Salam..

Sgt le lembap daku sekarang nak update blog. Tah ada ke yg membaca blog daku nih.. *sob sob*

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Apa yg kita dah mulakan, haruslah ibuat hingga ke akhir. Moh je la teman2 baca tip seterusnya ye..

TIP #9 – SIMPAN CHALLENGE- BELAJAR DARI KESILAPAN LALU
oleh – AbangAbu

Tip hari ini adalah untuk anda belajar dari kesilapan anda sendiri mahupun orang lain dalam membuat keputusan kewangan.

… mistakes and three tips on

Untuk memulakan , AbangAbu ingin memberikan kesilapan yang telah AbangAbu lakukan sebelum ini dan sebagai pelajaran kepada diri AbangAbu sendiri dan pada yang lain supaya anda tidak melakukan kesilapan ini.

Ada 7 kesilapan yang AbangAbu lakukan pada pendapat AbangAbu telah merugikan.

1. Berbelanja melebihi pendapatan

AA( AbangAbu) pernah berbelanja lebih dari pendapatan untuk waktu yang panjang. Sentiasa membeli apa yang ingin walaupun tidak perlu. Ini telah menjadikan keadaan kewangan yang tertekan sehingga mengakibatkan hutang.

Pelajaran yang AA dapat: Perbelanjaan mesti kurang dari pendapatan.

AbangAbu telah membuat keputusan semenjak hari itu untuk berbelanja kurang dari pendapatan. Yang terbaik 70% dari pendapatan anda.

2. Beli kereta baru

AA merasakan satu kesilapan yang AA lakukan dengan membeli kereta baru . Ini kerana sebaik sahaja saya memandu dari bilik pameran harga kereta tu dah turun 30%.
Adalah lebih baik jika AbangAbu beli kereta terpakai 2 tahun kerana harga untuk kereta yang sama lebih 40%murah. Jangan ingat AA tak minat kereta baru,malah AA suka dengan kereta, Bagaimana pun untuk sekarang AA belum mahu memiliki apa apa kereta pun.Pelajaran yang AA dapat: Beli kereta yang sudah dipakai 2 hingga 3 tahun supaya dapat menjimatkan wang yang banyak.

3. Tidak bayar bil Kad Kredit

Dulu AA memang selalu lambat bayar hutang kredit. Setiap kali lambat akan didenda sehingga RM30 dan ini menyebabkan jumlah hutang melebihi kredit yang diberi.
Kini, AA masih gunakan kad kredit tetapi sebagi kad debit dimana hanya gunakan apa yang ada didalam akaun.Pelajaran yang AA dapat: Bayar bil kad kredit sebelum 1 minggu dari tarikh digunakan. Ada kad kredit yang menawarkan 25 hari tetapi ingat kadang kala akan ditukar oleh pihak bank. Jika anda punyai hutang kredit pastikan anda bayaran bulanan min tetap pada waktu. Tetapkan satu tarikh yang tetap setiap bulan untuk membayarnya.

4. Tidak ada simpanan kecemasan

Simpan kecemasan( Emergency Fund) pada pandangan AA adalah yang kedua penting selepas berbelanja kurang dari pendapatan.

AA telah mengalami keadaan yang tertekan kerana tidak menyediakan simpanan kecemasan yang mencukupi sebelum membuat satu pelaburan yang menyebabkan kerugian yang besar. Dengan mempunyai simpanan kecemasan anda tidak akan terasa tertekan jika sesuatu kesulitan berlaku.

Pelajaran yang AA dapat: Sediakan simpanan kecemasan yang tidak boleh dibelanjaan kan. Juga pastikan mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi sebelum membuat sebarang pelaburan.

AA ada banyak lagi yang boleh dikongsikan tetapi ini antara yang memberikan pelajaran yang amat berguna untuk AA.

And I would be embarassed in …

Kini giliran anda.

Apa kesilapan yang pernah anda lakukan? Apakah yang anda buat sekiranya diberi peluang untuk membetulkan kesilapan tersebut?

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Islam telah mengajar kita erti kehidupan dan menyuruh kita merancang sebaik mungkin masa depan kita dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Marilah kita bersama-sama menghayati sebuah hadis yang mana Nabi Muhammad s.a.w menekankan kepentingan untuk merancang masa depan tanpa mengira waktu dan usia, sama ada kita sihat atau tidak, muda mahupun tua.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Seorang Muslim yang berjaya akan terus memanfaatkan rezeki yang dimiliki dengan sebaik mungkin serta mencari jalan untuk menggandakannya dengan cara yang halal.

Ok, camne? Saya juga banyak melakukan kesilapan mengenai hal kewangan nih. Selalu pakar kewangan sebut spy membuat simpanan, sekurang2nya 30% dari duit gaji. Huuh! Serius itu sgt banyak buat saya. Secara zahirnya, saya mmg tak menyimpan. Saya hanya menyimpan melalui insuran+saving+fund. Itu aje. Kalau korang nak tgk cash, mmg tak jumpa. Lepas bayar bil, duit itu, duit ini, tah apa yg tinggal utk saya pun saya tak tahu. Kadang2 mengikat perut juga utk smapai ke hujung bulan.

Kesilapan lain, penggunaan kad kredit yg tak terkawal. Ish.. mmg teruk. Sekarang daku dah insaf. Saya sdg melakukan proses pembersihan diri dari kad kredit. Saya ada 2 kad saja, saya hanya akan tinggalkan satu utk kegunaan dikala terdesak. Daku insaf!!!!

Teman2, jgn malu utk mengakui kesilapan diri. Ini aalah kelemahan kita. Bila tak nak mengaku, selalu kita akan lebih senang dan cenderung tuk melakukan kesilapan yg sama. Tepuk dada, tanya diri anda. Jadi, ambil langkah dari sekarang (tak payah la tggu tahun baru!!). Mulakan perjalanan baru dlm urusan kewangan anda!!

Sampai jumpa lagi!!!