Salam…

Di pagi yg hening ni saya bersiaran dari Kg Pandan. Minggu ni ada course di Hotel Renaissance. Kereta plak nak kena gi servis. Jadi, anak2 kenalah letak kat mak. Kalau tak dtg pun, nanti mak mesti tanya cucu2 nye. Jadi kita serah diri je.. heheh. Nampak gaya saya kena keluarkan tip-tip Simpan Challenge 2009 dgn lebih kerap. Ni baru yg ke-5. Masih banyak lagi tip yang perlu dikongsi dgn pembaca.

Meh kita baca tip hari ni ye.

TIP #5 – SIMPAN Challenge – Batalkan Niat Membeli barangan ansuran bulan ini

Semangat AbangAbu semakin kuat dengan respon respon dari semua peserta SIMPAN Challenge. Hari ini adalah Tip 5. Harapan AbangAbu semua yang sudah mendapat Tip harian dah mula lakukan.

INGAT !

ILMU untuk diAMALKAN !

TIP untuk di PRAKTIKKAN!

Membeli barangan barangan keperluan dalam bentuk ansuran adalah satu kesilapan yang besar dikalangan masyarakat kita.

Hari ini adalah satu cubaan besar untuk ramai peserta, kerana dengan musim perayaan ramai tidak mahu ketinggalan dalam memperbaharui perkakas serta barangan lama.

1) Hari ini AbangAbu mahukan anda batalkan semua barangan yang anda cadang untuk membelinya dalam bentuk ansuran bulanan.

2) Anda hanya boleh membeli barangan tersebut jika anda mempunyai wang tunai yang di peruntukan untuk barangan tadi. ( mulakan menabung sebahagian wang anda untuk membelinya dengan tunai)

3) Barang Barang seperti TV, Peti Ais, Audio, Perabut , Home Movie System atau apa apa jua barangan sama sekali pun termasuk carpet, baju exclusive dan sebagainya. Tidak boleh anda membeli jika tidak mempunyai wang tunai yang telah anda kumpulkan untuk membeli benda benda tersebut.

4) Walaupun anda mempunyai wang tambahan , jangan membeli dalam bentuk ansuran. Kerana anda akan membayar lebih 30% hingga 300% kali lebih dari harga belian anda.

Contoh : Harga Barang RM600 , bayar RM39 sebulan X 48bulan = RM 1881

( bayar lebih RM1200)

5) Gunakan perkakas dan barang barang yang sudah ada dan masih boleh digunakan. Hanya beli jika anda betul betul perlu menukarkan dengan wang yang telah anda kumpulkan untuk barang tersebut.

INGAT ! Anda tidak boleh gunakan wang tabung SIMPAN Challenge. Sebaliknya jika anda ingin membeli barangan tersebut mula masukan duit ansuran yang mungkin anda perlu bayar jika anda membelinya sekarang ke tabung Simpan Challenge dan tuliskan di satu nota sebagai ingatan anda.

TIP ini membawa kembali pada satu ketika dulu AbangAbu juga pernah melakukan kesilapan ini yang menyebabkan AbangAbu terkandas dalam kancah tikus dimana bayar macamana sekali pun masih bertimbun dengan hutang ansuran. Dan masa itu AbangAbu sedar akan bahaya pembelian ansuran lebih lebih lagi yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi.

Jadi , Batalkan Niat anda untuk membeli secara ansuran.

Dengan tip hari ini anda boleh menjimatkan diantara RM20 – RM 300 sebulan.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Seperti mana yang diketahui, Allah s.w.t telah menyediakan banyak rezeki untuk manusia di muka bumi ini. Setiap di antara kita mempunyai ujian yang berbeza-beza dalam mendapatkan rezeki. Untuk mendapatkan rezeki tersebut, kita perlu berusaha dengan gigih selain bersabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Ini kerana sebaik-baik rezeki adalah dari hasil usaha diri kita sendiri.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: ” Tidaklah seorang di antara kamu makan suatu makanan lebih baik daripada memakan hasil keringatnya sendiri. ” (HR Baihaqi)

Dalam hadis lain Nabi bersabda: “Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri.” (HR. Bukhari)

Janganlah kita jemu untuk berusaha kerana seorang Muslim yang berjaya akan terus berusaha dan tabah menghadapi ujian selain bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan setiap rezeki yang diberikan.

Ok, macamana dgn tip hari nih. Ish… yelah kan. Kalau beli secara ansuran, mmg kita bayar bunga je. Cukup2lah kita beli rumah dgn kereta dan bayar secara ansuran. Mmm.. wishlist Cik Yut lepas ni nak buka tabung utk beli laptop. Simpan sket2 dlm tabung tu spy dpt beli netbook utk diri sendiri..huhuhu…Ingat, jangan guna wang yg dikumpul dalam tabung Simpan Challenge!!

Sampai jumpa lagi!!