*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for December 4th, 2009


MomBloggerPlanet – December Review

Dec 4, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Salam…

mbp

Ada apa dengan MomBloggerPlanet bulan Disember ni??

Buat yg sudah acapkali membuka blog Cik Yut sudah pasti nampak banner kecil ni di sidebar. Buat yg sudah melewati ke website ni, pasti sudah tahu isi kandungan yg terdapat dalam website ni. Seperti biasa, aktiviti bulanan ialah contest utk si cilik. eeehh.. utk si cilik ke? Contest utk mak2 yg sgt suka bercontest, dgn menepek kan gambar si cilik mereka utk menang contest.. huuhh.. tu baru betul ..ekkeee..

Jadinya, tema contest bulan ni ialah “Cutest baby SMILING”. Apa lagi, sila buat entry anda sekarang. Cik Yut belum berkesempatan nak buat lagi. Nanti tunggu daku korek fail cari the most gorgeous smiling of Azyana and Azzalea. Ehh.. Rasanya Azzalea je yg boleh. Azyana kira baby lagi kee? Yup la…she’s baby of mine :p  heheheh Mau poning kepala daku. Budak2 nii punya gambar sebenarnya banyak gambar tido. Nak suh depa smile, mmm gelak aje adalah. Eh..dah ada ke belum tema ‘aksi tido’ ke belum ek????

Selain daripada itu, MBP telah menjalankan pencarian mencari ‘MBP Ambassador’ sejak dari bulan November. Tapi Cik Yut tak de kuasa nak mencalonkan diri sebagai duta. Isk.. blog sendiri pun ku tak kudrat nak buat. Lagi nak pi buat kat blog org lain. Actually boleh sebenarnya. Sebenarnya, Cik Yut tgh mengadjust diri. Nak organize sebaik mungkin diri dan masa ku yang dah semakin berserabut nih. heheh… Sesapa yg nak mencalonkan diri, boleh la pi kat MBP website utk keterangan lanjut or klik sini. Selain dari duta, MBP juga mencari penulis utk MBP. Sesapa yg berminat utk berkongsi cerita di MBP boleh klik sini.  Actually ni mmg post bulan November. Tapi disebabkan Cik Yut dah review pada awal bulan, jadinya cerita hujung bulan dimasukkan ke bulan seterusnyalah.

Ok.. buat teman2. Tak kisahlah mak orang ke, adik orang ke.. boleh aje membaca MBP.Silalah klik banner MBP di sidebar itu ye..

Shaklee : New promo

Dec 4, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life

Salam…

Alhamdulillah dengan izin Allah, bulan December ini Cik Yut akan menyediakan Y.E.S iaitu Year End Sale. Ramai yang tertunggu2 apakah tawaran menarik bulan ini, maka inilah …

Trial Pack With Ostematrix(kalsium)

Ini dia, trial pack with Calcium @Ostematrix

Harga set ini ialah RM140 sahaja...(terdiri daripada vitalea@multivitamin, b complex, vitamin C dan Ostematrix@kalsium) with FREE Alfalfa for 30tabs.
Apakah peranan kalsium dalam journey penyusuan seorang ibu? Ianya membantu agar si ibu sentiasa sihat, bertenaga, dapat membekalkan zat kalsium yang banyak dalam susuibu dan secara langsung dapat membantu si ibu meningkatkan pengeluaran susunya. Ramai ibu2 yang tidak dapat mengambil minuman susu dalam diet harian mereka dan ini menjadikan si ibu mempunyai risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis sewaktu hari tua nanti. Bagi mengelakkan ini terjadi, kita sebagai ibu yang menyusukan anak perlulah memastikan kita mengambil supplement kalsium agar pengeluaran susu tidak terjejas. Kalsium penting untuk pembentukan tulang, darah, gigi dan ianya sangat penting untuk saraf dalam tubuh kita. Si ibu yang mempunyai cukup kalsium akan mendapati mereka jarang sakit gigi, sakit tulang mahupun lenguh2 badan.
Apakah kelebihan Kalsium@Ostematrix Shaklee?

Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow

Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.

Functions of OsteMatrix: -

* Help retain normal blood pressure
* Assist in muscle contraction and nerve transmission.
* Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness

Mereka yang mendapatkan set ini pada bulan Disember 2009 akan berpeluang untuk memenangi satu set buku cerita Disney. Cik Yut menyediakan 5 set buku untuk dimenangi oleh mereka yang bertuah. Tawaran ini bermula pada 4 December 2009 sehingga 31 December 2009. Setiap set pembelian trial pack special offer ini akan melayakkan anda mendapat satu cabutan bertuah untuk memenangi set buku cerita seperti dibawah.


Cik Yut masih menawarkan :
Beberapa trial pack kini disediakan mengikut keperluan kalian…

  1. Trial pack A: Bagi mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan mereka, mereka yang mempunyai masalah keletihan, moody, mudah stress bolehlah mendapatkan set ini. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex dan 45 tablet vitamin C. Ia berharga Rm80.
  2. Trial Pack B: Lebih tertumpu kepada ibu yang menyusukan anak. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 tablet Alfalfa. Ia berharga Rm80.
  3. Trial Pack C: Khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Set ini mengandungi 40 tablet multivitamin@vitalea, 40 tablet B Complex, 40 tablet vitamin C dan 40 tablet Zinc. Ia berharga Rm100
  4. Trial Pack D : Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit, jerawat dan kulit yang sensitif. Set ini mengandungi 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 capsul vitamin E. Ia berharga RM80.

Ke semua harga trial pack adalah disertakan dengan pos percuma!

Selain itu, tawaran cabutan bertuah untuk set bersalin akan dilanjutkan sehingga 31 December 2009. Bagi ibu2 yang akan melahirkan baby pada bulan Dec mahupun awal tahun hadapan, do grab this oppportunity, dear!

Saimpan Challenge 2009 Tip#10

Dec 4, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Just a quick post. SC2009 update tips..

Cik Yut ada mission to complete today. If I’m finish it by today, mati gue… hehehe

TIP #10 – SIMPAN CHALLENGE- BERBELANJA MUSIM PERAYAAN
oleh – AbangAbu

Hari ini tip yang amat penting sekali untuk diamalkan dimusim perayaan supaya anda masih boleh menyimpan dan berjimat.

Menyimpan duit di musim perayaan adalah paling mencabar sekali dimana perbelanjaan adalah sesuatu yang amat perlu dalam musim perayaan.

Jadi bagaimana? Mudah sahaja ;

1) Anda harus membuat bajet raya dalam memastikan apakah yang anda perlu beli sebelum berbelanja.Semua anggota keluarga mesti setuju pada bajet serta semua barangan yang perlu dibeli.
Anda juga dilarang untuk menukarkan senerai dengan membeli barangan yang tidak dituliskan dalam senarai bajet anda.

INGAT ! hanya beli apa yang telah pun anda tulis dalam bajet anda.

2) Setelah sudah mempunyai bajet , pastikan semua anggota keluarga dapat membeli apa yang mereka perlukan. Ini adalah supaya anda tidak berbelanja lebih untuk seseorang setibanya di tempat membeli belah .

3) Kalau benda yang anda bajetkan itu lebih murah , maka beli dengan harga yang lebih kurang dari bajet anda , maka ini boleh menjadi duit untuk tabung SIMPAN Challenge anda. Pentingnya anda sudah mendapatkan barang yang diperlukan tadi, jangan cuba mencari barang yang harganya seperti yang anda bajetkan sekiranya anda boleh mendapatkan dengan harga potongan.

4) Jika anda mempunyai masa membuat kuih sendiri di rumah adalah lebih baik dari membelinya. Tetapi sekiranya ia memerlukan anda mengambil cuti kerja tanpa gaji AbangAbu cadangkan, supaya dapatkan kuih kuih raya yang telah disiapkan.

Jika anda buat kira kira , anda masih boleh mendapatkan harga yang amat berpatutatan seperti mana wang yang anda perlu belanja jika membuatnya sendiri.

5) Jika anda bercadang untuk membeli hadiah untuk kaum keluarga yang lain, pastikan anda tidak membeli barang barang yang mewah dengan mengunakan wang kredit yang boleh menyebabkan anda menghadapi kesukaran kewangan dimasa akan datang.

INGAT ! Hanya beli hadiah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda, Jangan beli hadiah jika anda tidak bayar secara tunai.

AbangAbu pasti anda boleh menjimatkan antara diantara RM50 hingga RM500 dalam perbelanjaan Hari Raya keluarga anda.

AbangAbu baru sahaja menjimatkan RM500 wang perbelanjaan hari raya tahun ini. Bagaimana?

Tahun lalu AA berbelanja lebih RM1000 untuk perbelanjaan keluarga yang mengandungi 4 orang anak, isteri dan AA.

Tahun ini AA berjaya menjimatkan RM500 RM , pada barangan yang hampir sama , malah lebih sedikit dari tahun lalu.

Tip ini adalah tip yang mungkin tidak sesuai untuk semua , tetapi ini satu cara yang AA rasa sesuai pada diri AA. AA berbelanja hari Raya tahun ini di Johor Bharu.

Walau bagaimanapun anda juga perlu tahu dimana untuk membeli belah di sana kerana harga di kompleks sama juga seperti di Singapura dan ini akan merugikan anda .

Tempat yang sesuai di Johor Bharu adalah di Plaza Angsana.

AA cadangkan anda membuat perancangan yang rapi sebelum membuat keputusan untuk berbelanja hari raya.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk hal-hal yang tidak bermanfaat. Marilah kita renungkan dan menghayati ayat dibawah ini sambil menjadikannya panduan kita dalam persiapan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Israa ayat 26-27, yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Seorang Muslim yang bijak akan mencari jalan untuk terus memanfaatkan barang-barang yang dimiliknya sebaik mungkin, bagi menggelakkan sifat boros sdan pembaziran berlaku.

So, do you think you can save some money for next festive. I know you guys can. We all can. It just a matter either you want  to do it or not.. Ok, see you in the next tip!!

Berapa haribulan??

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta