Salam…

Just a quick post. SC2009 update tips..

Cik Yut ada mission to complete today. If I’m finish it by today, mati gue… hehehe

TIP #10 – SIMPAN CHALLENGE- BERBELANJA MUSIM PERAYAAN
oleh – AbangAbu

Hari ini tip yang amat penting sekali untuk diamalkan dimusim perayaan supaya anda masih boleh menyimpan dan berjimat.

Menyimpan duit di musim perayaan adalah paling mencabar sekali dimana perbelanjaan adalah sesuatu yang amat perlu dalam musim perayaan.

Jadi bagaimana? Mudah sahaja ;

1) Anda harus membuat bajet raya dalam memastikan apakah yang anda perlu beli sebelum berbelanja.Semua anggota keluarga mesti setuju pada bajet serta semua barangan yang perlu dibeli.
Anda juga dilarang untuk menukarkan senerai dengan membeli barangan yang tidak dituliskan dalam senarai bajet anda.

INGAT ! hanya beli apa yang telah pun anda tulis dalam bajet anda.

2) Setelah sudah mempunyai bajet , pastikan semua anggota keluarga dapat membeli apa yang mereka perlukan. Ini adalah supaya anda tidak berbelanja lebih untuk seseorang setibanya di tempat membeli belah .

3) Kalau benda yang anda bajetkan itu lebih murah , maka beli dengan harga yang lebih kurang dari bajet anda , maka ini boleh menjadi duit untuk tabung SIMPAN Challenge anda. Pentingnya anda sudah mendapatkan barang yang diperlukan tadi, jangan cuba mencari barang yang harganya seperti yang anda bajetkan sekiranya anda boleh mendapatkan dengan harga potongan.

4) Jika anda mempunyai masa membuat kuih sendiri di rumah adalah lebih baik dari membelinya. Tetapi sekiranya ia memerlukan anda mengambil cuti kerja tanpa gaji AbangAbu cadangkan, supaya dapatkan kuih kuih raya yang telah disiapkan.

Jika anda buat kira kira , anda masih boleh mendapatkan harga yang amat berpatutatan seperti mana wang yang anda perlu belanja jika membuatnya sendiri.

5) Jika anda bercadang untuk membeli hadiah untuk kaum keluarga yang lain, pastikan anda tidak membeli barang barang yang mewah dengan mengunakan wang kredit yang boleh menyebabkan anda menghadapi kesukaran kewangan dimasa akan datang.

INGAT ! Hanya beli hadiah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda, Jangan beli hadiah jika anda tidak bayar secara tunai.

AbangAbu pasti anda boleh menjimatkan antara diantara RM50 hingga RM500 dalam perbelanjaan Hari Raya keluarga anda.

AbangAbu baru sahaja menjimatkan RM500 wang perbelanjaan hari raya tahun ini. Bagaimana?

Tahun lalu AA berbelanja lebih RM1000 untuk perbelanjaan keluarga yang mengandungi 4 orang anak, isteri dan AA.

Tahun ini AA berjaya menjimatkan RM500 RM , pada barangan yang hampir sama , malah lebih sedikit dari tahun lalu.

Tip ini adalah tip yang mungkin tidak sesuai untuk semua , tetapi ini satu cara yang AA rasa sesuai pada diri AA. AA berbelanja hari Raya tahun ini di Johor Bharu.

Walau bagaimanapun anda juga perlu tahu dimana untuk membeli belah di sana kerana harga di kompleks sama juga seperti di Singapura dan ini akan merugikan anda .

Tempat yang sesuai di Johor Bharu adalah di Plaza Angsana.

AA cadangkan anda membuat perancangan yang rapi sebelum membuat keputusan untuk berbelanja hari raya.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk hal-hal yang tidak bermanfaat. Marilah kita renungkan dan menghayati ayat dibawah ini sambil menjadikannya panduan kita dalam persiapan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Israa ayat 26-27, yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Seorang Muslim yang bijak akan mencari jalan untuk terus memanfaatkan barang-barang yang dimiliknya sebaik mungkin, bagi menggelakkan sifat boros sdan pembaziran berlaku.

So, do you think you can save some money for next festive. I know you guys can. We all can. It just a matter either you want  to do it or not.. Ok, see you in the next tip!!