*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Semalam, lepas Zuhur, dengan keadaan cuaca yg mendung kadang2 hujan renyai2 gitew, En Lan ajak saya pi kiubur nak ziarah allahyarham Azmeer. Saya ajak Ma sekali, dah alang2 dia ada boleh gak dia tahu kat mana pusara si kecil.. Ooohh.. hati saya dah tak keruan.. Berdebar2 rasanya…

Ni pintu masuk ke kawasan perkuburan. Di Sungai Kantan
Akhirnya, sampai jua saya. Setelah 2 minggu berlaku perpisahan itu, akhirnya saya bertemu jua dgn putera yg satu ini. Betapa saya rindukan dia. Awal pagi itu, saya sempat ke hospital untuk check-up. Saya ke sana bersendirian kerana En Lan belum lagi kebah demamnya (malam tu saya tak tidur menjaga buah hati saya ni – demam panas sampai 38 darjah Celcius!!). Bila Dr Mashitah buat ultrasound, nak tgk masih ada lagi uri yg tinggal atau tidak, saya rasa sgt sedih kerana perut saya dah kosong. Padahal 2 minggu lepas, kantung perut itu berisi dan punya degup… (ok, airmata dah turun….)
Tapi, pagi tu, terasa jiwa saya pun turut kosong, pergi bersama arwah. Mmg doktor bgtau saya boleh mengandung lagi, tiada masalah apa2. Tapi langkah awal juga kena ambil. Doktor nasihatkan saya spy menjalani pemeriksaan vaginal swab sekali lagi sebelum benar bersedia untuk kembali hamil. Heheh.. saya mmg tak nak tggu lama.. Kalau ada rezeki, mmg nak cepat!! Insyallah, saya nak dapatkan pengganti arwah.
Ini dia…

Pemandangan dari atas kawasan, sebelum turun…
Nasib saya datang dgn En Lan, Ma dan anak2.. Jadi saya tidak lah buat babak emosi di situ. Kalau saya bersendirian, mau jugak nangis mengongoi kat situ.. Ish.. macamanalah agaknya ibu2 yg kehilangan anak di saat kelahiran, atau sudah menatap wajah anak mereka yg comel?? En Lan ada bgtau yg hati dia akan lebih patah kalau itu g berlaku. Dia sedih dgn situasi ni, tapi tidak begitu sgt kalau nak dibandingkan dgn kehilangan selepas kelahiran. Ye.. Saya bersyukur. Saya juga bersyukur kerana dikelilingi dgn aura2 yg hebat. Sokongan dan semangat yg tak pernah putus buat saya. Saya masih kuat..

Pusara Allahyarham Azmeer bin Azlan
Ada rezeki nanti saya nak buatkan batu utk pusara ni. Kat kawasan ni mmg kebanyakannya pusara2 comel aje. Adala kengkawan arwah. Masa nak balik Azyana bgtau adiknya spy duduk bebaik kat situ. Dia bgtau lagi, nanti kakak dtg selalu tgk adik.. Saya sebenarnya jarang terima dugaan yg hebat2. Tapi saya percaya, dugaan yg Allah beri ini ialah kerana Allah masih sayang dan ingat pada saya. Supaya saya masih terus mengingati Allah dan tidak lalai dariNya.
Ya Allah, ampunilah dosaku sekiranya aku berlaku lalai dgnMu. Sekiranya aku ingkar padaMu. Sekiranya aku menjauhiMu. Terima kasih ya Allah, atas dugaan ini. Kerana aku tahu Kamu masih sayang pada ku. Tidak pernahh sedetik pun Kau melupakan hambaMu ini. Ya Allah, yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lindungilah puteraku. Letakkan dia disampingMu. Peliharalah dia. Syukurku buat Mu tiada berkurang. Amin