*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
mmm.. sememangnya kehidupan kita penuh dgn dugaan. Selepas satu datang, dtg yg lagi satu. Begitulah caranya Allah menguji kesabaran & ketaqwaan hamba2Nya. Selepas Azyana dan En Lan, nampaknya giliran saya pula yg kena. Saya terima dgn senang hati (bukan sbb boleh dapat MC ye!!). Senang hati sbb Allah sentiasa memerhatikan saya. Memberi saya dugaan supaya saya sentiasa mengingatiNya. Arwah wan (mak kpd mak saya) selalu nasihatkan saya, setiap kali kita mendapat musibah, ucaplah Alhamdulillah. Bukan utk mempersenda, tapi sebagai peringatan buat kita hambaNya. Kalau org lain yg mendapat musibah, ucapkanlah Innalillah.
Nampak gaya sok macam kena MC. Tapi saya sgt tak mau nak MC sbbnya nanti pegawai yg bertugas tinggal 2 org shj. Mau la mengamuk nanti pesakit kat klinik.Tapi, kalau saya duduk kat klinik, nanti takut berjangkit pula dgn org lain. Huhu.. sakit mata bukan satu perkara yg menyenangkan. Dgn gatalnya, dgn pedihnya.
Tgk le esok camne. Kalau doktor bg MC, saya mungkin kerja half day dgn mata sebelah bertutup. Kesian pulak pada yg lain. Kak Ijah balik Terengganu. Rasanya hari ni baru bertolak pulang. En Fendy mmg ambil cuti esok dan lusa, tapi kebetulan pula wife dia ada masalah dgn pregnancy. Adoooi.. Puan pun jadi serba salah. Ada satu je resolusinya utk esok. saya nak suh Kak Rini dan Puan, tgk dulu fail pesakit. Kalau urgent sgt nak wat procedure tu, kita akan buat. Kalau tak urgent, kita bagi appt date yg baru.
Pesakit nih ada satu macam perangai. Tunggu kat klinik lelama, marah. Kita bg appt baru spy depa tak payah tunggu pun marah. Mmg pening..Sbb tu kalau perig klinik memana, saya dah prepared mentall & fizikal. Bawa bekalan siap2, takut kena duduk lelama kat klinik…
Doakan saya cepat sembuh ye!! Banyak kerja nak buat nih…
Salam…
Hari berlalu demi hari. Saya sudah tidak mampu mengejar masa yg semakin pantas berlalu. Apakan daya kudrat kita, hanya mengikut aturan Allah. W/bagaimanapun, jangalah kita sia-siakan setiap detik itu tanpa perbuatan yg manfaat. Sekalipun diri dalam keuzuran, pastikan lidah dan hati masih tetap bersamaNya.
Ok, hari ni Cik Yut nak post tip ke7. Ish..Tip yang masuk inbox dah nak habis, tapi kat blog baru smp no 7. Maaf ye..
TIP #7 – SIMPAN CHALLENGE – BANK & ANDA
oleh – AbangAbuKalau dalam tip 2 AbangAbu minta anda semua meminta diskaun sebelum membuat bayaran apa apa sekalipun, tip hari ini sedikit berlainan tetapi akan menguntungkan anda.
AbangAbu pasti ramai antara anda yang membayar macam macam bil bulanan. Contohnya , Bil elektrik, bil air, bil internet dan macam macam lagi.
Hari ini AbangAbu ingin anda bincangkan mengenai urusan dengan bank. Yang tidak mempunyai pinjaman bank , mungkin anda ada pinjaman dari syarikat atau dari skim pinjaman di tempat kerja anda.
BANK
Adakah anda mempunyai akuan bank? Jika ada, pernah kah anda melihat statement bulanan.
Pastikan anda tidak membayar sebarang yuran atau monthly fee. Ini kadang kadang berlaku jika akaun anda tidak mencukupi , tetapi anda masih boleh minta pihak bank supaya tidak mengenakan anda sebarang bayaran untuk itu.
Kadang kala anda juga akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda tidak gunakan , Anda boleh minta pihak bank menghentikan perkhidmatan tersebut.
INGAT ! Anda tidak perlu rasa takut untuk berbincang dengan pihak bank. Ini sebab AbangAbu sendiri dulu memang takut untuk berjumpa pihak bank.
Bagi anda yang mempunyai hutang bank ( loan) dan tidak dapat membayar dengan tepat pada waktu pasti anda akan dikenakan denda lewat, Anda perlu menghubungi pihak bank dan minta supaya denda tadi dimansuhkan (dipadamkan).
Denda lewat ini telah menyebabkan ramai terpaksa membayar dari RM40 hingga RM60 untuk satu pembayaran lewat. Bayangkan jika anda mempunyai 3 bank yang anda bayar lewat. Ini akan menyebabkan anda kehilangan diantara RM120 hingga RM180 sebulan.
Ini juga selalu berlaku dalam bayaran kad kredit, pinjaman persendirian ( personal loan).
Hari ini, bincangkan dengan keluarga anda serta semak semua urusan dengan bank anda . Pastikan anda tidak membayar sebarang kos yang anda tidak harus membayarnya.
Anda pasti akan berasa senang hati setelah anda berbincang dengan pihak bank. Jangan putus asa jika pada panggilan pertama mereka tidak memberikan butir butir , sebaliknya berjumpa dengan mereka.
Banyak perkara yang akan anda ketahui yang akan membantu anda menjimatkan wang di masa hapadan juga.
Hubungi simpan@nowasia.sg , jika anda mempunyai pandangan serta soalan mengenai tip ini
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Kita sedari bahawa rezeki adalah dari Allah s.w.t dan setiap manusia telah ditetapkan akan rezekinya. Walaubagaimana pun, ketetapan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan usaha dan masa. Sebagai contoh, Allah s.w.t telah menetapkan rezeki Ahmad RM50 sekiranya dia berusaha untuk 5 jam, dan telah menetapkan RM100 sekiranya dia berusaha untuk 8 jam. Begitu juga dengan kesungguhan, ketekunan dan kerajinan yang dilakukan oleh seseorang itu juga mempunyai kaitan dengan ketetapan rezekinya. Apakah sama ganjaran bagi mereka yang berlainan usahanya? Mereka yang berusaha lebih akan mendapat lebih, itulah janji Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 32, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Seorang Muslim yang cemerlang akan terus meningkatkan lagi usahanya serta menetapkan sendiri hala tuju kehidupannya, dan tidak membiarkan masa yang menentukan kehidupannya.
Salam…
Kegilaan saya terhadap jahit menjahit masih belum pudar. Sebenarnya selain dari menjahit tudung, banyak projek yg bersusun nak dibuat dgn mesin jahit tercinta itu. Tapi dek kepayahan mencari masa (masa mmg ada, tapi anak2 gemar menjahit bersama (mak pijak pedal, depa pun nak pijak pedal!!), jadinya projek itu tersimpan aje lah.
Bagaimanapun, alhamdulillah. Dlm kepayahan itu, dapat juga saya menjahit 2 tudung pada 1 malam. Satu tudung mmg dah bercantum dgn awning, cuma tinggal nak siapkan aje. Satu lagi dah siap cantum awning tapi nak kena tetas balik. Yang paling best ialah satu tudung itu ialah jersey+jersey (maksudnya body jersey, awning jersey). Selalunya saya jahit jersey+thai silk atau jersey+cotton. Fuuuh..sgt le payah nak jahit jersey+jersey nih.. Apa-apa pun tgk aje lah hasilnya..

Hehehe… Si Patung yg pakai.heheh.. Akhirnya, dapat juga satu kepala. Ingatkan mahal le sgt Cik Patung nih. Murah je. Saya beli kat San Peng sana. En Lan yg teman gi beli.. Syoooknya!!

Yang belah kanan tu utk pakan sendiri. Yg belah kiri tu, sama dengan yg Cik Patung pakai. Ni ownernya tempah 6 helai. Baru siap satu. huhu.. Sebenarnya mmg sgt tak produktif. Tapi nak buat camne. Menjahit bila nampak boleh pegang mesin. Mmg le lambat. Dah AZ the Duo tu tidor lambat sgt. Tu yg payah tu. Kalau kita ajak dia tidur, mak dia gaklah yg tidur dulu.. Gambar yg bawah tu ialah hasil pertama menjahit menggunakan twin needle. Alhamdulillah, berjaya juga. Lepas ni nak letak bling2 plak. Tudung mana lah yg akan menjadi tudung pertama with the bling2 tu.
Ok, sampai jumpa lagi!!!