Salam…

Selepas melalui hari yg indah petang tadi bersama support group HS, entah macamana saya dilanda rasa yg kurang enak. Bukan kurang enak. Lebih kepada remuk rasa. Entah dari mana dtgnya perasaan itu. Saya mmg sedar dgn keadaan diri saya yg belum sembuh sepenuhnya. Dalam keadaan diri yg belum dapat solat sepenuhnya. Sbbnya ada masanya saya masih didatangi tanda merah. Saya juga belum dapat bangun dari katil seawal pagi macam yg saya buat sebelum kejadian.

Kerasukan agaknya. Saya selalu berfikir, agaknya meroyan tu jadi macam ni lah kot. Bila diri kita dlm keadaan tidak suci, diri kita semakin jauh dari Pencipta. Oleh itu syaitan semakin dekat dgn hati kita. Sememangnya dlm seminggu ni fikiran saya senang terlayang. Senang utk berfikir perkara yg bukan2. Saya mudah lemah emosi. Tapi saya mmg pandai utk sorok emosi itu. Dlm seminggu kerja ni, mmg ramai yg rajin bertanya keadaan saya, dan juga bertanya mengenai peristiwa itu. Kadang2 sambil bercerita, saya dibuai emosi. Cuma mereka je tak tau.

Alhamdulillah. Selepas bercakap dgn Kak N tadi. Setelah mendengar cerita2 dari Kak N. Mengutip sedikit petua dan amalan, hati saya jadi tenang balik. Terasa lega, bagai hilang beban. Lapang sedikit fikiran. Terima kasih kak!! Sebenarnya petuanya mudah aje. Kembalikan diri kita kpdNya. Serahkan kembali jiwa dan raga ni kpd yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Ye, itulah yg sebaik mungkin. Mmg itu yg patut saya buat. Tapi dek sbbkan terlalu melayan perasaan, membiarkan syaitan memporak-perandakan jiwa saya yg masih belum sembuh ni.

“Ya Allah, utk selama mana pun, aku masih hambaMu yg lemah, yg tak punya apa-apa daya tanpa keizinanMu. Berikanlah kekuatan, kembalikanlah semangatku yang hilang itu. Sesungguhnya, aku mengerti setiap kejadian itu adalah di atas kehendakMu. Ya Allah, janganlah sesekali Kau melupai aku, walaupun ada tikanya aku melupai Engkau. Ampunkanlah segala dosa-dosaku di atas perbuatanku itu. Pada Mu aku memohon, pada Mu aku meminta dan pada Mu aku berserah. Tetapkanlah hati, tunjukkanlah jalan. Permudahkanlah segala urusan untuk ku.”  Amin