*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
![]()
Salam…
Dah berapa hari ye selepas saya keluarkan tip #1? Ok, hari ni sambil ditemani Azzalea yg sedang menonton Geng Pengembaraan Upin & Ipin, saya nak kongsi pula tip #2. Dah sedia semua??
Simpan Challenge Tip Hari #2: Minta diskaun / Tawar
oleh – AbangAbuAbangAbu pasti semua sudah jalankan TIP Sebelum ini.Hari ini AbangAbu ingin kongsikan satu tip yang boleh membuatkan anda kurang senang.
Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun , tanya saja.
How to Save Money by Shopping Online
AbangAbu serta rakan rakan telah mengamalkan tip ini dan telah berjaya mendapat diskaun yang tidak disangkakan. Pernah dapat diskaun di KFC hampir 20% ( RM6), tambang taxi (extra fare diberi diskaun RM7.20), di pelbagai pasar raya juga.
AbangAbu mahu ini menjadi satu sifat anda , dan dengan amalan ini anda akan terkejut jumlah diskaun yang akan anda perolehi dalam masa 30 hari. Lebih lebih lagi di musim perayaan. INGAT dimana jua MINTA DISKAUN.
Semua diskaun yang anda perolehi juga harus dimasukan dalam tabung yang telah anda sediakan.
Contoh:
Dengan amalam meminta diskaun anda boleh menjimatkan dan menabung diantara
RM20 – RM200 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Islam telah memberikan kita pelbagai panduan dalam kehidupan termasuk cara menguruskan kewangan dan perbelanjaan. Panduan tersebut hendaklah dijadikan rujukan utama agar kita mempunyai pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu benda sebagai contoh. Seorang Muslim yang bijak akan membuat pertimbangan dari segi keperluan, kemahuan serta kemampuan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 67, yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu”.
Haaah.. Macamana plak dgn tip #2 ni? Rasa2 ada berani tak nak minta diskaun kat KFC? Mau ke diorang layan kita? heheh.. Selalunya ada kupon je yg diorang terima kan. Haa.. tempat yg kita selalu boleh minta diskaun ialah di warung atau kedai makan. Buat je muka tak malu..heheh.. Kita nak bayar aper.. Bukannya kita nak makan FREE. Cuma nak suh dia kurangkan rege jee..
Yang penting, kalau korang dah dapat diskaun, simpan lebihan tu dalam tabung yg kita dah sediakan masa tip #1 dulu. OK ka bah? boleh bukan. Senang ajer ni.. Kalau korang buat dgn famili, jgn lupa bincang2 dgn ahli keluarga yg lain, bagaimana nak menjayakan tip #2 ni. Pasti lagi meriahkan.
Ok.. sampai jumpa lagi!!
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Leave a reply