*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ekkkee… Tgk leee tajuk post arini.. Biasalah, bila mengupdate blog dari klinik, segala gambar takde.. Jadinya harus ler buat post yg tak perlukan sgt gambar. Dan juga entry yg ala2 santai gitu. Kenapa omak ku tension??
Hehehe… Maid mak saya, Si Su tak balik selepas diberikan cuti selama 2 minggu. Mak saya tak kisah pun dia tak balik. Yang mak saya kisah ialah, budi bahasa dia. Sebelum beli tiket, omak dah tanya, nak balik sini sambung kerja ke tak? Si Su cakap, nak. Jadi, omak pun belikan tiket pergi balik. Yo.. return tickets ok. No charge pun kat dia. Takde potong gaji, takde masalah birokrasi.
Pi hantar ke KLIA pepagi buta sbb flight dia pukul 8am. Alih2 lepas 2 minggu, selepas apak saya tunggu kat KLIA nak tggu dia balik, sampai semua flight dah abis, batang hidung Si Su tak muncul2. NAsib baik apak yg pi jemput. Kalau saya menawarkan diri nak pegi ambil dia mlm tadi, mau hangin tambah meroyan la agaknya. “Ooii SU, kalau tak nak balik call ler. Dah la apak aku tggu dari jam 11pm smp 1am.. Tak makan saman betul.. Ish… Ko jawab sendiri dgn Allah!!”
Psst : sebenarnya lagi lancang mulut saya nih…tapi etika memblogging harus dijaga.. semuanya dlm hati jeee….
Omak pun apa lagi. Pepagi dah call buat report kat saya. Saya dgr je lah. Tak mau menambahkan kegeraman di hatinya itu, w/pun saya mmg geram sangat. Yelah, sepanjang yg saya tgk bila org2 INDON ni berkerja dgn mak, omak tak pernah anggap mereka mcm org luar yg hanya dibayar gaji. Omak layan mereka macam saudara sendiri. Yg muda macam anak, yg tua macam saudara. Tapi org2 INDON ni, tak pernah nak balas dgn baik. Buat hal mcm ni. Bawak lari barang kemas omak.. Ish.. sebab tu saya serik nak ambil maid. Biarlah saya jaga sendiri anak2. Hantar je taska w/pun kena bayar lebih. Yg penting dlm rumah takde rasa susah hati…
Nak buat camner omak. Sabar je lah kan. Dah tu bahagian kita. Kita buat baik kat org, dapat balasan macam tu. Tapi kali ni omak tekad. Si Su dah mencurahkan minyak petrol ke dlm api. Tak tau lah apa omak nak buat.. Tapi nampak gaya mcm ganas gak… Kita tggu!!!