Salam…

Masa cuti raya tempoh hari, Cik Yut hanya cuti sampai hari Selasa. Tak boleh ambil cuti pepanjang sbb tahun ni giliran Cik Yut jaga klinik. Jadinya bila dah mula kerja pada hari Rabu, Cik Yut baza Azyana gi klinik. Azzalea tinggal kat rumah dgn Auntie Ayeen. Ingat Cik Lan nak kerja, alih2 dia cuti plak. Takpe, kadang2 bawa anak2 gi tempat kerja ni ada jg faedahnya. Anak2 boleh tahu keadaan tempat kerja ibubapa dan mereka akan lebih memahami pekerjaan ibubapa mereka.

begkakak

Si Minah Loteh ni siap bawa beg dan botol segala. Susu dgn botol susu pun tak tinggal. Mentang2 hari tu tak ramai org, habis dia buat klinik macam klinik dia. Nasib doktor yg ada pun tak kisah dgn kehadiran dia kat klinik. Suara dia lagi kuat dari suara bayi pramatang yg ada pada hari tu. Habis dia jelajah satu klinik. Tawaf sana, tawaf sini. Lari sana, lari sini.

botolkakak

Sinki2 kat klinik punn abis dipanjatnya. Sikit2 nak basuh tgn, sikit2 nak basuh tgn.. Sambil basuh tu membebel la.. ‘Basuh tgn nih, kena ikut macam dlm TV tu. Gosok sini, gosok sana’ Kadang2 ada juga bagusnya bagi depa tgk TV. Cepat btul dia belajar cara2 nak basuh tgn. Tapi yg tak eloknya ialah kalau dah ngadap TV tu lelama smp nak termasuk sekali ke dlm TV. Tu yg payah tuh.

Kadang2, mmg susah nak suruh dua beradik ni tido. Kalau saya dah ngantuk sgt, dah tak larat nak temankan diorang, saya set kan aja Sleeping mode TV tuh.. Adalah dlm sejam mcm tu. Pastu saya pun pegi tido. Lagi sejam nanti matilah TV tu. Mmg tak elok cara nih. Tapi ni yg paling berkesan setakat ni. Kalau nak baca buku sebelum tido, alamat ibu diorang la yg tido dulu.hehehe.. But I’m still trying to use that method. Org kata kalau ibubapa yg ada disamping anak pada waktu nak tidur tu, nanti anak2 akan mimpi pasal ibubapa depa atau cerita2 yg ibubapa ceritakan tadi tu.  Kalau dah tgk TV, jadinya depa mimpi apa yg depa tgk tadi lah…

Ok, Si Minah tu sgt le aktif dari pagi. Sampai jam 2-3 pm macam tu, dia dah ngadu penat, nak tido. Jadinya Cik Ijah dah siapkan tempat tidur utk Azyana. Sesambil dia membebel dgn Cik Ijah, sesambil tu dia bersiap nak tidur. Takk sampai sejam, suara dia pun hilang… Laaa… dah tidur dah… Meh tgk dia tidur kat mana…

azyanatido

Tgk dari arah lain pula…

tidolagi

Kesian…penat sungguh. Tu tido sampai kat rumah baru dia betul2 bangun. Azzalea je payah sket nak bawa.. sebab dia payah nak bawa diri macam kakak dia. Tapi kalau dia berdua, dia follow je lah kakak dia gi memana…