*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Macam dah ketinggalan ketapi je kan pos ni..
Tatkala puasa menjelang, pasti ramai ibu2 yg mahu meneruskan penyusuan mencari jalan bagaimana nak tingkatkan susu walaupun berpuasa. Ramai juga teman2 saya yg menyediakan tajuk seperti ini buat tatapan teman2 yg lain. Sebenarnya, tanpa kita sedar, perkara yg paling berkuasa dlm kehidupan seharian kita adalah minda kita. Sekiranya kita berfikir secara positif, pasti segalanya akan berlangsung dgn mudah.
Namun begitu, tidak dinafikan, kita perlu bersiapkan badan kita supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi bulan puasa. Disebabkan saya tidak mahu berhenti menyusu, w/pun Azzalea sudah menunjukkan tanda2 untuk kurang bergantung dgn ‘puting’nya, saya amalkan minum air masak dgn byk. Kadang2 rasa mcm dah penuh perut. Juga dgn memakan kurma. Tapi itu dulu sebelum saya berkenalan dgn Shaklee’s Performance Drink.
Kini saya minum segelas di waktu sahur ddan segelas semasa berbuka. Disebabkan saya ni ketagih ESP, saya akan bancuhkan sekali Performance dan ESP. Sedap ajee.. Takde masalah nak masuk tekak. Ditambah pula dgn keadaan kehamilan yg agak teruk ni (w/pun tak meloya2 gitew – kepenatan yg melampau), ia sedikit sebanyak membantu mengawal dehidrasi dlm badan saya. Alhamdulillah.
Ohh.. teringat post saya pasal leher nipple yg luka tu. Alhamdulillah, lepas berjumpa dgn Kak Kamariah (mama SI), baru le lapang sket rasa hati ni. Tidak ler dok bergundah gulana lagi. Rupanya penyelesaiannya sgt mudah. Back to basic. Pelekapan yg betul!!! Bukan selama ni cara saya salah, tapi bila budak2 dah besar kita selalu take things for granted. Normally bila anak2 dah pandai minum, kita pun tak jenguk2 cara dia minum. Pastu dgn gaya minum yg kengkadang kuak lentang lah, kadang summur sop lah.. adus…macam tu lah Azzalea.
Jadinya, tiap kali dia nak menyusu, saya akan pastikan dia bertenang dan mulut ternganga luas spy senang saya nak sumbat semua areola ke dlm mulut dia..ekkeee…padan muka dia…kalau tak, saya sakit, dia pun tak dpt minum. Kesimpulannya, walaupun anda seorang pesakit psoriasis, anda masih boleh menyusu!!!! Chaiyook!!