Salam…

Hari berlalu demi hari. Saya sudah tidak mampu mengejar masa yg semakin pantas berlalu. Apakan daya kudrat kita, hanya mengikut aturan Allah. W/bagaimanapun, jangalah kita sia-siakan setiap detik itu tanpa perbuatan yg manfaat. Sekalipun diri dalam keuzuran, pastikan lidah dan hati masih tetap bersamaNya.

Ok, hari ni Cik Yut nak post tip ke7. Ish..Tip yang masuk inbox dah nak habis, tapi kat blog baru smp no 7. Maaf ye..

TIP #7 – SIMPAN CHALLENGE – BANK & ANDA
oleh – AbangAbu

Kalau dalam tip 2 AbangAbu minta anda semua meminta diskaun sebelum membuat bayaran apa apa sekalipun, tip hari ini sedikit berlainan tetapi akan menguntungkan anda.

AbangAbu pasti ramai antara anda yang membayar macam macam bil bulanan. Contohnya , Bil elektrik, bil air, bil internet dan macam macam lagi.

Hari ini AbangAbu ingin anda bincangkan mengenai urusan dengan bank. Yang tidak mempunyai pinjaman bank , mungkin anda ada pinjaman dari syarikat atau dari skim pinjaman di tempat kerja anda.

BANK

Adakah anda mempunyai akuan bank? Jika ada, pernah kah anda melihat statement bulanan.

Pastikan anda tidak membayar sebarang yuran atau monthly fee. Ini kadang kadang berlaku jika akaun anda tidak mencukupi , tetapi anda masih boleh minta pihak bank supaya tidak mengenakan anda sebarang bayaran untuk itu.

Kadang kala anda juga akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda tidak gunakan , Anda boleh minta pihak bank menghentikan perkhidmatan tersebut.

INGAT ! Anda tidak perlu rasa takut untuk berbincang dengan pihak bank. Ini sebab AbangAbu sendiri dulu memang takut untuk berjumpa pihak bank.

Bagi anda yang mempunyai hutang bank ( loan) dan tidak dapat membayar dengan tepat pada waktu pasti anda akan dikenakan denda lewat, Anda perlu menghubungi pihak bank dan minta supaya denda tadi dimansuhkan (dipadamkan).

Denda lewat ini telah menyebabkan ramai terpaksa membayar dari RM40 hingga RM60 untuk satu pembayaran lewat. Bayangkan jika anda mempunyai 3 bank yang anda bayar lewat. Ini akan menyebabkan anda kehilangan diantara RM120 hingga RM180 sebulan.

Ini juga selalu berlaku dalam bayaran kad kredit, pinjaman persendirian ( personal loan).

Hari ini, bincangkan dengan keluarga anda serta semak semua urusan dengan bank anda . Pastikan anda tidak membayar sebarang kos yang anda tidak harus membayarnya.

Anda pasti akan berasa senang hati setelah anda berbincang dengan pihak bank. Jangan putus asa jika pada panggilan pertama mereka tidak memberikan butir butir , sebaliknya berjumpa dengan mereka.

Banyak perkara yang akan anda ketahui yang akan membantu anda menjimatkan wang di masa hapadan juga.

Hubungi simpan@nowasia.sg , jika anda mempunyai pandangan serta soalan mengenai tip ini

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Kita sedari bahawa rezeki adalah dari Allah s.w.t dan setiap manusia telah ditetapkan akan rezekinya. Walaubagaimana pun, ketetapan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan usaha dan masa. Sebagai contoh, Allah s.w.t telah menetapkan rezeki Ahmad RM50 sekiranya dia berusaha untuk 5 jam, dan telah menetapkan RM100 sekiranya dia berusaha untuk 8 jam. Begitu juga dengan kesungguhan, ketekunan dan kerajinan yang dilakukan oleh seseorang itu juga mempunyai kaitan dengan ketetapan rezekinya. Apakah sama ganjaran bagi mereka yang berlainan usahanya? Mereka yang berusaha lebih akan mendapat lebih, itulah janji Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 32, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Seorang Muslim yang cemerlang akan terus meningkatkan lagi usahanya serta menetapkan sendiri hala tuju kehidupannya, dan tidak membiarkan masa yang menentukan kehidupannya.