*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ni tip yg ke 6. Maaf atas kelewatan. Pasti ramai yg ternanti2.
TIP #6 – SIMPAN Challenge – HARI TIDAK BOLEH BERBELANJA
oleh AbangAbuAnda dah sampai ke tip hari 6. AbangAbu pasti tip tip selama ini ada yang mencabar sekali buat anda sekeluarga. Kongsikan pengalaman anda bersama abangabu ke email simpan@nowasia.sg atau abangabu@nowasia.sg
Hari ini satu lagi tip yang amat mencabar untuk dimulakan tetapi akan menjadi satu tip yang boleh memberikan RM50 – RM500 sebulan ke tabung SIMPAN Challenge.
Buy nothing day – How To Survive A No Spending Day To Save Money
Hari ini anda harus bincangkan dengan keluarga anda berapa anggaran perbelanjaan setiap hari.
Contohnya belanja- Hari ahad RM20 , Hari Isnin RM40, Hari selasa RM30, Hari Rabu RM60 , Hari Khamis RM50 , Hari Jumaat RM45 , Hari Sabtu RM15. Jumlah RM260.
Dapatkan jumlah purata harian = RM260/7 = RM37.15
Setelah anda sudah dapatkan purata perbelanjaan harian anda , kini anda harus memilih satu hari dalam seminggu yang anda tidak akan berbelanja. Bincangkan bersama keluarga anda dan sama sama tetapkan hari tersebut.
Untuk hari yang telah ditetapkan itu anda sekeluarga tidak boleh berbelanja malah jumlah purata yang anda kirakan tadi harus dimasukan kedalam tabung SIMPAN Challenge.
Anda tidak boleh membeli apa apa pun hari tersebut samada mengunakan wang tunai atau kad kredit anda.
AbangAbu pasti ramai akan mempunyai soalan mengenai tip hari ini kerana ianya mencabar sekali. AbangAbu akan menjawap segala pertanyaan anda , itulah matlamat AbangAbu.
Pastikan hari yang dipilih disetuji oleh semua ahli keluarga dan praktikan tip ini.
AbangAbu ingin sekali tahu apa anda semua lakukan dengan tip ini.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Wang dan harta adalah merupakan antara perkara yang terpenting dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana banyak perkara dalam kehidupan seharian kita berkaitan dengan urusan wang. Tidak terlepas juga dalam urusan ibadah, wang juga turut berperanan seperti contoh ibadah haji dan waqaf. Oleh yang demikian, agama Islam telah banyak memberikan panduan dan peringatan tentang pengurusan kewangan seharian kita, iaitu dari cara mendapatkannya, menyimpannya hingga membelanjakannya. Seorang Muslim yang berjaya menguruskan kewangan dengan baik akan diberkati dirinya serta hartanya di dunia dan mendapat keselesaan di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” [Riwayat Ibn an-Najjar
Boleh ke kita buat satu hari tanpa membeli belah?? mmm.. Yakinkan diri. Alhamdulillah. Saya berjaya membuat satu hari tanpa pembelian. Tapi malangnya, saya mmg tidak membeli apa-apa kerana peruntukan pada hari itu mmg dah takde.. >_< heheh… Tapi, bayangkan kalau perbelanjaan anda pada hari itu berjaya disimpan. Kalau setiap minggu kita buat, dalam sebulan kita boleh dapat RM40 (ni kalau perbelanjaan sehari adalah RM10). Jadi kalau dalam setahun, kita dah berjaya kumpul RM480. Waaaah… banyak dah tu. Belum campur lagi simpanan yg kita dah buat melaui tip-tip yg lepas. Apa lagi, mulalah menyimpan sekarang ye!!!
One Response for "Simpan Challenge 2009 Tip #6"
[...] Tip #6 : Hari tidak boleh berbelanja [...]
Leave a reply