oleh – AbangAbu

Selalu berjumpa doktor? Ada keluarga yang sering berjumpa doktor kerana mudah menghadapi sakit. Sama ada demam  selsema dan juga macam macam lagi. Sekali jumpa RM30 hingga RM50. Kalau sebulan ada 4 anggota yang perlu berjumpa doktor, itu sudah hampir RM200.

Bincangkan dengan keluarga berapakah wang yang telah dibayar untuk perubatan selama ini. Anda pasti akan terperanjat dan juga anda mungkin akan berkata bahawa sudah takdir dan terpaksa merawat.

Benar, tetapi tahukah anda dengan menjaga kesihatan membantu anda dapat menjimatkan wang yang perlu di bayar untuk perubatan anda, malahan ia membantu anda menjana pendapatan yang lebih.

Kajian menunjukan orang yang sihat lebih produktif , serta kurang meminta cuti sakit, ini boleh membantu mereka naik pangkat dan sebagainya.

Nota Cik Yut : Saya tak minta cuti sakit, doktor yg nak bagi!!

Antara perkara yang harus diberi perhatian telah AbangAbu tulis dibawah. Ini adalah tip hari ini. Bincangkan bersama keluarga supaya anda tidak melakukan aktiviti tidak sihat.

Merokok

Buangkan tabiat ini dan anda akan segera dapat menyimpan diantara RM10 hingga RM20 sehari. Bayangkan apa akan berlaku jika anda simpan duit yang digunakan untuk membeli rokok untuk masa setahun? Bukan hanya anda boleh menyimpan malahan dengan buangkan tabiat ini anda akan juga mengurangkan risiko keluarga anda dari dihinggapi penyakit juga.

Minuman Ringan serta “FastFood”

Jangan amalkan makanan segera selalu, ini bukan sahaja membazir malahan tidak baik untuk kesihatan anda. Orang yang selalu mengamalkan makanan segera mudah terkena penyakit serta akan menjadi gemuk juga. Belajar masak dan makan dirumah kerana ianya menguntungkan serta lebih sihat.

Juga dengan minuman ringan yang berkarbonat seperti cola dan lain lain. Ini juga akan menyebabkan penyakit mudah hinggap. Adalah baik jika anda mengamalkan minuman air bersih  (paip). Ini bukan hanya murah tetapi lebih sihat.

Nota Cik Yut : Kat Singapura, air paipnya sudah ditapis berkali2. Kat Malaysia?….

Senaman

Ini adalah sesuatu yang penting juga dalam menjaga kesihatan anda. Buat senaman senaman yang mudah sahaja sudah mencukupi. Misalan berjalan ke sekolah anak anak , menaiki tangga di blok adalah antara senaman yang boleh diamalkan.

Ini adalah antara tip simpan yang tidak di beri perhatian oleh ramai orang yang dalam kesukaran kewangan.

Jadi AbangAbu mahukan anda sekeluarga bincangkan mengenai tip ini dan bagaimana anda boleh membantu sesama anggota keluarga dalam mengamalkan tip hari ini.

Apakah yang anda lakukan serta pendapat anda? Bincangkan di blog www.abangabu.com

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Zakat adalah salah satu ibadah dari segi harta. Ia merupakkan sesuatu lambang keadilan sosial Islam, mensucikan jiwa, membersihkan dan menambahkan harta sambil membantu orang yang susah. Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan merupakan penyerahan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah s.w.t kepada 8 golongan yang berhak menerimanya. Lafaz “Zakat” disebut hampir 30 kali dalam Quran dan sering dikaitkan dengan solat. Ini menunjukkan bertapa pentingnya Zakat disisi Allah s.w.t. Marilah kita menjalankan kewajipan kita sebagai seorang Islam, yang berperihatian, ihsan dan kasih-mengasihi antara Muslim. Lebih-lebih lagi zakat fitrah, yang mana hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan sahaja.

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 162, yang bermaksud: “Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar”.

Sekiranya tiada halangan, maka janganlah kita memperlambatkan menunaikan zakat, agar kita tidak diperlambatkan untuk dimasukan ke syurga. Seandainya kita telah menunaikannya, ingat-ingatkanlah pada keluarga, teman-teman dan orang-orang sekeliling kita agar mereka juga mendapat pahala di dunia dan balasan syurga di akhirat.

Ok tak tip hari ni?? Kesihatan adalah penting. Tanpa badan yg sihat, kekayaan juga susah utk dicari. HEALTH –> WEALTH, sangat berkait rapat. Cara saya ialah mendapatkan supplement buat diri dan keluarga saya. Saya adalah pengguna Shaklee. Walaupun berbelanja lebih utk membeli supplement tapi ia adalah berbaloi kerana kita mempunyai badan yang sihat. Jadi, jagalah kesihatan anda selalu ye!!