Salam…

Sebelum saya ke Hospital Serdang utk perjumpaan dgn kumpulan sokongan, saya sempat le basuh kereta, basuh porch bagai. Geram nengok lantai porch tu dah bertukar warna. Dok kita sibuk membasuh kereta, dua beradik ni pun join jugak. Tapi gambar masa kejadian ni takde sbbnya tukang ambilnya takde. Hp plak masa tu kat dlm rumah. Dah tak kuasa nak masuk semata nak ambil hp dgn baju yg basah. Lepas basuh kereta, dua beradik ni sibuk nak mandi kolam. Adoooi. Udahle tadi dah perabis air basuh kereta, nak mandi kolam plak. Kolam kami tu besar. Tapi selalunya tak pernah penuh pun. Agak2 dua beradik ni suka,udahle.

Gambar di bawah mengandung unsur-unsur 18SX. Sila alihkan perhatian anak2 anda ke tempat lain…

mandi

Tgk lah cara dua beradik ni meng’enjoy’kan diri. Kita dah bagi kolam besar tu, tapi baldi tu juga yg menjadi perhatian. Dulu ada kolam yg kecil sket. Tapi sbb dah selalu pakai (masa kat rumah mak), adalah yg bocor. Nak gi cari yg baru malas. Kalau nak tggu penuh yg besar ni, nahas lah. Tah berapa liter tah nih..

Lepas mandi-manda tu diorang ikut wan dgn atuk balik Kg Pandan. Heheh.. heaven sat duk rumah. Tapi sat je. Pasti mak pak dok cari balik anak2 nih.. ekkkee… Sok Ahad tu, lepas Zuhur kami pi majlis aqiqah dan cukur jambul anak Mimi Arifa, teman saya yg sama belajar kat matrix dan U. Ish.. geram sungguh nengok. Puas dah budak tu ku gomol dan cubit.. heheh Korang tgk nih…

aqiqah arissa

See… Tak ke geram. Mana tak tembam cenggitu. Ngopek!! Pandai plak tu tgk kamera. Ish… Nama si cilik yg dirai ni ialah Arissa Safiyyah bt Mohd Azri. Kepanjangan sungguh nama mu nak. Cik Yut ni mmg alah sket dgn nama yg pepanjang. Tapi setakat dua patah tu ok lagi. Jangan yg berpatah2. Ngeri nak membacanya.

Ok…sampai jumpa lagi!!