*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for December 11th, 2009


Adakah meja kerjalu serabut??

Dec 11, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Salam…

Ahaks…ngada nak masuk contest ni walaupun telah dilarang oleh Cik Sumi. Ada aku kesah? Aku peduli apa.. hahah.. Nape Cik Sumi larang saya join? Sbb saya adalah pengadil utk contest ni..hahahah… Saja2 nak meriahkan majlis. Apa salahnya kan? Kami (Pegawai Optometri) di Hospital Serdang mana ada meja kerja. Sebab kami kerja ikut work station. Cuma masing ada ‘prefereable place’. Biasanya saya mmg ada meja yg saya sgt suka duduk (heheh..sbb situ je ada monitor flat screen –> puas sungguh kalau guna screen besar ni!!). Tapi masa hari nak ambil gambar ni, kami dah bertambah ahli. Jadi tpt kesukaanku itu telah diduduki oleh org lain. Jadinya terpaksalah daku membawa diri ke bilik terpencil di klinik utk melunaskan kerja2 ku..ahaks..

Ni dia…

sepah

Serabut ke? Macam tak aje..mm.. Apalagi?? Cepatlah. Contest ni berlangsung dari 4 Disember sampai 18 Disember 2009. Korang pi kat blog Cik Sumi.  Buat entrylah, macam biasa.

Simpan Challenge 2009 Tip#15

Dec 11, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

heheh..Perjalanan kita dah separuh jalan dah ni. Tinggal lagi separuh je lagi. Utk setakat ni macamana dgn pencapaian kalian? W/pun cabaran ni adalah utk bulan November, saya masih meneruskan cabaran mengikut tip2 yg saya dah dapat. Jangan lupa buat nota kecil di mana2 spy kita ingat tip2 yg banyak ni ye.

Jadi, teruskan pembacaan kalian seperti biasa.

TIP #15 – SIMPAN CHALLENGE -  CARA BAYAR HUTANG KAD KREDIT
oleh – AbangAbu

Atas permintaan ramai peserta, AbangAbu mahu tip hari ini berkenaan hutang Kad Kredit. Hutang kad kredit selalu menjadi beban ramai anggota masyarakat. Ada yang memang bayar secara konsisten tetapi masih tidak melihat hutang mereka berkurangan. Banyak pembaziran wang yang berlaku kerana ini. Jadi bagaimana anda boleh melunaskan hutang kad kredit anda supaya dapat menjimatkan wang anda .

Tip hari mungkin tidak releven kepada orang yang tidak mempunyai kad kredit , tetapi ini boleh memberikan anda satu pelajaran yang baik. Tip hari ini adalah cara untuk membayar hutang kad kredit dan bukan cara mengunakan kad kredit akan AbangAbu bincangkan dalam tip hari 19.

Jika anda mempunyai hutang kad kredit maka ini adalah cara membayar yang betul, lebih lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari 3 kad. Buku Kompas Wang menyediakan sistem tulis bayaran balik hutang kad kredit secara terperinci.

Bayar hutang yang kecil dahulu

Selepas habis bayar hutang kecil itu, gunakan wang yang dibayar hutang kecil tadi ditambah dengan hutang yang kedua, dengan ini anda bukan membayar wang yang lebih tetapi wang yang sama tetapi hutang akan langsai dengan lebih pantas.

Lihat contoh yang AbangAbu berikan dibawah.

Permulaan , nama bank, jumlah hutang serta bayaran minimum anda.

Nama bank, Jumlah Hutang, Bayaran MIN Bulanan

C bank Visa RM3,800 RM134

D Bank RM3,500 RM129

Nations Bank RM2,000 RM71

B of A (Visa) RM1,500 RM66

TOTAL RM10,800 RM400

Sekiranya anda bayar semua dengan minima sahaja maka hutang kad kredit anda tidak akan berkurangan sama sekali. Maka anda harus membayar lebih dari bayaran minima jika anda ingin lunaskan dengan cepat.

Mungkin ada yang memang selalu bayar lebih tetapi sama juga, ini adalah kerana cara bayaran anda yang salah.

Nama Jumlah Hutang Bulanan Dibayar Cara Betul

C bank Visa RM3,800 RM134 RM150 RM134

D Bank RM3,500 RM129 RM150 RM129

Nations Bank RM2,000 RM71 RM100 RM71

Bank A (Visa) RM1,500 RM66 RM100 RM166

TOTAL RM10,800 RM400 RM500 RM500

Kebiasaanya , walaupun jumlah minima adalah RM134 selalunya anda akan membayar RM150 ( merah) dan juga pada hutang kad kredit yang lain, dan ini adalah cara yang salah.

Cara yang betul adalah anda perlu bayar sekurang kurangnya dua kali bayaran minima jika anda ingin melunaskan dengan cepat . Jika anda bayar seperti model merah, hutang anda tidak akan berkurangan . Ada sistem perkiraan sebenarnya. Lihat yang biru

Langkah – langkah

1) Pilih kad kredit yang hutang yang paling kecil , dalam contoh di atas Bank A .

2) Bayaran kad kad lain hanya bayar minimum yang perlu dibayar sahaja. Contoh diatas yang berwarna biru.Jangan bayar sesen pun lebih dari bayaran minima.

3) Bayaran Bank A Kad kredit yang hutangnya paling kecil perlu dibayar sekurang kurangnya 2x bayaran minimum atau lebih.

4) Anda tidak boleh mengunakan kad kredit untuk berbelanja sehingga hutang anda dilunaskan. Terbaik jika anda hentikan semua khidmat kad kredit anda.

5) Pastikan anda tidak di kenakan denda lewat lagi.

6) Anda juga boleh menghubungi pihak bank untuk mengurangkan interest kad kredit anda.( Cuba sahaja)

Dengan cara bayaran ini anda akan dapat melunaskan Bank A dalam 12 – 15 bulan.

Dalam masa 15 bulan , keadaan pembayaran anda akan kelihatan lebih kurang seperti dibawah.

Nama Jumlah Hutang Bulanan DibayarCara Betul

C bank Visa RM3,200 RM134 RM134

D Bank RM2,800 RM129 RM129

Nations Bank RM1,700 RM71 RM71 + RM166 = RM237

Bank A (Visa) RM0 RM0 Dicampurkan Lebih dari bayaran Bank A RM166) untuk bayaran Nations Bank.

TOTAL RM7,700 RM400 RM500

Kini anda ambil kad kredit yang kedua pula. Nations Bank dan campurkan wang anda bayar ke Bank A itu ke kad kredit Bank Nation , Ini akan menjadikan anda membayar RM237 pada kad kedua.

Ikut cara ini seterusnya sehingga semua hutang anda akan selesai.

Dengan kaedah ini , membayar hutang bank kecil dahulu dan menambah wang bayaran pada kad atau hutang kedua, anda akan menglangsaikan hutang anda menjadi separuh dalam masa 18 bulan sahaja.

Anda juga boleh menambah wang yang lebih keatas kad yang sedang anda lunaskan. Ini akan membantu mempercepatkan penyelesaian hutang kad kredit anda.

Jika anda kurang faham akan cara ini sila email simpan@nowasia.sg .

Apa pendapat anda , bincangkan di www.abangabu.com

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Kebaikan menabung jelas terbukti melalui amalan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Ketahuilah bahawa menabung untuk keperluan keluarga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Seseorang yang suka menabung mampu mencerahkan masa depannya. Marilah kita tanamkan kepada ahli keluarga, teman-teman, serta orang-orang sekeliling kita sifat suka menabung. Bekongsilah kepada mereka ilmu-ilmu yang telah dipelajari melalui Simpan Challenge ini.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim berbunyi: “Adalah Rasulullah s.a.w. menyimpan keperluan setahun untuk keluarganya”. Dalam riwayat lain pula disebutkan: “Rasulullah s.a.w menyimpan gandum bagi keperluan asas keluarganya”.

Seorang Muslim yang berjaya akan berusaha mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w semampu mungkin, termasuklah sifat baginda yang rajin menabung.

Selesai sudah tip yg ke15. Selamat mencuba!!

Berapa haribulan??

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta