*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam..
Laaa…baru sampai no 13 ye. Masih jauh ni perjalanan kita nih. Harap teman2 yg membaca, akan sentiasa sabar menanti tip-tip SC2009 ni. Selagi saya masih bernafas, masih dijanjikan oleh Allah utk berada di muka BumiNya, InsyaAllah, saya akan cuba utk menghabiskan tip ni. Ini adalah ilmu yg sepatutnya dipanjangkan kepada semua. Walaupun tip yg diberikan itu mudah, straight forwad, tapi lebih ramai yg tidak mengetahuinya, tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Moga2 dgn membaca tip SC2009, kalian akan lebih fokus dalam hal2 menguruskan kewangan.
Ok, jgn banyak cerita lagi, moh baca tip utk hari ni,
TIP #13 – SIMPAN CHALLENGE- BIL TALIPON BIMBIT
oleh – AbangAbuAntara bil yang sering memerlukan sebahagian dari pendapatan anda adalah bil telefon. Dengan adanya telefon bimbit, kini sudah menjadi lumrah setiap anggota keluarga memiliki satu atau dua hp.Ada keluarga yang membayar hampir RM500 sebulan bayaran bil hp walaupun mereka tidak mempunyai apa apa urusan penting atau perniagaan.
AbangAbu juga dapati bahawa ramai keluarga yang berpendapatan rendah juga membayar bil telefon yang tinggi.
Tip hari ini akan membincangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bil telefon anda.Matlamat anda adalah untuk mengurangkan 20% dari jumlah bil telefon bimbit anda.
1) Pastikan anda hanya membuat panggilan jika perlu dan bukan kerana anda mempunyai telefon bimbit. Ramai menggunakan hp untuk berbual panjang untuk perkara perkara yang tidak penting.
2) Dapatkan pelan yang sesuai untuk anda, juga pastikan anda tidak membayar yuran untuk perkhidmatan yang anda tidak perlu , seperti call waiting, call transfer, voicemail, dan sebagainya.
Nota Cik Yut : Kenalpasti anda pengguna yg bagaimana. Adakah yang jenis kerap membuat panggilan atau yg jenis suka menghantar SMS, atau yg jenis suka terima panngilan sahaja? Dapatkan pelan yg bersesuaian dgn diri kita. Bukan mengikut orang lain.
3) Tetapkan masa maksima yang akan anda gunakan setiap kali membuat panggilan dari telefon bimbit. Misalnya 3 minit sahaja untuk setiap panggilan. Jika terdapat talipon awam berdekatan dengan tempat anda berada maka gunakan talipon awam. Ini amat menjimatkan.
4) SMS , kadang kala dengan menggunakan khidmat sms akan lebih menjimatkan serta juga memudahkan, tetapi anda harus berjaga jaga tidak melebihi had yang diberi dalam pelan anda.
5) Jika anda selalu ke luar negara pastikan anda hanya gunakan jika penting sahaja kerana caj yang tinggi. Misalanya jika dari Malaysia setiap sms yang dihantar di caj RM0.50 , maka berhati hati .
AbangAbu pernah menerima bil sebanyak RM300 hanya untuk sms yang dilakukan dari Malaysia ketika AbangAbu berada disana.
6) Jika anda tidak mempunyai displin untuk mengikut semua diatas serta selalu menerima bil yang tinggi maka adalah baik untuk anda mendapatkan prepaid . Ini akan menjimatkan serta mendisplinkan anda.
Rakan AbangAbu yang menerima bil bulanan sehingga RM250 – RM300 setiap bulan mendapati menelan sebahagian wang gaji beliau. Setelah gaji beliau di turunkan , beliau menghadapi masalah kewangan. Maka beliau menamatkan khidmat bulanan dan mendapatkan khidmat prepaid. Kini sudah hampir 4 bulan beliau hanya membayar RM50 setiap bulan untuk kad prepaid. Ini menjimatkan hampir RM200 setiap bulan.
Nota Cik Yut : Nak guna prepaid pun kenalah pandai merancang. Ikut cara no 1 tadi, guna bila perlu saja. Kalau tak, sama jugaklahh postpaid ke prepaid
![]()
AbangAbu mahu anda sekeluarga berbincang untuk memastikan anda tidak membayar bil talipon secara berlebihan. Buat satu perancangan yang anda tidak akan melebihi bajet bil talipon setiap bulan.
Bincangkan juga cara lain yang anda sekeluarga boleh gunakan utk mengurangkan bil talipon anda sekurang kurangnya sebanyak 20% pada bil yang akan datang. Duit yang berjaya dijimatkan boleh dimasukan ke dalam tabung SIMPAN Challenge.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Itulah gelaran yang telah diberikan kepada kita semua. Kita merupakan umat yang telah diajarkan atau diterapkan erti ihsan, kasih sayang dan berperihatin. Dalam masa kita sibuk mengumpul wang, janganlah kita lupa akan nasib golongan yang menghadapi kesempitan kewangan dan yang memerlukan. Marilah kita membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa batasan agama, bangsa mahu pun negara.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 92, yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”.
Dan juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 133-134, yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”.
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa mendermakan sebahagian wangnya sama ada dirinya dalam keadaan senang atau pun susah. Kerana tidak akan seseorang itu menjadi papa dengan menderma.
Bagaimana? Betul tak? Tipnya mudah saja. Tapi berapa ramai antara kita yg tahu dan yg menggunapakai tip ni. Apalagi, mulalah merancang bil telefon anda, baik hp atau pun telefon kediaman.
Sampai jumpa lagi!!!
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Leave a reply