*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Huhu… hari ni rasanya hari yg tak berapa sgt memberansangkan utk saya. I did not slept until 7am. Rancangannya nak habiskan menjahit tempahan tudung, tapi agaknya dah terlalu mengantuk, saya tergunting tudung tuh… huhuhu.. Menjahit tudung jersey+jersey mmg sgt mencabar, sgt2 mencabar. Saya ambil masa yg sgt2 lama nak siapkan satu tudung tu. Dah siap jahit satu, ada yg tak kena, ditetas, dijahit semula. Udahla warna benang tu sama je dgn warna tudung..haaah..terbeliak biji mata mencari benangnya tu..Dugaaan!!
Ok, kita sambung SC 2009 kita. Hari ni saya keluarkan tip seterusnya.
TIP #11 – SIMPAN CHALLENGE- RILEX
oleh – AbangAbuSudah 10 TIP SIMPAN Challenge yang di berikan. Dimana kah anda dalam mencapai matlamat anda dalam SIMPAN Challenge ini.
Hari ini adalah untuk anda melihat kembali kesemua tip tip dan memastikan anda sudah melaksanakan semua tip.
Bagi anda yang masih belum dapat melaksanakan tip tip ini cuba lakukan hari ini semua tip yang masih belum dilaksanakan.
Dalam mencapai matlamat kewangan adalah baik untuk anda memastikan satu hari untuk melihat kembali dan mengetahui sejauh mana anda berada dari matlamat anda serta apa yang anda harus lakukan supaya matlamat tersebut boleh dicapai.
Ini sebab utama AbangAbu mahu anda semua lihat semua apa yang anda telah berjaya lakukan dan apa yang anda perlu lakukan.
Antara perkara yang AbangAbu ingin anda lakukan;
1) Dapatkan jumlah yang telah anda kumpul sejauh ini?
2) Kalau masih jauh dari matlamat simpanan anda, bincangkan dengan keluarga anda, apakah yang masih anda belum lakukan serta apakah yang anda rancang lakukan dalam mencapai matlamat simpanan anda.
INGAT ! Matlamat SIMPAN Challenge adalah RM1000.
3) Tuliskan Matlamat SIMPANAN Keluarga anda dan juga berapa yang anda sudah capai di atas sekeping kad (Drawing Block) yang boleh dilihat oleh semua anggota keluarga.
Matlamat AbangAbu adalah untuk menjadikan semua anggota keluarga bersemangat dalam mencapai matlamat yang telah dipersetujui.
Dengan melihat KAD , akan dapat membuat anda fokuskan minda anda dalam mencapai matlamat anda.
Hari ini, tugas anda adalah untuk pastikan semua tip telah dilaksanakan. Bagi mereka yang dah buat semua tip, AbangAbu ucapkan Syabas dan yang masih belum usahakan hari ini juga.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah, banyak yang telah kita pelajari dari tips-tips Simpan Challenge, dan telah mula mengumpul serta berjimat seberapa mungkin. Tahniah bagi mereka yang telah memanfaatkan ilmu tersebut. Dalam masa kita mengumpul dan menabung, kita juga perlu memahami bahawa bukan semua wang atau harta yang ada dalam tangan kita merupakan milik kita secara mutlak.Ini kerana Allah s.w.t telah meletakan sebahagian rezeki orang lain pada pendapatan kita. Ia bertujuan untuk memupuk dalam kehidupan kita erti kasih sayang, ihsan serta rasa tanggungjawab terhadap sesama manusia, selain menjadi ujian untuk melihat sama ada kita ini mempunyai sifat bakhil, lokek dan sebagainya. Oleh yang demikian, telah diwajibkan ke atas kita untuk mengeluarkan zakat serta digalakkan untuk bersedekah bagi memastikan setaip manusia mendapat hak mereka.Firman Allah s.w.t dalam surah az-Zariyat ayat 19, yang bermaksud: ” Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)”.
Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 35, yang bermaksud: (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”.
Marilah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan menderma serta mengeluarkan zakat. Lebih-lebih lagi kita sedang berada bulan Ramadhan yang mana diwajibkan kita mengeluarkan zakat Fitrah dan sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakan bersedekah dibulan yang mulia ini.
Haaa..Tip hari ni mmg tak berat. Tapi yg berat ialah nak mencapai target RM1000. Yup, saya kena akui, mmg susah nak buat. Walaupun target SC2009 ialah RM1k, tapi saya siang2 dah buat target lain. Sbb saya tahu di mana kedudukan kewangan saya. Mungkin pada bulan ni, target RM1k saya tak tercapai, tapi saya nak pastikan ia boleh dicapai. Jadinya, SC saya akan berlangsung setiap bulan. Jadi saya nak buat buku SC Monthly. Nak tgk adakah ada peningkatan atau tidak.
Ok kengkawan, mari menyimpan!!!
One Response for "Simpan Challenge 2009 Tip #11"
[...] Tip #11 : Rilex [...]
Leave a reply