title

Salam…

Sya telah mendaftarkan diri utk menyertai Simpan Challenge 2009 – bercita2 utk mengumpul RM1k dalam masa sebulan. Walaupun saya dikenakan bayaran utk menyertai challenge ini, tapi saya rasa wajar utk saya kongsi tips2 ini bersama anda semua. Bagaimanapun, saya tidak akan mengeluarkan tips itu setiap hari. Jadi sila tggu dengan sabar utk mengumpul semua tips yg diberikan oleh AbangAbu kpd saya. >_<

Simpan Challenge Bersama AbangAbu
Tip Hari #1: Sediakan Tabung

Tahniah kerana anda menyertai kempen SIMPAN Challenge. Kempen untuk memupuk sifat menabung dikalangan masyarakat melayu.

AbangAbu syorkan supaya seluruh keluarga bersama sama bincang dan lakukan tip tip yang diberi dalam kempen SIMPAN Challenge kerana cara ini memberikan kesan yang paling baik

Sediakan satu tabung kosong (container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

*Hari pertama AbangAbu mahu anda sediakan satu tabung kosong.

*Mulai hari ini semua duit syiling yang anda bawa pulang kerumah hendaklah dimasukan kedalam tabung ini.

*Duit syiling yang anda jumpa di lantai, bilik atau dimana mana dalam kawasan rumah anda mesti dimasukkan kedalam tabung ini.

*Duit yang masuk kedalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa apa tujuan sekalipun sehingga diberitahu kelak.

Contoh :

“Jika anda hanya masukan RM2 sehari maka itu sudah mencapai RM60 dalam masa 30 hari”

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 17, yang bermaksud: “Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan”

Dalam kita menabung atau berbelanja, hendaklah kita pastikan sumber kewangan kita hanya dari hasil yang diyakini bersih serta diredhai Allah s.w.t. Sumber yang halal merupakan salah satu faktor pencorak personaliti individu Muslim yang baik.

Ok, bagaimana dgn tips pertama. Mudah bukan. Saya dah boleh agak dah tips pertama ni apa. Jadi saya dah siapkan dah tabung ni awal2 lagi.. Anda pula bagaiman? Siapkan tabung sekarang juga ye..

Sampai bertemu di tips #2.