*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam..
Laaa…baru sampai no 13 ye. Masih jauh ni perjalanan kita nih. Harap teman2 yg membaca, akan sentiasa sabar menanti tip-tip SC2009 ni. Selagi saya masih bernafas, masih dijanjikan oleh Allah utk berada di muka BumiNya, InsyaAllah, saya akan cuba utk menghabiskan tip ni. Ini adalah ilmu yg sepatutnya dipanjangkan kepada semua. Walaupun tip yg diberikan itu mudah, straight forwad, tapi lebih ramai yg tidak mengetahuinya, tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Moga2 dgn membaca tip SC2009, kalian akan lebih fokus dalam hal2 menguruskan kewangan.
Ok, jgn banyak cerita lagi, moh baca tip utk hari ni,
TIP #13 – SIMPAN CHALLENGE- BIL TALIPON BIMBIT
oleh – AbangAbuAntara bil yang sering memerlukan sebahagian dari pendapatan anda adalah bil telefon. Dengan adanya telefon bimbit, kini sudah menjadi lumrah setiap anggota keluarga memiliki satu atau dua hp.Ada keluarga yang membayar hampir RM500 sebulan bayaran bil hp walaupun mereka tidak mempunyai apa apa urusan penting atau perniagaan.
AbangAbu juga dapati bahawa ramai keluarga yang berpendapatan rendah juga membayar bil telefon yang tinggi.
Tip hari ini akan membincangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bil telefon anda.Matlamat anda adalah untuk mengurangkan 20% dari jumlah bil telefon bimbit anda.
1) Pastikan anda hanya membuat panggilan jika perlu dan bukan kerana anda mempunyai telefon bimbit. Ramai menggunakan hp untuk berbual panjang untuk perkara perkara yang tidak penting.
2) Dapatkan pelan yang sesuai untuk anda, juga pastikan anda tidak membayar yuran untuk perkhidmatan yang anda tidak perlu , seperti call waiting, call transfer, voicemail, dan sebagainya.
Nota Cik Yut : Kenalpasti anda pengguna yg bagaimana. Adakah yang jenis kerap membuat panggilan atau yg jenis suka menghantar SMS, atau yg jenis suka terima panngilan sahaja? Dapatkan pelan yg bersesuaian dgn diri kita. Bukan mengikut orang lain.
3) Tetapkan masa maksima yang akan anda gunakan setiap kali membuat panggilan dari telefon bimbit. Misalnya 3 minit sahaja untuk setiap panggilan. Jika terdapat talipon awam berdekatan dengan tempat anda berada maka gunakan talipon awam. Ini amat menjimatkan.
4) SMS , kadang kala dengan menggunakan khidmat sms akan lebih menjimatkan serta juga memudahkan, tetapi anda harus berjaga jaga tidak melebihi had yang diberi dalam pelan anda.
5) Jika anda selalu ke luar negara pastikan anda hanya gunakan jika penting sahaja kerana caj yang tinggi. Misalanya jika dari Malaysia setiap sms yang dihantar di caj RM0.50 , maka berhati hati .
AbangAbu pernah menerima bil sebanyak RM300 hanya untuk sms yang dilakukan dari Malaysia ketika AbangAbu berada disana.
6) Jika anda tidak mempunyai displin untuk mengikut semua diatas serta selalu menerima bil yang tinggi maka adalah baik untuk anda mendapatkan prepaid . Ini akan menjimatkan serta mendisplinkan anda.
Rakan AbangAbu yang menerima bil bulanan sehingga RM250 – RM300 setiap bulan mendapati menelan sebahagian wang gaji beliau. Setelah gaji beliau di turunkan , beliau menghadapi masalah kewangan. Maka beliau menamatkan khidmat bulanan dan mendapatkan khidmat prepaid. Kini sudah hampir 4 bulan beliau hanya membayar RM50 setiap bulan untuk kad prepaid. Ini menjimatkan hampir RM200 setiap bulan.
Nota Cik Yut : Nak guna prepaid pun kenalah pandai merancang. Ikut cara no 1 tadi, guna bila perlu saja. Kalau tak, sama jugaklahh postpaid ke prepaid
![]()
AbangAbu mahu anda sekeluarga berbincang untuk memastikan anda tidak membayar bil talipon secara berlebihan. Buat satu perancangan yang anda tidak akan melebihi bajet bil talipon setiap bulan.
Bincangkan juga cara lain yang anda sekeluarga boleh gunakan utk mengurangkan bil talipon anda sekurang kurangnya sebanyak 20% pada bil yang akan datang. Duit yang berjaya dijimatkan boleh dimasukan ke dalam tabung SIMPAN Challenge.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Itulah gelaran yang telah diberikan kepada kita semua. Kita merupakan umat yang telah diajarkan atau diterapkan erti ihsan, kasih sayang dan berperihatin. Dalam masa kita sibuk mengumpul wang, janganlah kita lupa akan nasib golongan yang menghadapi kesempitan kewangan dan yang memerlukan. Marilah kita membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa batasan agama, bangsa mahu pun negara.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 92, yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”.
Dan juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 133-134, yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”.
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa mendermakan sebahagian wangnya sama ada dirinya dalam keadaan senang atau pun susah. Kerana tidak akan seseorang itu menjadi papa dengan menderma.
Bagaimana? Betul tak? Tipnya mudah saja. Tapi berapa ramai antara kita yg tahu dan yg menggunapakai tip ni. Apalagi, mulalah merancang bil telefon anda, baik hp atau pun telefon kediaman.
Sampai jumpa lagi!!!
hSalam..
Baru le saya perasan, semenjak dua ni cerita pasal anak2 takde. Bukan takde yg menarik yg AZ the Duo buat, tapi Ibu diorang ni yg tembel sket nak update cerita pasal depa.. Ampun ye anak2. Nampaknya mcm Ibu asyik sibuk memikir bagaimana nak menjana kewangan yg lebih baik supaya dapat memberikan kehidupan yg lebih baik buat anak2 Ibu. Apa taknya, Si Minah Loteh tu asyik sebut Smart Reader Kids aje. Pantang nampak banner Smart Reader Kids tu, mesti kepoh & kecoh. Sesapa yg anta anak ke SRK pasti tahu berapa perbelanjaan yg dikeluarkan. Bagi yg berkemampuan, mestilah takde masalah.
Update pasal Si Minah Loteh :
Hari2 mulutnya tu ada je benda nak cerita. Saya kalau borak dengan dia, saya tak layan dia macam budak2 sgt. Saya suka layan borak dengan dia macam borak dgn org besar. Haah, nanti cerita dia pun takde lah merapu sgt. Ada fokus sket. Cuma ceritanya tu betul ke tak betul. Kadang2 yg keluardari mulutnya tu, unexpected. Waaah, budak kecil ni tak padan kecil. Tapi ada satu masalah dengan Si Minah Loteh ni. Putingnya tu masih melekat lagi kat mulut. Saya dah sorok kot celah mana pun, mesti ada gak lagi yg tersangkut kat mulut dia tu. Aga2 sapa ada petua, meh le bagi kat saya.
Ada satu malam tu, puting dia tah dah lari mana tah. Puas gak cari. Pastu saya malas nak layan dia, saya suh dia tidur sambil hisap jari. Saya cakap tah2 dia yg tinggalkan kat sekolah. Saya bagitau yg saya tak nak jaga puting dia lagi. Tu barang keperluan dia, sendiri kena jaga. Sok paginya dia pergi sekolah. Cikgu report yg dia buat dramab sebabak dgn cikgunya. Sambil dengan suara yg mendayu2 dia minta puting dari cikgu. Cikgu dengan kesiannya (lepas dgr sore mendayu Si Minah Loteh tu laa..) pun bagi le satu. Mmg kat sekolah ada satu bekas penuh dgn puting dia. Sbbnya dia selalu tinggalkan kat sekolah. Ibunya tak kuasa nak pi ambil lagi. Ayahnya pulak, rajin gi beli (ni yg payah nak bunag putingnya tuu!!)
Update pasal Si Nandik :
Sekarang dia macam Ibu juga. Tgh demam selsema. Lepas tu tah apa yg menyerang agaknya, malam je mesti kecoh sakitla, apa lah.. Mmg susah betul dia nak tido. Si Nandik ni mmg ganas sikit dari kakak dia, tapi kalau dia menjerit ke nangis ke, rasanya satu taman boleh dengar (jiran sebelah, minta maaf ye kalau suara anak kecil ni mengganggu tidur kalian). Tu belum lagi kalau dia minta pape tapi kita wat dunno je.. terjerit2 panggil. Pastu, kalau kita dah menyahut pun, dia tetap akan jerit jugak. Puas le Ibu kata, sekejap dik, sabar ye dik, takde maknanya. Pastu pandai dah pukul kalau kita tak ikut cakap dia atau dia tgh marah kat kita. Isk..manalah dia belajar nih.
Dialah heroin yg suka wat sepah dalam rumah. Kalau kakak dia dah berkemas, dia dgn senag hati pi sepahkan balik. Mau tak merajuk kakak dia, langsung tak nak kemas lagi. Suruhla kot tang mana pun,dah adiknya buat hal tak mau si kakak menolong Ibunya lagi.
Ok..itule setakat ni pasal dua beradik ni, atau pun lebih dikenali dengan AZ the Duo.. heheh…
Jangan lupa nantikan tip seterusnya utk SC2009!!