*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam sayang buat semua…
Memang Cik Yut jarang2 update blog. Tapi Cik Yut tak sangka kali ni terpaksa update perkhabaran sedih buat semua. Semuanya berlaku sekelip mata. Walau sehebat mana manusia merancang, hebat lagi percaturan Allah. Tiada apa yg dapat menghalang, tidak walau sesaat pun. Cik Yut minta teman2 jarang risau keadaan Cik Yut. I’m fine. It just I’m not in situation to talk (verbally). Biarlah Cik Yut cerita tru my humble blog nih.
Hari Ahad (18 Oktober 2009), tarikh yg perlu Cik Yut ingat sbbnya itu ialah tarikh Cik Yut melahirkan dan kehilangan putera sulung Cik Yut. Kronologinya begini, Cik Yut sakit perut pada hari Jumaat malam Sabtu tu. Kebetulan Cik Yut kat rumah mak sbb mak nak buat open hse. Jadi kita mestilah pergi tolongkan. Dahle si Su dah takde. Tapi Cik Yut dah cakap kat mak yg Cik Yut tak larat. Perut sakit sgt. Tapi takde rasa contraction. Bila dah lewat mlm mcm tu, Cik Yut pi tido. B4 nak lelap, sempatla berguling2 dulu atas tilam. Pastu baru le selamat lelap. Esoknya bangun pagi dlm pukul 6 mcm tu, terus sakit tu menangkap balik. Cik Yut call hospital minta no gynae yg selalu Cik Yut jumpa kat Hospital Pusrawi Kajang, Dr Mashita. Depa kena call Dr dulu minta izin then baru Cik Yut dapat no dia. I called my Dr and asked what to do. So, she asked me to wait if the pain still continue, is there any contraction. Masa tu mmg takde contraction. Sakit je memanjang.Dr Mashita asked me to have urine test takut kena UTI (Urinary tract infection). Later dlm pukul 7 – 7.30 am. Dah ada rasa contraction. Cik Yut ajak Cik Lan pi Pusrawi sbb pagi tu Dr Mas punya klinik. Walaupun start lambat, tapi saja nak pegi awal. Tapi sempat plak En Lan ajak gi sarapan dulu.. Belasah je. Perut pun lapar gak nih.
Sampai kat Pusrawi, just nice pukul 8.30am. Cik Yut bgtau budak kaunter yg Cik Yut nak buat urine test dan nak jumpa Dr Mas. So I waited at the usual waiting bay before entering Dr Mas’s room. Yet, they called me to go to the outpatient room. Cik Yut bgtau Dr MO tu yg Cik Yut nak jumpa Dr Mas. Dia kata takpe. He can treat me. So, Cik Yut terima je. Lepas jumpa dapat ubat, kami balik KL. On the way balik Cik Yut nak makan ubat, so Cik Lan pi kedai cari air. (What the most I regret is, nape la Cik Yut tak tggu je lagi kan utk jumpa Dr Mas??) So dalam kete makan ubat. Yet my pain is getting worse. Sampai rumah mak, Cik Yut terus cari tilam. Sambung guling2. Sakit teruk. Memang teruk. Ingat masa tu darah dah nak melimpah dah. Agak2 dalam 1/2 ke sejam dah berguling, baru Cik Yut dalam lelap. Bangun tido, pi toilet tengok ada staining. Terus Cik Yut called Dr Mas. Bgtau semua yg berlaku dari klinik smp rumah. Dia pun tak tau yg Cik Yut dah smp spital pepagi tu. Masa tu Dr Mas suruh monitor dulu staining tu, makin byk ke tak. Contraction ada ke tak. sbb urine test yg Cik Yut buat pagi tadi mmg confirmed UTI. S/times UTI pun boleh sbbkan blood staining.
Jadi kita pun wait and see. Petang macam ok dah. Perut just sakit mild2 gitew. Tapi blood masih keluar macam darah. Tatiba menjelang senja, Contraction jadi balik. OOhh.. perut tak leh tahan dah. Call Dr Mas, bgtau yg Cik Yut nak jumpa dia juga. So, dia suh dtg spital. Kat spital dia check mmg ada blood kat serviks. So dia buat vaginal swab nak tau apa yg sbbkan infections. Dia bgtau ada dua, candiditis or GSB.(sorry guys, I cant recall the name).. Check baby condition. Heart beat ok. takde opening. So, tarik nafas lega. Alhamdulillah. Balik umah. Makan ubat, tido. Later tah pukul bape, perut sakit balik. Worst. worst then before. Rasa mcm nak tercabut nyawa pun ada. Abis tgn Cik Lan kena pulas.
Sok pagi bangun, tgk ada water stain. Tapi tak byk. Sikit je. So rasa relief jap. Ok.. bukan darah ke ape ke kan. So kita pun pegi mandi, nak wat apa2 yg patut mengikut kudrat yg ada nih. Masa tgh sarapn tetiba,pop pop pop…. Seluar Cik Yut basah je dah… Alamak… Apalagi terus call Dr Mas lah..Dia suruh immediately go to hospital. Tapi b4 pegi, sempat lagi Cik Yut kemas brg. Yelah, kami kat KL. Ni nak ke Kajang, dah dekat dgn Bangi. Boeh balik rumah terus kan.. Pack sana, pack sini..MAsuk budak dlm kete, terus gerak. Sampai spital Dr Mas terus scan baby dulu. Yup, mmg air dah pecah, kering dah. Yet at that time baby is still alive. But not for long as the lung cant hold without air ketuban tu kan. Opening pun dah ada 1cm. Just have to wait until it reach 3-4cm. Nanti baby akan keluar sendiri. Oh…masa tu dah sedih. I knew that Cik Lan will be so sad and devastated. Yelah, after 2 princesess, he so happy to know that the 3rd one is prince. I tried to be calm as much as I can.
Kat ward, Cik Yut duduk je lah tggu masa. En Lan bawa anak2 balik. Later mak dgn bapak dtg. Cik Yut suruh depa pi balik Bangi dulu sbbnya tak tau la pukul bape baby nak keluar. masa tu dah jam 1 agaknya. Lama juga lah nak tggu. Berguling2 atas katil. Usap perut, usap pinggang. Dalam pukul 5pm macam tu sakit dah makin kuat. Cik Yut usap perut. Cik Yut cakap perlahan2..Adik, kalau adik nak pergi, pergilah. Ibu redha. Ibu tetap sayang adik. Pup..tetiba je dia keluar… Kelam kabut ler Cik Yut tekan loceng panggil nurse. dah masuk labour room, Dr Mas pulak lewat. Mmm..Kajang kan sesak petang2 Ahad nih.. Takpe tggu je.. Cik Yut istighfar bebanyak. Dalam 5.30pm Dr Mas sampai, terus tarik baby keluar. Dah selesai tarik baby, nak kena tarik uri pulak. Dr Mas sedaya upaya cuba keluarkan sendiri. Tapi masih ada juga yg tertinggal. Jadi kena la buat D&C. Masa tu Cik Yut dah mamai pun sbbnya Dr nak buat masa Cik Yut dalam keadaan tidur.
Bangun2 je bilik dah gelap. En Lan dgn mak dan bapak ada kat luar labour room nak uruskan jenazah. Semuanya siap malam tu jugak. Lepas Isyak. Kat bawah ni ada gambar baby. Kalau berani tgk, tgk lah ye… Truly, I had a hard time during that first night. I cant sleep. I cried a lot. Later, I asked panadol from the nurse to help me to sleep.

Ni gambar ultrasound yg baru diambil masa check up 15 Oktober 2009. Masa ni baru tahu baby boy.

Dah sempurna sifatnya. Cuma masih kecil sebesar tapak tgn lelaki dewasa.

Ni kain kapan utk adik.

Adik dah siap dikapankan. Kemudian, En Lan, atuk dan beberapa jemaah sembahyang jenazah buat adik.
Cik Yut masih belum ke pusara adik. Mmm.. walaupun namanya tak perlu didaftarkan tapi Cik Yut nak beri nama dia Azmeer, Azmeer bin Azlan. Sebelum Cik Yut discaj, Dr Mas bgtau apa yg dia lihat pada janin. Dr Mas cakap, ada tanda abnormal pada janin. Kalau selepas 20 minggu tanda itu masih wujud, kemungkinan adik lahir abnormal. Jadi atas sebab itu, Allah dah siap2 ambil adik dulu. Dr Mas minta Cik Yut tak salahkan diri sendiri, tak salahkan sesiapa atas keadaan ini. Tapi sememangnya Cik Yut redha. Cuma Cik Yut tak tau lagi macamana keadaan Cik Lan. Sebabnya kami tak boleh nak bercerita sgt. Kesedihan masih ada, masih tebal.
Buat Azmeer bin Azlan, tempatmu adalah yg terbaik disisi Allah. Tiada yg perlu Ibu risaukan lagi. Sesungguhnya kau akan dipelihara secara terbaik olehNya. Doa dan kerinduan dari jauh, dari Ibu buat putera yg satu. Selamat dan sejahtera buatmu di sana. Amin
33 Responses for "Dari Allah dia dtg, kpdNya jua tempat kembali"
Takziah…
insyaallah… itulah harta yang paling berharga buat yus n lan masa di sana kelak…
take care… n pantang elok2…
salam…
tgh bloghopping thru my bloglist… & came accross this entry… takziah nonie ucapkan kepada cik yut… berdasarkan enty ni, nonie dpt rasakan cik yut seorang ibu yg sgt tabah… semoga cik yut & keluarga akan terus tabah… sesusungguhnya baby azmeer sudah menunggu kalian di sana…
TQ cik nonie..
salam..dear yus..takziah….jage diri bebaik k..
Akak memang sedih dengan berita ini tu yang tak tahan asyik nak call Yus…. akak doakan Yus kuat semangat dan cekal melaluinya. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik..pasti ada hikmah disebalik setiap aturanNya.
InsyaAllah Azmeer Bin Azlan akan menantimu dipintu syurga.
Sedihnya dengar kisah k.yu..Apepun, salam takziah untuk k.yu sekeluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini.
waaaaaaaa………sangat sedey …
air mata ku mengalir membaca entry mu kali ini..
very touching..
apa2 pun harap bersabar…aku pun x jenguk2 ko..
x dna la..balik jer aku letih nak mampus..
nanti aku jenguk yek..
huhuhu…………
sy dropped by from sumijelly..sedey nya akak..even sy belum ada baby lagi. tabahkan hati…insya Allah…Allah menjanjikan yg lebih baik..semua yg berlaku ada hikmahnya..take care..
Salam Takziah, Yus.
Dari entry nie, saya dpt rasakan yang Yus sangat2 tabah, dan tak perlu utk saya ucapkan ayat seumpamanya pada Yus lagi. Mengalir air mata baca entri ini. Aturan Allah adalah yang terbaik & Insya Allah putera mu itu mendoakan & menunggu kalian di syurga…
Take care & rest well ya!
Salam takziah daripada saya. Moga tabah menghadapinya. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk azmeer.
TQ mamahanees
Salam kak yus, dah lama tak kesini, tiba-tiba terdetik harini nak jengah!..tup tup baca berita sedih ni..sedihnya tengok gambar tu. Sabarlah kak, ada hikmah disebaliknya dan Allah lebih mengetahui..moga akak dan keluarga tabah yer!..
ya allah..sedihnye yut..menangis aku dibuatnye..kuatkn smgt n tbhkn ati ye..
semoga tabah mengahadapi dugaan ini…
aku sedey ni… kembang2 luabng idung nahan..
apa2 pun pasti ada hikmah ats apa yg tersurat
salam ziarah,
bloghopping td..lepas tu jumpe blog awak..shu n famili ucapkan takziah dan kuatkan semangat ok..awak tak payah susah hati sbb anak awak sudah dikalangan ahli2 syurga..
selamat berpantang..
Salam Yus… baru tahu ttg kesedihan ini… Takziah utk Yus sekeluarga, tabahkan hati.. insyaAllah arwah Azmeer akan menanti ibu & ayahnya di akhirat nanti… AlFatihah…
kak yus, takziah..banyak2 sabar ye..sediah saya baca .. Allah itu maha Mengetahui..
salam..
jmpe yr blog dr blog Hayatie..takziah yerr..pasti Azmeer dh menanti ibu & ayah dia di syurga..byk2 b’sabar..Allah tak akn menguji hambaNya yg tak tertanggung akn ujian itu.. Yus adlh org yg terpilih..be strong..
takziah… zai turun rasa kesedihannya…. lagipun zai nipun tgh mengandung 5bulan… dapat rasakan kesedihan yang cik yut alami… takziah
salam…takziah…bersabarlah dgn dugaan ini…take care
salam yus,
takziah buat yus sekeluarga, moga yus tabah yer, nurul tau yus seorg yg kuat.
nurul Dhia´s last blog ..* PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH *
[...] Comments nurul Dhia on Dari Allah dia dtg, kpdNya jua tempat kembalisumijelly on adooooi!wallpapersdeco on adooooi!Melz on Blank…Riez on Menikmati hari2 ini, [...]
yut!
aku baru dapat tahu pasal ni hari ini sbb aku miss entry ko yang ni haritu. aku g search balik kat entry lama2 ko and jumpa… im proud of you as you are one tough women. air mata pasti tumpah berbaldi2… tapi kekuatan x pernah surut kan. aku dapati banyak hikmah yang kau jumpa selepas pemergian arwah… susunlah kekuatan banyak2 dlm hidup ni ya yut.. kita semua ini adalah pinjaman juga. dan it could happen to anyone of us too… tapi, ko adalah insan terpilih.
suatu hari nanti, kau pasti akan jumpa arwah kembali di dalam syurga.. boleh peluk dia sepuasnya.. InsyaAllah!
LeeN´s last blog ..ummi saw you baby… you’re sleepin. heh.
Thanks Leen.. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi yg memikul.
We must move fowards no matter what.
Aku ada 2 lagi anak nak jg..
Kalu dok nangis mengongoi jee.. Tak makan plak diorg kang..
Cik Dea baru jer berkesempatan tgk blog ni….sedih, terkilan bercampur baur…..Along & Angah terkejut tengok gambar arwah sepupunyer….sedih katanya…klu x Mak Teh dah ada anak lelaki …kata mereka… tapi Allah lebih sayangkan dirinya..diwaktu kami disini semua sibuk duk mengira koleksi kehadiran “anak saudara” baru ….Allah berikan ujian ini buat kita sekeluarga…..Buat anak saudaraku Azmeer…..walaupun belum sempat cik dea curahkan kasih sayang buat mu….namamu tetap di hati Cik Dea…
takziah….tapi anda memang tabah la kalau ikut apa yang ditulis ni…
Fid´s last blog ..berkunjung ke ikea cari idea
[...] selama 3 bulan nak siapkan 6 helai tu. ekkkeee…oooit..bukannya I slow ye.. Ditambah dengan kejadian tempoh hari, dengan mood yangselalu tunggang terbalik, dengan anak2 yg mmg cemburu kalau Ibu depa duduk [...]
Kak Yut, Rose ni. Baru bace entry akak ni. Takziah to you and family. Sangat sedih…dah sempurna sifatnya..Semuanya ade hikmah. Yang ptg, adik bahagia di sisi NYA and menanti akak dengan senyuman.

Rose´s last blog ..You are the reason
Mekasih Rose. Sekarang dah ok dah!!
Positive mind, positive life!!
salam… tima kasih kerana sudi share your feeling about this. semoga sentiasa tabah mengharungi kehidupan..
Terima kasih Cikgu Ismeehan.
Sila-silalah lawat ke sini selalu!!
salam yut.
thanks berkongsi pengalaman.sedih rasa bila yut kata,
”Adik, kalau adik nak pergi, pergilah. Ibu redha. Ibu tetap sayang adik.”
nitis airmata.saya sendiri tatau bagaimana keadaan saya nti.jasad baby masih dlm kandungan,moga kelahiran nanti,semudah permergiannya tanpa saya sedari..
Salam Ashra..
Semoga Ashra kuat!! Saya juga mengambil masa yg lama utk ‘berdiri’ semula! Alhamdulillah, sokongan yg berada disekeliling saya tak pernah putus
Leave a reply