*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Bagaimana hari kalian semua? Cik Yut masih lagi sakit tekak dan selsema. Alhamdulillah, ia tidak lah teruk sgt sbbnyaka Cik Yut consume Shaklee. Bila di waktu2 kritikal macam ni, biasanya saya akan consume Nutriferon utk meningkatkan tahap imminusasi badan. Jadinya, masih batuk tapi terkawal. Badan masih lagi selesa. InsyaAllah.
Ok, kita teruskan ke tip #14 SC2009.
TIP #14 – SIMPAN Challenge – BERKONGSI Bersama Keluarga
oleh AbangAbuAbangAbu pasti anda telah melaksanakan semua tip tip yang telah diberikan sejauh ini.
Hari ini AbangAbu akan berikan satu tip yang akan menjimatkan. Tip hari ini adalah untuk anda bincangkan apakah barang barang yang boleh dikongsikan oleh semua anggota keluarga.
How well do you share?
Lihat kembali semua barang-barang yang anda gunakan. Adakah ianya boleh dikongsikan. Contohnya , permainan komputer, PSP , kamera, perakam video dan lain lain lagi.
AbangAbu sering melihat dalam satu keluarga yang mempunyai 3 orang anak mempunyai 3 PSP. Apa kata kalau alat itu boleh dikongsikan bersama sama. Ini boleh menjimatkan hampir RM600 yang boleh digunakan untuk perkara yang lain.
Begitu juga pakaian mewah , bag dan sebagainya , boleh dikongsikan bersama diantara ahli keluarga.
Tip ini juga telah dikongsikan oleh salah seorang peserta Simpan Challenge dimana beliau telah menjimatkan wang bajet pakaian beliau dengan berkongsi pakaian mewah dengan adik beliau.
Bagaimana pun kesemua anggota mestilah bersetuju dengan apa yang ingin dikongsikan.
Tip hari ini boleh menjimatkan antara RM50 – RM500 dalam sesebuah keluarga.
Apa pendapat anda dengan tip ini ?
Nota Cik Yut : Sila tinggalkan komen kalian ye. Cik Yut nak juga tahu apa pendapat kalian dalam setiap tip yg Cik Yut kongsi nih.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Boleh dikatakan setiap manusia mempunyai impian serta matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. Islam juga telah mengajarkan kita bagaimana menjadikan impian atau matlamat yang baik satu realiti. Impian dan matlamat tidak akan tercapai sekiranya kita tidak mengorak langkah, berusaha, bersungguh-sungguh, selain berdoa dan bertawakkal.
Di dalam perjalanan mencapai impian dan matlamat, kita pasti akan diujian oleh Allah s.w.t. Begitu juga dengan matlamat yang telah kita tetapkan dalam Simpan Challenge ini, kita juga akan diuji yang berkemungkinan melalui nafsu kita sendiri. Oleh yang demikian, hendaklah kita jujur dengan niat serta matlamat kita sendiri, iaitu melakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ” Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesuatu pekerjaan, ia melakukannya bersungguh-sungguh”. (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi, daripada Syaidatuna ‘Aisyah RA)
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa melakukan segala perkara atau urusannya dengan sebaik mungkin, bersungguh-sungguh, bersandarkan ilmu pengetahuan, memohon pertolongan dari Allah s.w.t dan bertawakkal.
Senag dan menjimatkan bukan. Kongsi juga tip-tip yg lalu bersama ahli keluarga. Supaya mereka lebih faham kenapa anda menyertai SC2009, dan ini akan memberikan hasil tabungan yg lebih. Yelah, buat sorang2, berapa sangatlah yg anda akan dapt simpan. Jadi berkongsilah bersama ahli keluarga yg lain!!
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Leave a reply