*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…

Simpan RM1000 dlm masa sebulan?? Biar betoi. Biar le gaji RM800 ke, gaji RM900 ke,kita masih boleh menyimpan.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut,boleh klik sini. Ini adalah hasil idea Dr Irfan Khairi (mentorku!!) dan Abg Abu (dari Singapura).
Mari bersama2 sertai program nih..
Apa itu Simpan Challenge?
Simpan Challenge adalah satu kempen menggalakkan budaya menyimpan dikalangan masyarakat Malaysia dengan menggunakan tip dan strategi menyimpan yang mudah dan praktikal.
Misi Simpan Challenge adalah untuk memberi tip dan strategi menyimpan kepada anda setiap hari supaya anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari!
Apa yang saya akan dapat apabila saya menyertai Simpan Challenge?
Anda akan menerima tip, strategi dan juga pedoman hati setiap hari selama 30 hari melalui email. Tip dan strategi kewangan yang diberikan adalah mudah dan praktikal untuk membolehkan anda mencapai misi Simpan Challenge iaitu menyimpan sebanyak RM1,000 dalam masa 30 hari. Pedoman hati juga berbentuk nasihat dan motivasi diri untuk memperkukuhkan rohani kita dalam menyimpan & menjana pendapatan.
Tip, strategi dan juga pedoman hati di hasilkan oleh ikon-ikon seperti Irfan Khairi, Abang Abu, Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Dr Tuah dan ramai lagi ikon Telaga Biru Sdn Bhd.
Sekiranya gaji saya adalah RM800 sebulan. bagaimana saya hendak menyimpan RM1,000 sebulan? Mustahil!
Tiada apa yang mustahil di sini. Anda bukan sahaja akan menerima tip menyimpan, tetapi juga menjana pendapatan tambahan daripada ikon Irfan Khairi & Abang Abu pada setiap hari.
Adakah apa-apa bayaran untuk menyertai Simpan Challenge?
Ya. Bayaran untuk menyertai Simpan Challenge adalah hanya pada RM10 sahaja. Yuran kecil ini adalah untuk kos pengurusan Simpan Challenge. Ia juga adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang menyertai Simpan Challenge adalah dikalangan mereka yang benar-benar komited untuk membuka email yang diterima setiap hari.
Simpan Challenge akan menjadi tidak efektif sekiranya tiada komitmen pada pihak peserta. Sekiranya Simpan Challenge adalah percuma, pastinya, ramai yang tidak akan membuka email dan melakukan tip dan strategi yang disarankan setiap hari. Anggap bayaran kecil RM10 ini sebagai komitmen anda untuk mengikuti cabaran ini dalam masa 30 hari.
Namun begitu, janji kami kepada anda, sekiranya dalam masa 30 hari, anda tidak dapan menyimpan walaupun RM10 dengan mengikuti tip-tip yang diberikan, kami akan memulangkan wang pendaftaran anda sebanyak RM10 tanpa sebarang soalan. Janji ini adalah untuk memastikan anda mendapat manfaat lebih daripada yuran pendaftaran yang dikenakan.
OK! Saya ingin menyertai Simpan Challenge. Apa yang perlu saya lakukan?
Tahniah kerana mengambil keputusan dalam mencabar diri anda didalam Simpan Challenge. Untuk menyertai, klik di sini!
Kredit to Dr Irfan Khairi and Abg Abu!!! >_<
*sticky post – Sempena dgn kempen bulan kesedaran kanser payudara – post terbaru di bawah ye >_< *
Salam…
Remember tak? Cik Yut pernah bgtau uolls yg bulan Oktober ni penuh dgn sambutan (selain my birthday laa!!). So, AliceWonders.com telah melancarkan kempen “GOT BOOBIES”. Sambil anda membeli di AliceWonders.com, anda juga menderma kepada National Cancer Society Malaysia.
Tahukah uolls bahawa kanser payudara merupakan musuh utama wanita, selain dari kanser pangkal rahim (serviks). Udahle payudara tu merupakan aset utama kaum wanita. Memang cakap senang, takde boobs pun boleh cari makan. Itu kalau muka lawa la.. Kalau rasa muka ala sedang2 gitew, payah gak…hehehhe… >_<
Ujian Pengesanan Sendiri Payudara (PSP) merupakan langkah awal utk mencegah kanser payudara. Lakukan ujian secara sendiri di rumah pada setiap enam bulan (bagi wanita berumur kurang 30 tahun), dan pemeriksaan lebih kerap bagi wanita berumur 40 tahun ke atas. Untuk keterangan lanjut, boleh klik sini. Terima kasih kepada kitasihat.blogspot.com kerana telah menyediakan info yg begitu terperinci sekali.
Apa yg di tunggu lagi kengkawan. Moh pakat reramai utk buat PSP. Cegah sebelum terkena.