Salam…

Ni nak update scr cepat. Saya kepenatan sbb bertandang ke rumah sepupu dan rumah pakcik yg terletak di Rawang & Serendah. Jarang2 drive sendiri sehari suntuk, punggung rasa dah keras je duduk kat seat pemandu tu…huhu..

TIP #12 – SIMPAN CHALLENGE- MENJAGA BARANGAN DENGAN RAPI
oleh – AbangAbu

Hari ini semua peserta yang telah menghantarkan pandangan serta soalan pada AbangAbu akan menerima hadiah ebook misteri yang amat berguna sekali untuk kejayaan kewangan anda.

Bagi anda yang belum berpeluang untuk memberi pandangan anda boleh juga menceritakan pengalaman anda kerana ada hadiah misteri menunggu semua peserta SIMPAN Challenge yang mengambil bahagian.

Tip hari ini memang amat mudah sekali, tetapi ramai tidak memberikan perhatian pada perkara yang AbangAbu akan bincangkan. Tip hari ini boleh menjimatkan anda diantara RM20 hingga RM500 sebulan .

Tip hari ini adalah, anda sekeluarga harus berjanji untuk menjaga semua barangan yang digunakan dengan baik. Ini adalah tanggungjawab sekeluarga.

Apa yang dikatakan AbangAbu adalah perkara perkara seperti membersihkan rumah, membasuh kereta, menjaga pakaian, komputer, T.V, serta pelbagai barangan yang anda gunakan seharian.

Menjaga semua ini dengan baik akan menjadikan alat perkakas serta barangan ini boleh bertahan lebih lama yang dengan sendirinya menjimatkan wang anda serta memberikan pandangan positif pada personaliti anda .

Contohnya, jika anda mempunyai kasut kulit yang berharga, dengan membersihkan setelah diguna (polishing) akan menjadikan kasut itu bertahan lebih lama. Kerana jika tidak dibersihkan, kasut ini akan rosak dengan cepat.
Anda terpaksa membeli kasut setiap 3 bulan seperti AbangAbu sebelum mengamalkan tip ini.  Dengan mengamalkan sifat ini juga akan memberikan kesan positif terhadap personaliti anda, kerana kasut yang dijaga dengan rapi akan menampakkan anda sebagai seorang yang bersih dan bertanggungjawab , seperti juga dengan pakaian anda. Ini akan menaikan taraf anda di tempat kerja dan juga tempat awam. Beg , telefon bimbit, komputer riba, serta semua alat perkakas di rumah boleh bertahan lebih lama jika dijaga dengan rapi. Juga barang barang yang mudah pecah seperti barangan kaca dan gelas.  -Handle With Care – Tag Word

Anda juga boleh membahagikan tanggung jawap untuk menjaga sesuatu barang pada seseorang yang tertentu.

AbangAbu juga mempunyai bajet untuk membeli pakaian untuk anak-anak setiap 2 bulan, dan jika mereka yang menjaga dengan baik tidak perlu membeli pakaian tadi , abangabu akan memberikan wang bajet pakaian mereka untuk ditabungkan.

Ini menjadikan mereka bersemangat untuk menjaga semua perkakas dengan rapi serta bertanggungjawab.

Satu lagi cara adalah untuk menulis tarikh anda membeli sesuatu produk , ini dapat memberi anda untuk mengetahui berapa lama produk itu dapat bertahan.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Wang dan harta yang ada pada kita adalah dari Allah s.w.t, maka segala urusan kita berkaitan dengan wang dan harta hendaklah juga kerana Allah s.w.t. Ia bermaksud sekiranya kita ingin menyimpan, membelanjakan, menggandakan atau bersedekahkan wang dan harta kita, hendaklah kita berfikir dahulu apakah matlamat kita untuk melakukan amalan tersebut.

Oleh yang demikian, marilah kita tetapkan segala amalan kita hanya untuk Allah s.w.t, iaitu demi untuk mendapatkan keredhaannya. Ini adalah kerana setiap kerja amalan kita sangat bergantung kepada niat kita. Dengan melakukan sedemikian, ia dapat membantu kita untuk menggelakkan dari bersikap boros, lokek serta menyalahgunakan wang dan harta kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 272, yang bermaksud: “Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Seorang Muslim yang berjaya akan melakukan setiap kerja atau amalannya hanya untuk mendapatkan kasih sayang serta keredhaan dari Allah s.w.t.

Memang sgt mudah bukan tip hari ni. Sememangnya sesuatu barang yg kita beli, sekiranya kita jaga dengan baik, kita akan dapat guna barang itu dengan lebih lama lagi. Masa saya kecil dulu, mak selalu bising. Katanya kalau dia yg guna sorang sesuatu barang tu, pasti barang tu elok saja. Mmg betul!!! Mak saya membeli peti sejuk yang baru hanya selepas 25 tahun menggunakan peti sejuk yg telah dibelinya sejak berkahwin!!! Itu pun hanya selepas pintu getah pada keliling peti sejuk itu sudah longgar. Dan pula peti sejuk itu ialah peti sejuk satu pintu (saya sudah menghasut mak spy membeli peti sejuk yg baru dan lebih besar!!..), tidak berapa sesuai utk digunakan menyimpan stok EBM saya..

Ok, sampai di sini dulu. Saya nak pergi menggosok baju En Lan dulu. Takut besok culas nak bangun awal..heheh