*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for December, 2009


Simpan Challenge 2009 – Recap

Dec 31, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Alhamdulillah. Selesai sudah kesemua 30 tip utk SC2009.

Macamana? Mampukah anda utk menyahut cabaran ini? Jgn bersedih kalau tak dapat rm1000 tu. Yang penting sekarang, korang dah ada kesemua 30 tip yg Cik Yut keluarkan dari SC2009 yg dianjurkan oleh AbangAbu. Cuba buat setiap bulan ye. Rekodkan. Lihat pencapaian anda pada setiap bulan itu. Ok, mari kita tgk senarai 30 tip itu semula ye. Utk maklumat lanjutan, klik aje pada no tip itu. Ia akan membawa anda ke post yg telah dikeluarkan sebelum ni.

Tip #1 : Sediakan Tabung

Tip #2 : Minta diskaun

Tip #3 : Pelan belanja dapur keluarga

Tip #4 : Mulakan buku nota belanja

Tip #5 : Batalkan niat membeli secara ansuran pd bulan ini

Tip #6 : Hari tidak boleh berbelanja

Tip #7 : Bank dan Anda

Tip #8 : Ubah elok rumah (DIY)

Tip #9 : Belajar dari kesilapan lalu

Tip #10 : Berbelanja musim perayaan

Tip #11 : Rilex

Tip #12 : Menjaga barangan dengan rapi

Tip #13 : Bil telefon bimbit

Tip # 14 : Berkongsi bersama keluarga

Tip #15 : Cara bayar hutang kad kredit

Tip #16 : Jaga kesihatan

Tip #17 : Percutian

Tip #18 : Jimat Air = Jimat Wang

Tip #19 : Di mana anda sejauh ini?

Tip #20 : Bawa bekal makan

Tip #21 : Kemas dan uruskan stor anda

Tip #22 : Jangan belanja untuk menunjuk

Tip #23 : Baca satu buku kewangan

Tip #24 : Cara kurang belanja pengangkutan

Tip #25 : Kurangkan keluar dari rumah

Tip #26 : Bayar sebelum guna

Tip #27 : Denda jika negatif

Tip #28 : Cukai belanja

Tip #29 : Dapatkan secara percuma

Tip #30 : Derma itu membersihkan

Syukur!!! Akhirnya habis jua. Santakla korang baca SC2009 secara berturut2. Marathon namanya nih.. ekkee… Semoga usaha anda akan mendapat imbuhannya.

Simpan Challenge 2009 Tip#30

Dec 30, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial

Salam…

Akhirnya, sampai jua kita ke tip yg terakhir. Tip yg sangat2 mudah dan ringkas. Yang tidak perlu kita simpan.

TIP #30 – SIMPAN CHALLENGE – DERMA itu MEMBERSIHKAN
oleh – AbangAbu

Syabas AbangAbu ucapkan kepada anda semua yang mengikuti dan mengamalkan semua tip Simpan Challenge selama ini.

Hari ini adalah tip yang terakhir. AbangAbu ingin mendapatkan dari anda jumlah yang dikumpulkan oleh anda , AbangAbu ingin mendapatkan jumlah dari setiap peserta dan ingin kumpulkan jumlah keseluruhan dan ingin AbangAbu tuliskan dalam Blog abangabu supaya untuk membuktikan kejayaan anda semua.

Sila balas email ini dengan menyatakan jumlah yang terkumpul. MESTI BUAT!

Hari ini adalah tip yang paling penting. Jumlahkan semua simpanan anda selama ini.

Setelah mendapatkan jumlah, kini anda harus mendermakan sebahagian, samada 1% atau 10% peratus terpulang pada diri anda. Yang paling penting adalah IKHLAS.

Dermakan wang tersebut kepada sesuatu pertubuhan atau rumah anak yatim atau masjid masjid .

INGAT! Yang penting bukanlah berapa yang anda dermakan sebaliknya keikhlasan anda. Sikap menderma ini adalah menandakan anda bersyukur keatasa pemberian dari Allah.

Moga moga derma anda ini akan membawa berkat dan memperbanyakan rezeki serta simpanan anda.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Alhamdulillah, kita telah pun bersama program pendidikan SIMPAN Challenge ini selama 1 bulan. Dan sepanjang 29 hari yang lalu, ruang Pedoman Hidup telah banyak berkongsi tentang urusan kewangan, sifat peribadi, berniaga, kepentingan merancang, keperluan berusaha, amalan-amalan murah rezeki, isu halal haram, hutang-piutang, jenis ujian Allah s.w.t, peranan seorang Muslim serta tanggungjawabnya, dan sebagainya dari perspektif Islam. Kesemua itu adalah Ilmu. Dan Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi tentang ilmu dan kepentingan mengamalkannya.

Ilmu merupakan sebuah alat yang membolehkan kita mencapai segala keinginan kita sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Ilmu bukanlah terhad kepada pengetahuan sahaja, tetapi adalah kombinasi diantara informasi (sama ada dari pelajaran, penyelidikan, pengalaman atau penyampaian dari yang lain), kemampuan untuk mengamalkan pengetahuan tersebut, serta kebolehan untuk menyampaikannya kepada yang lain, dan sebainya. Segala nasihat atau tips yang diperolehi sepanjang Simpan Challenge ini, jaganlah dijadikan sebagai informasi sahaja. Sebaliknya harus diamalkan dan dibudayakan selamanya. Sekiranya pengetahuan kita dapat disesuaikan dengan perubahan kehidupan, maka disitu proses Ilmu sebenarnya telah terjalin. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu kita kerana perubahan dunia ini tidak akan terhenti sehinggalah Hari Kiamat nanti.
Akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ini tidaklah ada nilainya sekiranya kita tidak dapat menempatkan ilmu di dalamnya. Ini kerana akal memerlukan ilmu untuk memperoseskan setiap keputusan atau tindakan kita. Ilmu yang luas membolehkan kita mempuat pertimbangan yang baik lantas menghasilkan kepetusan yang bijak. Marilah kita memandang serius dalam perkara ini, agar ia menjadi pelita kehidupan kita dan ahli keluarga kita. Lebih-lebih lagi, ilmu mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding harta kekayaan. Dalam masa kita sibuk menabung, jaganlah kita terlupa kepentingan ilmu untuk diri kita dan juga ahli keluarga kita.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menginginkan dunia (kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu.”

Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa dan bersungguh-sunguh meneroka ilmu yang baru dengan niat yang ikhlas dan suci.

Tip yang terakhir ini adalah yg paling benar2 berlaku. Maksud Cik Yut, apabila kita mendermakan sebahagian daripa kepunyaan, kita akan dapat lebih dari sebahagian itu kembali. Ini pasti berlaku (syarat: hati mau ikhlas). Cepat atau lambat, sesuatu yg baik pasti berlaku. Cuma kita jgn lah terlalu mengharap balasan itu utk sampai kembali kpd kita ye. Buatlah dgn sepenuhnya rasa keikhlasan tu.Insyallah, keajaiban pasti datang.

Tarikh (kalendar Islam)

Berapa haribulan??

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Fifth Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Third Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Little One

Lilypie Maternity tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Apa Cik Yut tgh buat...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools


Blog Stat


Meta